27.10.09

Akibat Beraya Di Rumah Orang Beramai-ramai (Edisi last promote gambar member)



Sebelum ni aku ada post entry pasal berbuka puasa, kasi peluang gambar member aku masuk dalam blog inspirasiizra. Dan hasilnya sesegelintir member aku teruja serta terpesona dan blog aku mula dikenali oleh member-member aku di Uthm. Kalini wat lagi entry pasal member aku untuk diorang femes lagi kat blog aku but lepas ni dah takde lagi nak wat entry pasal diorang coz dah tiada benda nak promote diorang, hahaaaaa……..

Cerita bermula pada jumaat 2/09, setelah seminggu plan nak buat open house untuk rakan-rakan yang sama course di Uthm, akhirnya plan dapat dilakukan. Lokasinya di rumah Hafizie, (Bos, kate Amir) di Jalan Parit…… (aku dah lupe jalan tu) kerana area rumah Hafizie sajalah yang sesuai untuk berkumpul beramai-ramai. Chad dan Jad sebagai ketua plan sebab diorang nak bangga, hahaaa…. Majlis start pada petang hari, dan dihadiri member-member dari course DDM dan DDT dan juga lecture. Syukur, plan yang kononnya dirancang oleh Chad dan Jad dapat berjalan dilakukan dengan sempurna.





Di mulakan dengan gambar lecture yang hadir, Cik Am (still solo)





Then tuan rumah, Fizie (kadang2 baik orangnye)





Menu utama


=> Aksi gadis-gadis Comel+Cool....
















=> Aksi jamah menjamah...
















=> Aksi tak tahu nak tulis per...






























=> Aksi santai...

























=> Aksi market...





































=> Aksi drama...



















=> Aksi malam hari...





























































=> Aksi kumpul beramai...













Habis.....








Majlis dibuat ala-ala stail buffey dan bbq. Menu utama ialah satay Batu Pahat dan menu yang lain seperti makanan di hari raya (ketupat, roti jala, lontong, dan ….) Lokasi yang dipilih untuk majlis ni memang sesuai dan kena. Kawasan kampong yang mengingatkan seperti suasana beraya di kampong juga keluarga Hafizie yang sungguh peramah dan mesra melayan kerenah kami (cuma Hafizie je tak mesra layan kami, hahaaa). Majlis diakhiri pada lewat malam dan itupun keluarga Hafizie masih layan kami semua dengan mesra. Keluarga Hafizie ada menyatakan kalau nak cari keluarga angkat, jadikanlah diorang sebagai keluarga angkat. Baik sungguh keluraga Hafizie. Sebagai penutup majlis, sesi bergambar dengan keluarga Hafizie menggunakan kamera Canon Dslr (promote kamera Chad) dan lepas tu kami semua balik.







Pada hari ahad pula 4/09, jemputan ke rumah terbuka di 3 rumah. Selepas selesai ceramah di Uthm(kena paksa datang), kami (DDT) terus ke rumah Wan di area-area pekan Batu Pahat. Memang kena dengan timing nya coz waktu tu tengah hari, belum makan lagi dan sampai je rumah Wan, makanan memang superb. Semua makan banyak sebab semua lapar, aku dah 3 kali tambah makan roti jala, yang lain macam-macam makan tanpa rasa segan silu. Keluarga Wan mesra melayan kami, dan kami pula mesra melantak makanan yang disediakan. Dalam pukul 2-3 petang camtu, kami pun selesai dan sedia untuk ke rumah seterusnya. Macam biasa, sebelum balik, snap beberapa picture bersama keluarga Wan. (guna kamera Dslr Chad lagi)





Dimulakan dengan tuan rumah


Then Aksi-aksi ..... (penat dah aku nak tulis)







































































Aku kene guna backlight bagi nampak cerah gambar Chad


=> Bersama keluarga tuan rumah ....



















Kami ke rumah Chad pula di area-area Batu Pahat juga. Dirumah Chad hanya biasa-biasa saja kerana lagipun rumah Chad dah buat makan-makan sebenarnya pada hari jumaat tapi kami tak dating sebab majlis di rumah Hafizie. Masa di rumah Chad hanya ada mak Chad saja dan hanya dapat menghidangkan makanan yang bolehla. Kami tak kisah dengan semua tu dan kami tak merungut dengan keadaan rumah Chad kerana kami semua remaja yang cool+baik.. Lagipun perut masih lagi kenyang. Sedang lepak2 di rumah Chad, kami decide nak ke rumah last iaitu rumah Quna (bukan nama sebenar) di Sri Medan. Bincang2 dan kami setuju nak ke rumah Quna.







