14.11.09

Gelak Itu Menyeronokkan


Entry lepas membuatkan aku tergelak baca komen yang diberi. Bila aku tengok komen yang tiada link tu, sah memang kawan aku yang sengaja nak kenakan aku. Kawan yang mana? Ala, kawan yang dekat2 sekeliling aku juga. Macam mana aku tahu, sebabnya waktu aku guna laptop member aku, time aku nak masukkan link blog aku, dah terserlah kantoi yang ditunjukkan oleh browser (tahu tak browser tu ape?). Lain kali, kalau nak kenakan orang, padam balik link yang ko bukak tu, baru tak kantoi. (45% para hacker bersetuju dengan kenyataan aku tadi.) Macam mana nak padam, ambil pemadam getah lepas tu toyoh kat skrin laptop ko sampai hilang link tu….

Nampak cam ganas je kan ayat tadi. Ye, memang ganas pon!!! Tipu je, tak ganas pon, saje buat gimik macam brutal sikit (sikit je). Kalini aku dah tak tahu nak paparkan pasal apa kat blog aku, dah blur nak taruk entry pasal per untuk member aku kenakan aku lagi. So, idea ni muncul waktu aku tak boleh tidor, maka muncul lah entry pasal gelak atau bahasa normal, ketawa.


Tapi ni bukan gelak yang biasa didengari waktu tengok cerita senario, atau gelak waktu kenakan member, atau gelak waktu teringat zaman percintaannya, atau gelak waktu mengigau, atau gelak sorang2 waktu baca blog aku, atau apa-apa saja yang boleh menyebabkan mulut rasa nak ternganga atau gelak. Aku tertarik dengan ayat yang menggambarkan orang itu sedang gelak. Biasanya ayat ni muncul waktu berchit-chat, mesej di phone, menaip di blog atau medium yang memerlukan penulisan sahaja.

Bila ayat gelak ni ditulis memang nampak cam gelak normal je. Tapi cuba kita amalkan di dunia nyata ni, nampak cam pelik je gelak tu. Antara ayat gelak ialah:

:: Hahahaha atau Haahaa
Memang susah nak gelak ikut ayat ni. Memerlukan nafas yang banyak keluar untuk gelak macam ni. Cuba korang gelak ikut ayat ni, boleh buatkan sempot. Sebabnya bila gelak begini, kerongkong akan mengembang sampai nampak anak tekak bergoyang. Bagi yang ada lelah, tidak digalakkan gelak cara ni dan bagi yang nafas macam ikan masin separuh masak, tidak wajib gelak begini kerana boleh memudaratkan orang sekeliling.

:: Hehehe atau Hihihi
Bila gelak begini, memerlukan penampakkan senyuman yang ala kadar dan kadangkala terserlah gigi sekali. Gelak hehehe atau heehee gelak yang berseni kerana memerlukan konsep fizik yang nyata. Jika ton digetarkan oleh perut pada frekuensi yang balance dapat menghasilkan gelak yang sedap bunyi nya. Tapi bila gelak ikut nada sewaktu korang menjerit kejar pakcik jual aiskrim, boleh menghasilkan suasana yang seram macam korang dapat keptusan markah test yang teruk. Kalau boleh jangan lah gelak begini ditempat yang sunyi sewaktu korang syok bermesej dengan aweks atau baleks.

::Hoho atau Huhu
Gelak yang boleh menyelamatkan korang kadang-kala. Sebab apa? Sewaktu korang tengah makan, nak elak member mintak sikit (banyak) makanan korang, gelak begini boleh meng “hidden” kan makanan yang ada dalam mulut menyebabkan member tak perasan korang makan. Juga dikatakan gelak yang sopan sekali dan kadang-kadang boleh sorokkan barang yang kecil-kecil dengan gelak sedemikian. Memerlukan penutupan mulut yang hampir tertutup dan sedikit muncung seperti nak berci***. Perlu kreatif dan teknik tertentu menggunakan bibir bila nak gelak begini agar nampak menawan. Sesuai untuk seseorang yang tiada gigi dihadapan atau sedang menunggu gigi palsu siap.

::Kah kah kah
Boleh sakit tekak gelak macam ni. Agak kasar sedikit cara begini, kerana boleh menyebabkan isi-isi yang ada dalam mulut terkeluar silap-silap gigi pon boleh terkeluar. Dilarang gelak begini waktu makan dengan member atau aweks, bahaya boleh menimpa bila korang tercekik dengan makanan atau boleh putus hubungan sebab makanan tersembur kat muka member.

::Wa wa wa
Orang yang sengau memang perfek bunyi nya kalau gelak camni. Sebabnya dengung suara sengau lebih tajam dan mantap. Hanya menggunakan bibir saja dah boleh gelak camni tapi tidak boleh bergelak camni berterusan sebab menggunakan tenaga yang banyak untuk gerakkan bibir saja.

::Wakaka
Aku tak pernah dengar orang gelak camni tapi banyak orang taip gelak wakaka. Kadang-kadang aku pun taip juga ayat macam ni waktu mesej dengan makcik jual perabot. Okey, yang tu aku tipu. Gelak wakaka sebenarnya alternative orang yang tiada suara sengau untuk gelak wawawa. Hm, ntah la, aku tak dapat nak tafsirkan gelak wakaka.

Antara ayat gelak yang lagi pelik aku temui dikalangan korang-korang:
::Kui kui
::Wiinnnnk
::Kuang Kuang Kuang
::Wohoooo

Walaupun bunyi pelik bila dipraktikkan, tapi bila tulis ayat-ayat gelak ni boleh merapatkan lagi hubungan yang kita sedang jalinkan. Tanpa ayat gelak ni tak indah la kononnya, bila baca macam ayat nak gaduh pun ada. Dengan adanya ayat gelak, boleh buat sayang korang gelak sampai terbatuk dan bertambah la sayang sayang korang.

Sampai sini saja aku mengarut+auta dikala aku mengisi kebosanan aku. Diharap sesapa yang baca entry ni jangan la terasa ye, aku tak maksudkan sesapa pun, just nak suka-suka saja. Kalau korang terjumpa AYAT gelak yang lain dari aku nyatakan, kongsi2 la sikit kat komen dan cam mana nak mempraktikkan AYAT gelak yang korang jumpa tu mengikut persepsi korang. Salam…..

5 comments:

  1. wakaka tuh team breakdance no 2 kat msia ni....
    kuang tu name tmpt....

    ReplyDelete
  2. ni mesti kepala ngah senget nk amek final exam ni :P

    ReplyDelete
  3. hahaaa,,,
    tetibe lak idea ni muncul mase ngah study,,,

    exam membuatkan daku berfikiran "kreatif"

    hahaaa (gelak biasa je)

    ReplyDelete
  4. aku selalu gelak wakaka kat sms aje. tak pernah lagi wakaka depan2 geng. muahaha

    ReplyDelete
  5. banyak owang suka taip wakaka...
    tapi bunyi wakaka pon sedap gak ...

    ReplyDelete