21.8.11

Cabaran Positif

 Assalam… Bagaimana puasa anda setakat ni ? tahun ni aku puasa secara serdehana. Sejak start puasa kat asrama, aku jarang buka puasa dengan member, apatah lagi jalan2 beli makan kat bazaar, buka pon ala kadar. Dengan berbekalkan modal RM15+ (belom tolak duit tiket bas), aku kena bertahan selama 3 minggu sebelum cuti raya. Alhamdulillah, setakat ni aku masih lagi boleh bertahan selaraskan modal sehingga 26 haribulan.

Sebagai seorang pelajar yang masih muda kacak, rasanya masih boleh untuk survive jika kekurangan modal di bulan puasa. Maklum la asal bulan puasa je nafsu makan jadi tak stabil, padahal makanan tu biasa je sebelum ni lagi2 murtabak, perghhh.

1.8.11

Berhenti Seketika - -

Assalam... dah lama rasanya aku tak kemas kini entry blog sampaikan page rank pon da turun 1. Bukan aku kekeringan idea nak update tapi banyak masalah yang sedang aku hadapi.

Buat masa ni aku banyak berdiam diri, kurang berinteraksi, kurang lepak dengan rakan2 supaya diorang cepat bosan dan malas nak layan aku. Aku nak gurau2 ngan member pon rasa tak berapa nak feel apatah lagi nak update entry di blog. Kalau rakan2 aku tinggalkan aku, memang aku tak terkejot la. Dah banyak da member2 girl ajak lepak ngan aku, tapi aku terpaksa tolak ngan lagak macho(ok yang ni tipu belaka) ahhahaa. Aku rasa aku jadi 'forever alone' seketika, nanti raya aku pujok la diorang balik, boleh kan? ^ ^

Jadi aku rasa aku patut berhenti seketika untuk berbloging, selesai kan apa yang patut. Aku still round2 blog korang2 cuma jadi silent je kot.

Semoga di bulan yang mulia ini, kita semua akan diberkati dan diredhai oleh Allah, InysaAllah -

 SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA, AMALAN WAJIB JANGAN DILUPAKAN


*orang yang ada bff la seronok skali sebab dapat cerita kan masalah - -