21.3.12

#Hello Wednesday - Challenge Accepted !!!

20.3.12

Jom Mohon Latihan Industri di SONY Bangi

Soalan retis: Apa perkembangan terbaru Cik Izra ?

Izra: Wow, soalan yang mengghairahkan. . Hmm tolak tawaran kemasukan degree bulan 2.. Masih cari kerja yang sesuai.. Baru beli toycamera model baru.. Layan Facebook macam nak tak nak je.. Dalam proses upgrade mini studio supaya lebih ceria.. Masih lagi praktis main seruling buluh.. Kadang2 layan Twitter sama si Venice :P …..

K, entri kalini tak leh banyak merepek sebab ini entri serius mahu tolong kamu :) Entri akan datang baru boleh merepek manja sama kamu ~ ~ ,

Aku adalah pelajar diploma mekanikal (loji) di UTHM yang wajib mengambil latihan industri sebagai syarat untuk penutup pelajaran ataupon layak untuk graduasi. So maknanya sekarang aku dah habis latihan industri dan sedang menunggu giliran graduasi bulan 10 nanti.

Aku tinggal di Kajang bersama family tercinta dan yang menguntungkan kerana Kajang berdekatan dengan Bangi yang merupakan kawasan perindustrian yang mashur?? Makanya perlulah aku mohon praktikal di Bangi :)

Di Bangi banyak jugak la kilang2 syarikat besar seperti Sony, Carrier, Toshiba, F&N, Denso, Utusan dan banyak lagi. Masa aku nak apply syarikat untuk aku berpraktikal (ataupon cari aweks, hahaa), aku target kilang Utusan sebab aku pernah pergi lawatan kilang tersebut, banyak unsur mekanikal di situ yang membuatkan aku teruja. Target kedua lak kilang Sony sebab masa tu aku ingat kilang tu ada buat DSLR. So aku hantar resume dan tunggu result dari syarikat berkenaan. Akhirnya wakil syarikat Sony call suh aku datang daftar pada tarikh sekian2. Agak bangga masa tu sebab dapat kerja kat Sony, hahaa.

 
Tidak mahu panjangkan penceritaan, disebabkan aku dapat praktikal di sony ayuh aku kongsikan cara nak apply praktikal di Sony ikut style aku, heh . .