20.11.09
Dunia Baru 2 Musim 1 – The End
Syukur, akhirnya aku and the gang selesai la sudah pengajian diploma tahun 2 sem 1. Kini aku sudah mula cuti semesta. Untuk pengetahuan korang2 yang tersudi baca blog aku, aku tak akan usik blog inspirasiizra sehingga penghujung bulan 12 ni sebab kat rumah aku tiada internet (sungguh membosankan). So, kalau sesapa yang rindu aku (terutama girlz2), baca lah blog aku, nanti hilang la kerinduan korang kat aku. Hahaaaa….
Setiap kali mula semesta baru, aku akan terasa seperti terdapat tema yang ditetapkan. Macam pengajian tahun satu diploma, aku rasakan seperti tema “mencari kesesuaian” digunakan. Tahun 2 pula(sekarang), temanya “kawan”. Aku rasa memang sesuai tema “kawan” pada tahun 2 ni sebab segala aktiviti atau pengalaman yang aku lalui di tahun 2 ni semuanya melibatkan kawan.
Aku rasa punca bermulanya tema “kawan” apabila pelajar (termasuk aku) dipindahkan ke asrama baru di Taman Kelisa. Asrama di Taman Kelisa bukan la sama seperti asrama yang ada kerana asrama Taman Kelisa adalah rumah kedai 2 tingkat yang diubah sikit. Bila rumah kedai dijadikan asrama, memang susah sikit nak dapat ruang privasi ataupun nak sorok makanan. Setiap tingkat ada 12 orang dan 6 bilik dibahagikan dan bila sorang bukak lagu kat laptop, semua akan dengar dan bila sorang guna lampu sehingga lewat malam, yang lain akan susah nak tidor.
Walaupun dulu semua merungut sebab kena pindah tetapi ada hikmah semuanya. Sepanjang aku tinggal di asrama baru ni, aku lebih mengenali rakan-rakan (sama kelas). Ada kawan yang baik, kurang baik, terlalu baik, suka bergurau, sensitive, berkira, pendiam, selamba, suka merungut, dan macam2 la. Persahabatan di tahun 2 ni memang lain dan tak sama dengan kawan2 aku dekat area2 rumah aku. Semua kawan2 aku yang sama kelas, aku dah memang anggap adik beradik. Segala susah senang semuanya sama-sama merasa.
14.11.09
Gelak Itu Menyeronokkan
Entry lepas membuatkan aku tergelak baca komen yang diberi. Bila aku tengok komen yang tiada link tu, sah memang kawan aku yang sengaja nak kenakan aku. Kawan yang mana? Ala, kawan yang dekat2 sekeliling aku juga. Macam mana aku tahu, sebabnya waktu aku guna laptop member aku, time aku nak masukkan link blog aku, dah terserlah kantoi yang ditunjukkan oleh browser (tahu tak browser tu ape?). Lain kali, kalau nak kenakan orang, padam balik link yang ko bukak tu, baru tak kantoi. (45% para hacker bersetuju dengan kenyataan aku tadi.) Macam mana nak padam, ambil pemadam getah lepas tu toyoh kat skrin laptop ko sampai hilang link tu….
Nampak cam ganas je kan ayat tadi. Ye, memang ganas pon!!! Tipu je, tak ganas pon, saje buat gimik macam brutal sikit (sikit je). Kalini aku dah tak tahu nak paparkan pasal apa kat blog aku, dah blur nak taruk entry pasal per untuk member aku kenakan aku lagi. So, idea ni muncul waktu aku tak boleh tidor, maka muncul lah entry pasal gelak atau bahasa normal, ketawa.
Nampak cam ganas je kan ayat tadi. Ye, memang ganas pon!!! Tipu je, tak ganas pon, saje buat gimik macam brutal sikit (sikit je). Kalini aku dah tak tahu nak paparkan pasal apa kat blog aku, dah blur nak taruk entry pasal per untuk member aku kenakan aku lagi. So, idea ni muncul waktu aku tak boleh tidor, maka muncul lah entry pasal gelak atau bahasa normal, ketawa.
Subscribe to:
Posts (Atom)