Masa di awal perjalanan, hujan mula turun dengan renyai tapi berterusan. Akibat bawa motor, maka basah jua pakaian kami walaupun hujan renyai cuma member girlz je tak basah sebab diorang naik kereta. Mulanya ingat Sri Medan tu dekat je, rupanya jauh. Aku dah fikir kalau sampai kat rumah Quna tapi just makan kuih raya memang tak berbaloi pergi rumah Quna. Akhirnya kami berhenti di hentian yang kononnya sudah hampir dengan rumah Quna. Kami kebasahan dan kami kesejukan. Quna pon sampai ke hentian tempat kami berhenti untuk menjemput kami. Waktu aku tengok Quna dalam kereta masa tu, boleh tahan orangnya, hahaaa. Kami pon ready nak terus sikit lagi perjalanan tapi sebelum tu suruh Quna pergi tempat pam minyak dulu. Disebabkan Sri Medan kawasan kampong, minyak dijual di kedai runcit. Waktu aku follow dari belakang kereta Quna, boleh tahan juga Quna bawak kereta, jenis lasak bawak kereta sampaikan dah betul2 sampai tempat tu baru bagi signal, nasib baik aku sempat brek dan nasib baik kawan aku sempat mengelak dari langgar motor aku.

Sampai juga kami di rumah Quna. Kawasan rumah Quna memang luas dan kawasan kampong. Keluarga Quna menjemput kami semua masuk. Aku masuk je terus fikirkan makanan yang dihidangkan nanti. Syukur, keluarga Quna hidangkan nasi goreng beserta lauk. Aku dalam hati tarik nafas lega sebab tak makan kuih raya. Satu timing yang bagus, lagipun kami kebasahan dan kelaparan. Kami makan dengan selera dan sambil tu yang belum makan bergilir-gilir solat asar. Lepas habis makan, solat, lepak-lepak kejap sambil keringkan sikit baju, kami pon ready untuk mengambil gambar Quna sekeluarga. Sekali lagi guna kamera Canon Dslr milik Chad (kamera Faez masa tu kurang diingati). Lepas dah habis snap beberapa gambar, kami pon sedia nak pulang. Keluarga Quna rasa gembira dengan kehadiran kami dan berharap dapat berjumpa lagi kami. Kami pun gerak dalam pukul 7 petang dan selamat tiba di Taman Kelisa.





Dimulakan dengan tuan rumah, Quna


Then nengok jela gambar2 korang...





























Zul, ni jelah gambar ko yang cool aku ada, hahaaa...






























































=> Snap bersama keluarga...



















Sungguh seronok dapat raya sama member. Kalau aku tak belajar di Uthm, memang tak merasa aku raya bersama member di tempat jauh. Kalau nak diikutkan, ni first time aku raya macam orang matang. Sebab kalau dulu2,aku raya sama member rumah member pon orang ingat cam nak harapkan duit raya. Yelah time tu pun masih sekolah lagi, so memang orang ingat camtu jelah. Buat member2 aku yang terlibat dalam riang rioh raya, juga rumah2 yang menjemput kami, aku ucapkan bebanyak terima kasih. Rumah korang memang best the best. Harap tak rasa jemu untuk jemput kami lagi. Kawan2 ku, teruja tak gambar korang masuk dalam blog aku….? Heeeee…. Sekian….

5 comments:

  1. yeahhhhh...!
    TERBAEK!!!
    xsabar nk tunggu nex rayo!=D

    ReplyDelete
  2. banyok nye gmbr....
    ko skung wat meniaga gmbr ke.....
    hahahaha....
    gurau je....


    selamat ari raya aidifitri....
    hihihihihi...

    ReplyDelete
  3. uittttt...
    gmbr cool ke?????

    haha...

    menatang slekeh siot....

    two thumbs up 4 this post

    ReplyDelete
  4. byk gambo..
    berat page...
    but lawo...
    hahaha...
    bijop2...

    ReplyDelete
  5. baru aku sedar page ni berat,,,
    tu la gune kamera chad,,
    membebankan sket.....

    ala,,,
    ni gambar ko last aku promote,,
    kena lawa2 sket,,,
    lpas nie da xde la gambar ko kat blog aku.....

    ReplyDelete