16.2.11

Nuffnang Bagi Cek

Selama ni nengok nuffnang aku rasa nak je klik cashout, tapi sabar dulu. Ah kalini aku tak tahan nafsu, dah banyak da tu duit terkumpul aku terus klik cashout tanpa rasa serba salah. Hahaha lega rasa bila dapat klik cashout so tinggal nak tunggu je cek sampai rumah. Banyak jugak duit aku dapat kumpul, thanks pada korang2 yang sudi lawat dan sesetengah yang sudi tolong klik iklan nuffnang. Aku tunjuk print screen jumlah bayaran nuffnang, diingatkan aku bukan nak menunjuk tapi mungkin untuk menjeleskan member2 sekuliah aku yang ada blog jugak, hahaha…


Hasil dari 3 iklan yang aku pasang pada blog, penggunaan SEO untuk google, penggunaan google webmaster, kesabaran selama 2 tahun dan hanya iklan nuffnang saja maka dapatlah aku kumpul sebanyak RM1382. Serius rasa seronok. So bila dah klik cashout, tinggal lah kosong balik. Lepas ni entah bila lah aku boleh kumpul balik duit banyak2. Ini yang kali pertama aku cashout nuffnang. Rasa sedih pon ada bila klik cashout tapi bila fikir balik bila lagi aku nak guna duit nuffnang tu, kan . .


Isnin lepas adik aku ada call, belum sempat adik aku cakap panjang lebar aku terus suruh adik aku bukak surat tu dan ambil gambar cek tu. Adik aku terkejut tengok cek tu pastu macam2 ayat bodek keluar suruh aku belanja. Inilah gambar cek yang sudah sampai di rumah.


Hmmm, nak beli apa ek dengan duit yang sikit ni . . . .

10.2.11

Tali Kasut yang Stylo

 Lecture yang mengajar aku dah beli kasut baru, Converse kot. Masa ngah baca blog beliau, aku teringat satu website yang mengajar cara ikat tali kasut yang lebih rare. Sedikit fakta yang menarik pasal cara ikat tali kasut ialah kalau ikut pengiraan matematik, jika kasut tu ada 12 lubang (6 pasang lubang), ada hampir 2 TRILLION !!! kemungkinan cara ikat tali kasut yang lebih rare. Menarik kan, so ni cara mereka kira untuk hasil 2 Trillion kemungkinan ikat tali kasut 12 lubang (aku copy):

  • jika guna 1 daripada 12 lubang kasut, maka terdapat 24 kemungkinan cara untuk mula.
  • teruskan dengan baki 11 lubang (kali 22 cara)
  •  kemudian ada baki lagi 10 lubang (kali 20 cara)
  • so kalau tali kasut dah ke lubang yang ke 3, maka 24 x 22 x 20 = 10,560 cara
  • teruskan lagi dengan baki lubang yang tinggal, maka untuk lubang yang terakhir ada 2 cara. Hasil untuk kesemua cara ialah 24 x 22 x 20 x 18 x 16 x 14 x 12 x 10 x 8 x 6 x 4 x 2 = 1,961,990,553,600

That's almost 2 TRILLION possibilities!


Pengiraan tersebut just kalau abaikan syarat2 yang diambil kira (malas nak tulis), nanti dapat lah jumlah 2 trillion tu. Kajian dari ahli mathematic dari Autralia, mereka buat formula tentang kemungkinan cara ikat tali kasut 12 lubang berdasarkan keadaan sebenar, jumlah sebanyak 43,200 cara.


Fuhh, tak terfikir lak aku pasal tali kasut ni, sangat menarik. Biasanya kalau aku guna kasut tali, tali yang aku lilit2 tu berbentuk pangkah, kira kebanyakkan orang pun lilit camtu jugak. Lilit2 pangkah tu pun ada nama rupanya, Criss Cross ataupun Over Under.



Jom aku tunjuk lagi antara cara ikat tali kasut yang rare daripada beribu-ribu lagi cara yang belum di explore, sesuai untuk 12 lubang dan lebih:

6.2.11

Kesudahan

-Selepas Kemalangan-


-Selepas Pemulihan-


Alhamdulillah . . . . .

3.2.11

Cerita Pelik

Entry yang pelik2 aku post tu abaikan, saja aku post nak bagi nampak cam aku update. Nampaknya ramai gak member sekelas yang dah bina blog siap pasang nuffnang terus, dulu masa aku nak pasang nuffnang banyak blog aku tanya camna nak pasang nuffnang. Bagus rakanku, kalau boleh biar DDT ada blog, hahaa. Ada yang follow blog aku tapi aku belum follow, rileks kawan, aku nunggu nombor yang cantik baru aku follow. Yang best bila lecture ada blog juga, pastu aku follow dan lecture pon follow gak. Lecture aku ni memang boleh blah, rileks je layan perangai member aku tanpa banyak melatah. Lecture camni la best, nak gelak gelak jek, takde nak cover2 gelak cam lecture lain2, hahaaha.

Pada 3 February 2011, baru masuk lima minggu dalam proses pemulihan bahu aku yang patah. Aku dah lama buang anduh, bahu dah tak sakit tapi tak boleh angkat2 berat. Aku pon dah bawak motor, cuti raya cina ni aku bawak motor jalan jauh2 kononnya nak buang perasaan fobia bawak motor. Masa aku pergi seremban nak beli tiket bas aku ikut jalan lama, pergh jalan macam haram lak kan jalan tak rata, baru terasa sakit bahu aku bila jalan gegar2 dan aku kena leraikan daya+momentum gegar2 tu ke tetek dada dan ke badan lain nak elak bahu bergegar, hahahaha.

Berbalik pada tajuk, aku layan movie2 mat saleh yang genre serius mahupun yang kelakar juga romantik (seram kureng skit). Kalau jalan cerita tu best lagi aku layan, macam contoh cerita The Terminal. Kalau cerita melayu lak, yang kelakar jek aku layan, yang serius takda feel nak layan. Tapi drama mat saleh aku tak layan, drama melayu je aku layan. Ada juga cerita pelik lain yang aku layan cam cerita jepun dan korea. Cerita jepun aku tak minat sangat, susah nak dapat feel (aku pun tak tau naper) tapi anime jepun sangat aku suka. Aku try la nak layan cerita pelik lain, aku nengok la cerita korea, hmm boleh feel berbanding cerita jepun. Aku bukan peminat K-pop, just nengok cerita korea pon random jek. Jom aku preview 2 cerita pelik yang aku rasa best la jugak nak layan2 bila bosan: