17.9.09

Akibat Berbuka Puasa Beramai-Ramai (edisi banyak gambar)

Yeah, minggu ni aku rasa syok berkali-kali sebab dapat post entry yang secepat boleh. Puas betul rasa bila dapat post entry baru. Makin nak raya rasa senang je hati bila buat post baru. Tapi masih lagi tak setanding blog korang yang best2.

This time, special entry I created. Untuk rakan2 ku yang sama berjuang di UTHM, aku wat la sikit entry untuk diorang femes kat blog aku, wahahaaa. Ceritanya bermula pada 12/9 jam 6 petang, semua pelajar DDT dah gerak ke rumah Chad untuk berbuka puasa satu kelas. Tapi bukan buka puasa di rumah Chad (bangkrup la Chad kalau buka kat rumah dia), hanya pergi ke rumah Chad untuk gerak sekali ke restoran dekat2 area rumah Chad juga di Batu Pahat. Bila dah gerak sekali, maka sampailah di restoran yang dijanjikan.


di rumah Chad

11.9.09

Teknik Bermain Game Minesweeper


Fuh, tak pernah aku post 3 entry dalam satu hari. Kenapa macam tu? Sebab aku bengang sangat tak dapat entry post seminggu sekali. Semuanya gara2 asrama baru yang tak pasang wifi. Ambik ko!! 3 skali aku bagi. Sabar Izra, bulan pose ni, lepaskan kemarahan lepas berbuka nanti,ahaaa…

Aku ada baca blog korang2 yang best, ramai yang dah ada domain ngan hosting sendiri. Syabas, korang memang maju dan mungkin suatu haru nanti aku pon dah ada sendiri. Tapi lambat lagi la, maybe time aku dah kahwen kot,hahaaaa. Kali ni aku nak share sikit ilmu+auta kat korang. Semua dah tahu kan dalam computer sudah diberikan game2 basic. Kebanyakkan game diberi berunsurkan guna minda korang. Best tak game tu? Kadang2 best, kadang2 tak.

Yang ini aku pasti, 98% korang yang ada computer tak reti main game Minesweeper. Jangan tipu, rasanya tak pernah aku nampak orang main game Minesweeper apa tah lagi nak menang game tersebut. Sebenarnya aku reti main game tu dan banyak kali dah aku menang. Penat rasenya asek menang je, hahaa. Sampaikan kawan sebilik aku berkata “ni first time aku tengok orang main game ni”. Game Minesweeper ni boleh tahan juga susahnya walaupun peringkat beginner. Jangan risau, aku nak share kat korang teknik nak main game ni dan paling penting, jangan beritahu kat member korang, okey.. Deal.

Tekniknya senang saja, korang buka game Minesweeper, klik help dan baca panduan nak main sampai 44 kali. Lepas tu korang dah pandai main, hahaaaa.

Emoticon Yahoo Messenger Di Meebo


Hahaaa, sungguh best. Kata-kata pujangga Izra apabila dapat update entry terbaru. Sejak aku berada di facebook, seolah-olah aku tinggalkan blog. Rupanya facebook lagi cool+terbaik dari myspace, sungguh senang aku nak bahan member aku di facebook. Mungkin suatu hari nanti akan ku tinggalkan myspace. Twitter?? Hm, mungkin belum masanya lagi, lagipon sape la yang nak follow aku di twitter, betul tak..?

Apabila bercakap pasal social networking atau chatting, berlambak-lambak aplikasi social yang ada di dunia maya ini. Contohnya facebook, myspace, blog, yahoo messenger, gtalk, meebo dan bermacam lagi (padahal tu je yang aku main). Ada kelebihan dalam social maya ini, antaranya dapat berkenalan (mengorat), berkongsi maklumat, menghantar fail dan lain2 lagi perkara yang baik. Namun ada juga keburukan dan harus dielakkan keburukan tersebut.

Tapi, aku tak nak cakap pasal keburukan tapi nak dedahkan teknik cool dalam berchating. Rasanya semua tahu dalam yahoo messenger ada emoticon yang cute kononnya melambangkan reaksi korang yang berchatting dalam bentuk animasi bulat berwarna kuning. Biasanya yahoo messenger sudah tersedia emoticon cute tu. Bagi korang yang menggunakan yahoo messenger di meebo, emoticonnya terhad dan tak syok nak taruk ketika chat.

Bagi korang yang belum tahu lagi, sebenarnya ada lagi emoticon yang menarik di meebo dan tiada di yahoo messenger sebenar!! Cuma emoticon tu tersembunyi sahaja dan korang kena keluarkan kod2 khas. Cuba korang renungkan gambar di bawah, cute kan emoticon tu, siap berkaler kaler lagi. Nak tahu camne nak buat emoticon tersebut?


Bajet Ideal Berbuka Puasa (Edisi Pelajar Ipt)


Salam Ramadhan kepada korang2 yang menjalani ibadah puasa. Sungguh tenang rasanya di bulan yang mulia ini. Sejak 20 hari berpuasa ni, macam2 kejadian indah – terjadi kat tempat aku, tong sampah terbakar la, asrama kotor la, selipar hilang la, kalah men futsal la, kicap manis aku dah nak habis la (perlu ker..?) Walaupun begitu, semua memang best, menyambut puasa sesama rakan yang poyo2 + baik2 belaka. Aku masih lagi ternanti-nanti bila lah asrama Taman Kelisa nak pasang wireless. Kononnya bulan 8 nak pasang, tapi x pasang2 jugak, jamban kat dorm aku lak yang dibuangnya. Menyusahkan aku nak lepaskan rindu kat blog korang terutama sekali Akma yang rindu kat aku !!!!! ???

Sempena time2 bulan pose ni, aku wat la sikit entry pasal puasa ni. Tapi tidak mengandungi unsur agama yang tinggi (sebab aku tak perfect lagi bab agama ni), hanya untuk renungan sejenak (khas tuk member2 aku di UTHM). Bila hampir sehari berpuasa dari makan dan minum, pada waktu magrib diwajibkan berbuka dengan juadah. Puasa tahun ni aku tak dapat puasa bersama keluarga aku sebulan atas faktor cuti yang tak ngam. So bila puasa dengan sekelompok kawan, juadah berbuka merupakan agenda utama dan kadangkala menakutkan sedikit bila difikirkan. Kenapa? Sebabnya nak berjimat duit, salah bajet duit, habis tiket bas raya tak leh beli, hahaaa…