7.10.09

Selamat Hari Raya


Walaupun sudah sebulan lebih Ramadan berlalu, namun aku masih lagi merasai sisa-sisa bulan Ramadan. Sudah 2 bulan aku melakukan ibadah puasa tanpa bersama dengan keluarga sejak semester 2 dan semester 3. Berpuasa dengan rakan-rakan membuatkan aku tabah menghadapi dugaan lebih banyak berfikir sebelum melakukan sesuatu. Aku ingat lagi masa tu…..


=> masa awal-awal bulan puasa, bila nak pergi beli makanan, semuanya beli kat bazaar. Dah tu bila nak pergi bazaar, pergi ramai-ramai sampai satu rumah pergi.

=> waktu nak beli makanan, aku selalu bajet duit. Paling banyak dalam satu hari dalam 6 ringgit termasuk beli makan sahur sekali (ayam goreng).

=> bila nak berbuka, kena berkumpul pastu makan beramai-ramai. Siapa yang beli makanan lebih kena wajib kongsi. Sorang kena baca doa berbuka.

=> bila dah abeh berbuka, semua sibuk melakukan solat. bila dah selesai, tidor sekejap. Lepas tu, tengah malam bangun dan mula buat aktiviti sampai ke pagi dan terus pergi kuliah.

=> pukul 4.30 pagi, member-member pergi mamak 25 jam, sahur kat situ. Aku tak follow sebab aku dah ready makanan sahur siap2 di samping jaga bajet duit.

=> masa bulan puasa ramai yang mengantuk sebab tak tidor malam. Mata semua versi panda terutama sekali Hatim. Masa kuliah la sesuai untuk tidor.

=> masa tengah-tengah Ramadan, tak semua beli makanan di bazaar, ramai yang beli makan di bawah walaupun hanya jual nasi lemak.

=> masa tengah-tengah Ramadan juga, aku dah tak ready makanan untuk sahur, aku follow juga member aku sahur di mamak 25 jam walaupun aku tahu kedai mamak memang mahal.

=> mood makan aku pun semakin kurang. Aku tak tahu kenapa.

=> masa Ramadan kian rancak berada di penghujung, ramai member aku sibuk pasal tiket bas untuk balik raya. Masa tu kecoh orang cakap tiket raya dah abeh.

=> aku sengaja beli tiket bas lambat-lambat walaupun mak aku dah marah2 tak beli tiket bas. Aku sengaja buat begitu coz aku nak merasai suasana orang yang tak dapat balik beraya sebab tiket bas habis.

=> masa tu aku dapat rasa memang terasa kerisauan+tidak tenang memikirkan macam mana jika aku tak dapat balik beraya. Alhmdulillah, aku dapat beli tiket masa-masa akhir.

=> minggu keempat bulan Ramadan, ramai member aku dah balik kampong awal-awal walaupun cuti start pada hari jumaat.

=> mood minggu tu memang mood nak raya sampaikan lecture pun rasa malas nak mengajar. Budak2 yang hadir ke kuliah pun semakin sikit walaupun cuti belom lagi.

=> masa hari khamis minggu last puasa, hanya tinggal 4 orang saja tinggal diasrama. Susana masa tu suram sikit ditambah pula dengan lagu raya yang berkumandang.

=> pagi jumaat masa untuk aku pulang ke halaman, aku bersiap dan salam member aku yang masih ada lagi di asrama. Aku turun dan tunggu bas di depan.



=> bas bertolak ke seremban pukul 11 pagi. Aku tunggu bas tu, dan 11.05 pagi bas sampai dan lepas tu ramai yang berpusu untuk naik bas. Aku dapat naik dan sesudah bas start bertolak, baru aku sedar bahawa aku tersalah duduk seat. Patutlah 2 aweks kat belakang aku asek cakap sal tempat duduk saja. Rupanya aku duduk tempat diorang.

=> masa bas singgah di Muar, penumpang dari situ lak naik. Ada sorang awek tengah cari tempat duduk dan akhirnya dia memilih duduk di sebelah aku walaupun di depan aku ada satu tempat kosong sebelah pompuan juga.

=> disebabkan aku seorang pemalu, aku tak hirau pun aweks tu dan aku terus tidor sambil dengar lagu raya.

=> akhirnya bas sampai ke seramban dan aku naik computer untuk terus ke Kajang. Ayah aku amek aku di stesen komuter Kajang.

=> aku dapat juga buka puasa dengan keluarga dan masa tu ayah aku cakap baru ada mood nak makan. Aku masa tu terasa sebak sikit bila terdengar ayah aku cakap cenggitu.



Seperti yang diketahui, raya jatuh pada hari ahad bulan 9 yang lalu. Masa malam raya, mak aku sibuk siapkan baju2 raya adek aku yang sikit lagi nak siap. Aku ingat aku nak pakai baju melayu tahun lepas punya tapi rupanya ayah aku dah beli baju melayu baru. Biasanya baju melayu aku versi murah2 punya dan aku tak kisah coz bukan aku pakai sangat pon baju tu. Maka ahad tiba dan bermula lah bulan baru bagi umat islam iaitu bulan Syawal. Aku ingat lagi masa tu…

=> raya tahu ni di rumah saja kerana ayah aku bekerja seminggu start dari first raya.

=> masa pagi raya aku bangun awal dan tengok tv kononnya untuk merasai suasana hari raya.

=> lepas aku makan, aku pergi masjid untuk solat hari raya.

=> sesudah habis solat raya, aku sambung makan di rumah. Lepas habis makan, aku masuk bilik dan tidor.

=> masa hampir asar aku bangun dan buat apa yang patut. Lepas tu aku sambung tidor lagi sampai ke malam.

=> malam aku bangun, mandi, solat, makan dan tengok tv dan ayah aku baru balik kerja. Aku sungguh heran+bengang, kenapa lah cerita semunya tak best masa hari raya. Akibat bosan, aku masuk tidor balik.

=> dalam masa seminggu hari raya, aku banyak habiskan masa tengok tv dan tidor. Tak keluar raya rumah member pon sebab member semua beraya di kampong. Kadang2 aku terasa sayu je bila teringat kawan2 semua berseronok beraya di kampong, aku pula hanya terperap kat rumah. Aku redha dengan semua kejadian ni.

=> masa hari jumaat, ayah aku dapat cuti dan kami sekeluarga beraya di muar. Dapatlah keluarga aku beraya di rumah sesedara. Cuma aku dapat beraya dua hari saja kerana sabtu aku dah balik semula ke asrama.

Walaupun raya hampir sampai ke penghujungnya, aku nak ucap juga Selamat Hari Raya pada semua blogger dan yang tak sengaja baca blog aku. Aku bersyukur kerana tahun ni aku dapat sambut hari raya walaupun tidak seberapa aku menyambutnya. Aku ingi minta maaf pada korang jika blog inspirasiizra ada menyatakan sesuatu yang membuatkan korang terasa + tak puas hati atau aku pernah komen yang tak senonoh pada blog korang. Semoga ceria di bulan syawal dan bermaafan pada selagi mampu.
Sekali lagi, Selamat Hari Raya……..

4 comments:

  1. haha rindu plak aku kt wellward tu :P

    ReplyDelete
  2. rindu wellward wat per,,,
    mane de best pon welward tue....

    ReplyDelete
  3. wei tak best wellward pn, tmpt beli brg dapur tau. ko tu len la tak masak memasak cm aku :P

    ReplyDelete
  4. hahaaa,,,
    wellward mahal la,,,
    but terpaksa gak g wellward,,
    nk g carefour jauh....

    ReplyDelete