26.2.10

2+1 Tahun Yang Bermakna

Waktu tengah syok study, tetiba aku teringatkan baki hari yang tinggal untuk aku tinggalkan Uthm. Lagi setahun saja!!! Perghh, memang aku tak dapat bayangkan hari yang terakhir tu nanti. Mungkin aku akan menangis, mungkin aku gembira, mungkin aku kecewa, dan mungkin bila nanti…(lagu peterpan). Waktu sekarang pun aku da terasa sayu bila aku fikirkannya apatah lagi hari terakhir yang akan aku hadapi kelak. Macam lagu dewa-hadapi dengan senyuman, tak mungkin aku dapat hadapi dengan senyuman, mungkin hadapi dengan …

Aku seperti orang lain juga, sewaktu kecil disuruh belajar pandai-pandai lepas tu leh masuk university bila da besar nanti. Aku yakin ibu bapa korang pernah pesan camtu waktu korang kanak2 ribena lagi kan. Mak dan ayah aku pun dah berkali-kali pesan kat aku macam tu tapi aku tak seberapa nak ambil teguran tu. Kenapa?

Waktu aku sekolah rendah:
-tak seberapa nak pickup bila belajar. Asyek tak faham je bila cikgu ajar.
-malas buat kerja sekolah dan jarang buat kerja sekolah kat rumah.
-tak reti ulangkaji sendiri dan tak beli pon buku ulangkaji. Kalu ayah aku beli pon, aku tak buat dan tak pandang pon buku tu. Aku harapkan apa yang aku belajar je kat sekolah.
-nakal dan tak endah nasihat orang. Aku pernah kena “nasihat” ngan mak aku direct 3 jam. Aku insaf sekejap je.

Waktu sekolah menengah lak:
-masih sama lagi, tak seberapa nak pickup bila belajar. Asyek tak faham je bila cikgu ajar.
-kurang sket malas nak buat kerja sekolah tapi still jarang buat kerja sekolah.
-baru tahu camna ulangkaji sendiri. Aku juga da start beli buku rujukan.
-kurang sikit nakal tapi suka hiburan menyebabkan pelajaran terganggu.

22.2.10

What the Hell Is Lomo-part 2


Kembali lagi. Dapat juga siapkan entry part 2. Nak tulis sal per ek part 2 ni, hm camni lah. Selepas aku cuba basic2 gambar lomo, kebanyakkannya aku puas hati la dengan hasilnya, ada gambar yang cool, ada juga gambar yang tak stylo langsung. Tapi aku memang sesuka giler ngan lomographer, terasa sangat puas bila dapat snap
gambar ngan kamera fish eye 2.

Masa aku try basic, aku snap kat area2 rumah aku je dan masa tu pun aku ngah cuti semesta. So bila dah abeh cuti, aku bawak la kamera ni skali di Uthm tapi secara senyap dan tanpa pengetahuan member aku pon. Saja nak wat surprise kononnya. Aku snap la gambar di area Uthm, memang area kawasan tempat aku belajar sesuai untuk kaki photographer. Aku try basic higher iaitu multiple exposure dan mode B (bulb). Gambar multiple exposure memang jadi, cuma kena kreatif lagi dan tingkatkan teknik sikit lagi. Yang gambar mode B, langsung tak jadi, mungkin sebab aku salah guna filem (orang cakap guna filem 100 ASA tuk mode B, tapi aku guna 400 ASA).

Berikut adalah sedikit gambar yang dapat ditunjukkan. Masih lagi dalam peringkat beginner dan aku akan berusaha lagi untuk lebih kreatif dan memperbaiki teknik dalam lomographer.