Waktu tengah syok study, tetiba aku teringatkan baki hari yang tinggal untuk aku tinggalkan Uthm. Lagi setahun saja!!! Perghh, memang aku tak dapat bayangkan hari yang terakhir tu nanti. Mungkin aku akan menangis, mungkin aku gembira, mungkin aku kecewa, dan mungkin bila nanti…(lagu peterpan). Waktu sekarang pun aku da terasa sayu bila aku fikirkannya apatah lagi hari terakhir yang akan aku hadapi kelak. Macam lagu dewa-hadapi dengan senyuman, tak mungkin aku dapat hadapi dengan senyuman, mungkin hadapi dengan …
Aku seperti orang lain juga, sewaktu kecil disuruh belajar pandai-pandai lepas tu leh masuk university bila da besar nanti. Aku yakin ibu bapa korang pernah pesan camtu waktu korang kanak2 ribena lagi kan. Mak dan ayah aku pun dah berkali-kali pesan kat aku macam tu tapi aku tak seberapa nak ambil teguran tu. Kenapa?
Waktu aku sekolah rendah:
-tak seberapa nak pickup bila belajar. Asyek tak faham je bila cikgu ajar.
-malas buat kerja sekolah dan jarang buat kerja sekolah kat rumah.
-tak reti ulangkaji sendiri dan tak beli pon buku ulangkaji. Kalu ayah aku beli pon, aku tak buat dan tak pandang pon buku tu. Aku harapkan apa yang aku belajar je kat sekolah.
-nakal dan tak endah nasihat orang. Aku pernah kena “nasihat” ngan mak aku direct 3 jam. Aku insaf sekejap je.
Waktu sekolah menengah lak:
-masih sama lagi, tak seberapa nak pickup bila belajar. Asyek tak faham je bila cikgu ajar.
-kurang sket malas nak buat kerja sekolah tapi still jarang buat kerja sekolah.
-baru tahu camna ulangkaji sendiri. Aku juga da start beli buku rujukan.
-kurang sikit nakal tapi suka hiburan menyebabkan pelajaran terganggu.
Dengan condition aku sebegitu di sekolah, camna la aku nak masuk university kan. Memang takde harapan pon. Ditambah pula parent aku kadang2 bandingkan aku dengan sepupu aku. Sepupu aku tu da la genius masa kecik lagi, sekarang pon result sentiasa 4 flat di uitm Shah Alam. Memang gila kalau aku nak challenge dia. Tapi aku bersyukur, masa aku sekolah menengah, aku tetiba terasa pelajaran tu penting. Walaupun dalam masa aku asyik berhibur, aku masih teringatkan pelajaran dan aku tetiba dapat spirit untuk bersaing bila ada peluang Akibat effect begitu, aku cuba untuk menjadi pandai seperti rakan2 ku. Walaupun tak sepenuhnya, ia buatkan aku ingin bersaing dalam pelajaran. Hasilnya, boleh la bagi skit harapan kat ibu bapa aku yang aku boleh pergi jauh nanti.
Aku ingat lagi, dalam pertengahan tahun masa form 5, cikgu suruh beli resit UPU tuk sambung belajar di university. Orang beli, aku pun sibuk beli sekali, nak cuba nasib. Tapi aku buat backup sekali, beli resit Politeknik. Dan resultnya aku da agak, aku tak dapat sambung university. Nasib baik dapat aku dapat belajar di politeknik dan sepupu aku yang lain kuatkan semangat aku untuk belajar di politeknik. Sekali lagi, aku bersyukur dapat juga tawaran university dan harapan parent aku tercapai juga. Namun dalam nak mencapai harapan keluarga aku tu, banyak duka yang aku lakukan tapi malas nak citer.
Sekarang, dah dua tahun aku belajar di Uthm. Banyak perkara aku belajar dan stail kehidupan aku pun banyak berubah. Yeah, orang kata kalau dah masuk university, leh senang lenang je juga penuh dengan hiburan. Hm, semenarnya tak boleh sangat pon, masih lagi kena utamakan pelajaran. Cuma stail pelajarannya tidak terkongkong sangat seperti di sekolah. Masa mula2 aku jejakkan kaki ke university, so aku buat la maklamat baru aku sendiri supaya dapat menikmati hidup dengan lebih puas dan mencabar selagi aku masih belajar di university. Maklamat yang aku buat takde la complicated sangat, just pemikiran seorang remaja saja. Antaranya:
1) Belajar ilmu baru serta rajin belajar
Memang banyak pelajaran baru yang aku belajar lagi2 course aku ni engineering, memang mencabar pelajarannya. Tapi tak semua la pelajaran tu aku dapat score cuma aku suka sangat dengan pelajaran dalam engineering, memang cool dan mencabar otak. Bab rajin belajar tu, hm adakalanya rajin adakalanya macam rajin. Biasa la tu, remaja..
