Sengaja lepas
tangan update blog, itu mungkin hobi. Membalas komen latihan industri di Sony
Bangi sambil berulang-ulang kali jawapan sama ditaip, sedarlah kalian harus
mahir menggunakan Google Search untuk keceriaan fikiran anda. Kini dan sekarang
aku mempertaruhkan lagi usia aku menyambung pengajian sarjana muda. Aku berasa
hairan mengapa dahulu kala di zaman kebudakkan nafsu untuk belajar di sekolah lemah
longlai namun semakin berganjak usia remaja, aku terpengaruh untuk belajar ke
tahap lebih hardcore. Juga aku berasa hairan kenapa aku sambung belajar, kenapa
kursus yang sama juga aku sambung walhal sejak dari sekolah lagi aku benci pada
matematik.
Bulan 9
adalah bulan kemasukkan pelajar sarjana muda, untuk play safe sumber kewangan,
aku sambung di tempat sama semasa diploma. Sudah dijangkakan aku akan
bersama di kelompok bekas warga matrik,
poli dan seangkatannya. Agak ambil masa juga untuk aku ngam ngan mereka,
mungkin juga kerana faktor usia ataupon mungkin pengalaman pembelajaran mereka
berbeza ataupon mungkin aku suka memilih kawan yang tidak seskema sangat
ataupon mungkin mereka tak reti membezakan mana kedai makanan yang sedap, eh?
Seminggu minggu
haluan siswa diwajibkan untuk semua pelajar baru. Aku tak pernah lagi merasa
minggu haluan siswa walaupun dizaman diploma. Pengisian yang menarik sepanjang
minggu tersebut dan aku tertarik pada sorang fasi kerana tarian goyang duyu? Tak
perlu risau kerana aku tak tahu nama fasi tersebut dan ini adalah hikmah
kebaikan supaya aku tak akan bermula putik cinta, kononnya lah . . Juga tak
disangka aku pertama kalinya buat persembahan drama di pentas dewan baru, aku
tak gugup tapi aku tak mahir untuk berspontan dialog. Drama tersebut adalah
spontan, 10 minit saja diberi untuk bersiap dan semasa pemilihan watak agak diskriminasi
bagi aku. Kenapa wanita yang berbadan besar tidak difikirkan pon untuk diberi
watak utama?
Hampir 3
bulan sudah aku meneruskan pembelajaran, keadaan macam biasa seperti diploma
dulu cuma subjek math makin susah!! Pada 4 November semalam aku konvo untuk
diploma dan aku suka sangat kerana ayah dan emak dapat datang dan aku sebak
bila pengacara majlis duk citer pasal jasa ibubapa. Aku sensitive bila teringat
sumbangan ayah mak dan aku boleh nangis sekarang bila aku teringat hal tersebut
tapi aku tak nak teringat masa ni kerana aku tengah dengar lagu Notes n Words. Angan2
untuk terima hadiah ukulele hanya angan2 saja, hahaha
Habis dah
cerita, rumusannya aku ni macam lalang,
lepas sekolah kena sambung belajar, habis belajar sambung lagi belajar? Aku tak
larat nak makan megi bila kewangan ting tong.