15.11.10

Engineer a.k.a Jurutera

Assalamualaikum pembuka entry… Baru nak cecahkan sampai sebulan aku tak update post baru, tapi tak jadi lak,, haaa.. Sekali lagi aku nak say thanks pada blogger2 yang singgah blog inspirasiizra malah ada yang jadi follower blog aku, terima kasih. Lebih kurang sebulan aku tak update ni sebab aku tengah seronok layan liku2 kehidupan aku sampaikan aku malas nak ingat blog aku, hahaa sungguh kejam sekali.

Entry kalini boleh la juga dikatakan khas untuk pelajar sekolah yang bakal menduduki SPM. Sebab apa? Lepas diorang SPM mesti mereka nak rancang jurusan apa yang sesuai buat mereka pilih untuk sambung belajar nanti (bagi yang nak sambung belajar la). Tapi yang dah lepasan sekolah pon boleh gak baca entry ni, mungkin boleh dijadikan sebagai pengetahuan.


Aku yakin mesti kebanyakkan pelajar sekolah mahu sambung belajar kan. Kalau boleh nak belajar di IPT ataupun university ataupun kolej ataupun mana2 yang berkaitan IPT. Alhamdulillah aku dapat sambung belajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM pada tahun 2008 dan sekarang ni aku dah semesta 5. Jurusan yang aku dapat ialah Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta Loji. So aku nak share la sikit apa yang aku belajar berkaitan dengan engineer ni ataupun subjek apa yang aku belajar untuk engineer ni.

Aku just tunjukkan 6 contoh subjek. Diharapkan pelajar sekolah yang minat pada engineer akan rasa gerun bila lihat subjek yang aku study ni, so akan tukar balik jurusan yang korang nak sambung, hahaaaaha, gurau je.