17.8.12

Ya Aku Sombong . . .

 Berbulan bulan lamanya kononnya aku mendiamkan diri, diam saja tapi facebook twitter still online. Dimunculkan pula beberapa status yang berbaur luahan. Melihatkan aku tidak membalas komen mahupon like menlike walhal aku berstatus online makanya dilontarkan gelaran aku sombong. Jika itu fitrah kehidupan jika tidak bertegur sapa di dunia maya adalah sombong+berlagak orangnya, maka ya aku sombong.

Hampir 10 bulan aku bebas dari dunia kampus, sepanjang ‘cuti’ yang terluang aku bebas lakukan aktiviti yang diingini. Tapi sayang aktiviti amat terhad kerana bajet2 yang terhad jugak. Walaupon aku bebas, fikiran aku masih terganggu dengan keadaan sekeliling. Aku fikirkan apa arah hidup aku selepas ni, sambung belajar atau teruskan kerja dengan kelayakkan diploma. Arghhh kadang2 sakit gak kepala fikir pasal ni, nasib baik ada yoko yoko, hahaa. Aku takmau ulas lanjut pasal ni cuma aku risaukan masa. Oh ya, aku dapat tawaran sambung belajar, degree. Adakah aku sambung belajar atau teruskan kerja? (ceh, macam aku ni orang femes lak)


 Aku sebenarnya tak berapa nak feel sangat bila ‘tegur’ di dunia maya. Kita tulis bermaksudkan ‘positif’ tapi dianggap pula lain. Itu lah bahana bila chat, sebab mereka tak nampak riak wajah kita, hanya kata2 yang ditaip saja menjadi penghubung. Aku lebih prefer pada phone, call lebih puas untuk bertegur sapa, puji memuji ataupon bahan membahan tapi mesej untuk lepak lagi puas, baru lah nampak riak wajah. Lagipon aku tak boleh online lama sangat, bil letrik mahai woi. Thanks pada rakan kampus, jauh datang call ajak lepak, memang aku takda hal.

Sekian entri ringkas, mohon maaf atas kekhilafan saya, moga kita jumpa lagi. Jom lepak . . .
Selamat Hari Raya :)