28.10.09

Aku Berubah Kerana Pengaruh Filem



Adeh, leceh betul kalau takde internet. Nak guna internet kena pergi kampus utama, pastu kena cari plug pulak tu. Macam tu la cara aku nak upload entry baru, pergi café sorang2 kat kampus utama, itu kalau orang tak penuh, kalau penuh, aku lepak bilik kawan aku yang duduk asrama kat situ. Kadang-kadang rasa segan asek2 datang bilik member. Tapi takpe lah, itu masalah aku, kalau nak sesuatu kena usaha sendiri.

Berbalik pada tajuk, bunyi agak pelik sikit. Apa yang aku berubah? Kenapa filem? Filem apa? Klik read more untuk seterusnya.



Okey, ini adalah perkara yang aku rasa korang fikir memang mengarut atau kebodohan sikit. Tapi itu yang terjadi pada aku.



Dalam umur aku sekitar 7-8 tahun sekitar tahun 97-98, ayah aku ada belikan tape cerita Storm Rider the Movie (masa tu vcd tak femes lagi). Aku tengok la citer tu, memang syok, penuh dengan aksi. Citer ni citer komik kungfu cina yang difilemkan. Masa first time tengok takde pape lagi just seronok tengok, dalam kali kedua aku tengok, aku tertarik dengan watak Hu Jingyun (the cloud) yang dilakonkan oleh Aaron Kwok.



Aku jadi suka dengan filem tu dan berulang-ulang tengok citer tu. Watak Hu Jingyun ni adalah seorang yang PENDIAM, tapi suka berfikir dan kuat dengan memiliki pedang yang hebat. Yang part cool sekali masa Hu Jingyun duduk atas bumbung sambil fikirkan sesuatu. Masa aku form 2, dalam tahun 2004 tv3 ada siarkan cerita Storm Rider juga tapi versi drama pukul 7 petang. Jalan cerita hampir sama tapi diubah dan hero dalam cerita tu tak cool tapi aku tengok juga citer tu.



Disebabkan aku teruja dengan watak Hu, aku pun nak ikut la stail watak tu. Aku nak jadi seorang pendiam, kononnya cool la macam citer tu. Akibatnya aku terikut-ikut dengan watak yang pendiam. Biasa la, kalau dari kecil buat sesuatu perkara yang suka, dah besar pun masih terikut lagi sebab dah terbiasa. Watak pendiam masih lagi aku terikut sampai lah umur aku sekarang. Memang banyak effect bila aku terikut-ikut dengan citer ni.

Perangai

Waktu aku belum matang, aku suka sangat main aksi-aksi kung fu. Aku lawan sorang2 ikut stail kung fu, lepas tu cakap sorang2. Yang best sekali, masa aku keluar ngan family pergi beli barang, masa tu pergi kedai kain dan kedai kain mestila ada batang kertas atau kayu yang digunakan untuk gulung kain. Aku terjumpa batang tu, lepas tu main lawan2 macam lawan ngan pedang.Then orang ramai tengok. Nasib baik masa tu aku kecil lagi, kalau aku wat camtu masa umur sekarang, sure masuk paper. Tapi aku dah tak camtu sekarang.

Hubungan dengan ahli keluarga

Masa aku budak-budak waktu sekolah rendah lagi, bila dengan keluarga, aku masih petah lagi. Masa tu ngah mempraktikkan watak citer tu. Bila di kampong, sedara2 aku cukup suka dengan aku sebab aku petah bercakap plus nakal. Bila umur aku dalam meningkat remaja, aku dah mula berubah. Bila jumpa sesedara, aku kurang layan ngan tak banyak cakap dengan sedara aku lagi-lagi dengan sepupu aku. Dengan makcik dan pakcik aku pun dah tak bergurau, just cakap bila ditanya. Memang ketara perubahan aku.

Mak aku pernah marah aku sebab tak bercakap bila jumpa sepupu, yelah masa tu orang semua duk suka aku lak dok senyap je, mane mak aku tak marah. Sepupu aku pun pernah tegor aku kenapa asek diam saja sampaikan sepupu aku dah bosan nak layan aku. Aku kadang2 rasa malu jugak ngan perbuatan aku. Tapi dengan keluarga aku, aku tak jadi pendiam sangat cuma aku tak seberapa luahkan masalah aku bila aku ada masalah.

Hubungan dengan kawan

Bila dengan kawan lama aku (dari kecik lagi berkawan), aku la yang suka buat lawak bila berkumpul bersama, tapi still boleh nampak lagi sifat pendiam aku. Masa aku dalam darjah 5-6, aku tak bercakap masa cikgu datang kelas. Budak2 kalau cikgu tak datang, riuh sekampong kelas. Tapi aku tak bercakap sebab aku teringat ngan citer Storm Rider. Waktu aku sekolah menengah lak, aku pun tak banyak cakap just cakap bila rasa nak cakap. Tapi kalau lepak ngan kawan yang banyak cakap, aku pun jadi banyak cakap jugak kadang2 sampai terlepas cakap sebab tersoronok bila bercakap.

Bila masa penyerahan rekod periksa dekat ibubapa, cikgu kelas aku asek cakap perkara yang sama, “izra ni memang pendiam masa di kelas”. Walaupun masa aku form 4-5 di sekolah teknik, pun cikgu cakap macam tu juga bila serah rekod pelajar. Aku pernah buat kawan yang duduk di sebelah aku boring+bengang masa form 5, aku rasa korang tak pernah buat pun macam aku.

Aku pernah tak cakap ngan member sebelah aku start dari awal sampai habis waktu sekolah (tengah hari). Kawan aku memang fed up jek ngan aku, last2 dia tukar tempat. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh jadi sediam cenggitu. Aku waktu tu asek fikir je, tapi masa belajar tak fikir pon.

Tapi bila keluar jalan2 ngan main bola atau takraw, aku tak suka diam. Sebab kalau aku diam nanti aku tak dapat main ngan takde member nak ajak aku keluar.

Hubungan dalam percintaan

Yang ni aku rasa kelakar. Dalam aku diam-diam, ada orang minat aku dalam diam-diam. Terjadi masa aku form 1, tapi aku tak layan pun sebab aku tak tahu masa tu pastu tak pernah cakap pun ngan pompuan tu. Bila si dia dah bosan ngan aku, dah tak suka ngan aku, baru aku tau yang dia rupanya suka aku. Masa tu baru aku suka bergurau ngan seronok lepak ngan dia dan aku terasa jatuh cinta lak ngan dia tapi dia dah tak suka aku. Melepas betul aku, dah la cantik.

Masa aku form 3, pon ada girl suka aku, tapi sekejap je sebab aku tak suka dia, sebab tak cantik. Hahaaaa…. Aku pernah juga bercinta 2 kali. Cinta pertama dengan pompuan dari sekolah rendah, waktu dalam form 4-5 baru aku dapat no phone dia. Si dia dah tukar sekolah masa start sekolah menengah. Memang dia pompuan yang aku suka waktu sekolah rendah sebab cantik ngan baik. Cinta aku memang pelik, tak banyak berkomunikasi secara berdepan, tapi banyak berkomunikasi melalui handphone. Pagi petang malam asek mesej jek, bila dah abeh spm aku ngan si dia dah ready nak date first time bersama sampaikan aku dah list apa yang aku nak cakap nanti. Tapi belum sempat nak berjumpa, aku minta putus (skema gila aku). Sebabnya status aku ngan dia jauh berbeza, dia pandai, berada dan pemikiran yang sensitive. Aku lak tak seberapa pandai, tidak seberapa berada dan pemikiran aku sempoi.

Cinta kedua pun lebih kurang sama juga, tak banyak cakap tapi banyak men mesej. Aku jumpa si dia masa aku teman member aku jumpa aweks, so si dia lak teman si aweks. Aku curik no phone dia kat member aku pastu buat2 salah miscal. Tapi dia suka kawan ngan aku ngan suka mintak nasihat aku dalam bab2 pelajaran. Pernah dating sekali kat McD, tapi aku tak banyak cakap sebab gemuruh pastu tak tau nak cakap per sebab tak list nak cakap per. Si dia yang banyak cakap, tapi hubungan kami tak kesampaian juga sebab si dia pandang juga status ngan penampilan si lelaki. Si dia pernah juga nak berbaik semula ngan aku masa aku study di Uthm, tapi tak bertahan lama…..

Antara effect akibat nak sangat jadi watak Hu Jingyun yang pendiam, sungguh membosankan dan diam diam diam… Aku masih dalam usaha nak ubah balik perwatakan aku. Aku lepak ngan member yang banyak cakap, cube cari point nak cakap. Aku jadi galak bercakap bila aku seronok lepak ngan member. Korang-korang yang blogger tu, bila kita nak jumpa, lepak sesame …

Tapi disebalik jadi pendiam, banyak juga kebaikan dan kelebihan yang aku perolehi. Juga ada keburukan yang aku terima membuatkan aku belajar sesuatu yang baru. Akhir kata untuk golongan wanita, “lelaki yang cool ialah lelaki yang reti kopek buah durian”, carilah lelaki yang camtu, hahaaaa……. Salam.

12 comments:

  1. pergh! kuat btol pengaruh filem kat diri ko yek :)

    ReplyDelete
  2. hahaaa,,,
    dah terbiasa,,,
    sebab tu jadi camtu.....

    ReplyDelete
  3. wahh!! izra..
    awk mmg giler sempoi.
    hahaha.penatt gelak bace 'hubungan dlm percintaan' tuu..
    well, biasa la ue..diam lagy bagos dr berckp.
    hehe.
    tpy sy..
    mmg byk ckp ngee.. :))
    gud luck izra.
    jum kite jumpe. hahaha

    ReplyDelete
  4. jom kita jumpa jugak,,,
    nak dengar akma banyak bercakap......
    heeee

    ReplyDelete
  5. walaweh.caya la lu mat..
    heroooooo.....
    nk ubh lik crcter lawak or peramah, tiru la stephen chow.semoga bjaya..haha..

    ReplyDelete
  6. sy pom dh tgk cte ni,, bpe thun yg lpz..lme gak..
    tp xde lar trpengaruh ag,..hihi
    cme pemalo cket uh de r..kui3

    ReplyDelete
  7. nnti nk keluar wayang tau cita nih. tak sabar nak tengok :D

    ReplyDelete
  8. saye suke laki cool2 ni...suke bace kisah hibungan dalam percintaan tu...hehe...nak kenal leh x??
    :D

    ReplyDelete
  9. hye inspirasiizra. ive been following up n reading ur blog for a couple months already. im really attracted about ur article and im kind into 'cool type guy' u know. can we meet anyway " ;)

    ReplyDelete
  10. Nazra : ade lagi ker citer ni kat wayang ....


    To komen yang xde link :

    aku pelik betul nape tetibe ramai yang pengomen xde link nie,,,

    adakah satu helah nak kenakan aku....?

    ReplyDelete
  11. what hurmm.....
    bagi la link,,,
    nak jugak komen at ur page ....

    ReplyDelete