2) Dapat ramai kawan (60% perempuan, 40% lelaki)
Ingat lagi tak masa sekolah, cikgu tak galakkan bercinta dan cikgu kata nak bercinta atau cari jodoh masa di university nanti. So aku setkan nak nak cari kawan perempuan lebih sikit, mana tahu mungkin salah sorang bakal jadi jodoh aku, kuasa tuhan kan.Tapi tak jadi lak percaturan aku, dalam 80% lelaki, 20% perampuan setakat ni. Pelik tul aku, nape susah sangat nak dapat kawan perempuan, hahaa.
Cerita sal kawan ni, aku teringat lagi camna aku berkenalan dengan member baru masa awal2 di university.(member aku di Uthm tu, cuba korang ingat balik camna korang berkenalan ngan member baru ataupun aku masa awal2. Mesti kelakar bila teringat) Berikut adalah kawan2 aku yang menakjubkan waktu aku mula2 nak start berkawan dengan diorang. Yang lain tu tak seberapa nak menarik sangat, heheee…
Yushafizie- merupakan kawan pertama aku kenal. Berkenalan masa aku nak daftar nama. Aku duduk sebelah dia then masa nak isi borang aku tegur la dia camna nak isi borang coz dia datang dulu kan. Masa dalam proses daftar, aku dengan dia pon saing sekali daftar sama. Lepas dah abeh daftar aku ingat dah tak jumpa, tetiba masa aku masuk asrama aku, jumpa lagi dengan dia. Dia serumah dengan aku rupanya. Kalau jodoh memang tak kemana kan, hahaaa. Now dah tak duduk sebilik dengan dia tapi still berkawan lagi ye.
Izzat- masa mula2 aku usha dia kat kelas, nampak macam dia ni memilih kawan yang sama standard ngan dia. Aku just senyum2 biasa jek bila bersemuka ngan dia. Then dalam semesta 2, waktu kelas fizik aku dipasangkan dengan dia dalam setiap eksperimen. Ada hikmah rupanya sebalik aku group ngan dia. Dalam setiap eksperimen, kami dapat mengenali hati budi masing2, hahaaa…. Rupanya Izzat ni baik orangnya dan aku ngan dia pon dah macam2 gurau. Tapi awas, Izzat kekadang garang jugak (betul tak jat), heee…
Rassad- masa aku usha dia, aku ingat dia ni orang yang dah berumur. Dia ni pon aku ingat macam perangai Izzat, memilih kawan. Tapi aku kenal dia awal skit dari kenal Izzat sbab masa dia duduk sebelah aku, dia tegur aku dulu belajar mana. So aku cerita la bukan2 dari mana aku asal. Memang baik la Rassad ni, kelakar pon best juga memang senang la nak buat kawan.
Xing Yie- yeah, wanita yang menarik sekali cara aku berkenalan ngan dia. Nama Xing Yie sungguh sensitive di kalangan lelaki dalam kelas aku. Jangan kaitkan nama dia ngan diri sendiri, mungkin diberi pujian atau bahanan, hahaa. Aku berkenalan ngan dia secara sempurna atau rasmi agak lewat sikit. Dalam pertengahan semesta 3, melalui aplikasi facebook. Aku buat facebook sebab kenalan aku (perempuan) dari Indonesia ada facebook. So aku dah abeh daftar akaun, aku add la kenalan aku tu dan friends aku masa tu ada 2 saja. Tetiba masa aku kemaskini facebook, si Xing Yie ni add aku dan aku terus approve tanpa rasa bersalah. Aku tanya dia kenapa add aku, dia kata nak kenal aku lebih lagi. Sungguh romantic sekali. Now aku dah tak segan simpan no tepon dia juga send mesej bukan2 kat dia, hahaa. Dia pon dah tak pelat sebut nama izra. Memang besh kawan ngan Xing Yie.
3) Cuba perkara baru dan minat yang lebih cool
Dah masuk Uthm macam2 perkara baru aku dah rasai. Cam contoh mengundi untuk perwakilan pelajar, jumpa PA untuk tandatangan, kena tegur ngan saman dari pokguard, jadi lecture sekejap, study sampai tak tidur malam, ngan macam2 lagi. Selain merasai perkara baru, pelbagai minat baru juga muncul. Cam contoh, disebabkan asrama ada internet, aku berminat untuk manage blog sendiri hasil dari syok baca blog orang. Then bila dah lama bloging, terjumpa la item di blog orang yang menarik minat aku seperti ebook cetak t-shirt dan kamera lomo. Tak tahu lagi apa minat baru aku selepas ni. Kalau nak ikutkan, ada juga pengaruh rakan2 menyebabkan aku minat sesuatu yang besh. Semua ni pengalaman yang special edition.
Maklamat aku dah tercapai, so apa lagi selepas ni? Hm, kena teruskan juga melalui hari-hari yang semakin hampir untuk berpisah secara gembira atau kesedihan. Aku sebenarnya nak tulis entry ni panjang2, tapi tak boleh lak. Aku asyik teringat hari terakhir di Uthm jek, susah nak kluar idea menulis. Member sekelas aku, aku mintak maaf ek kalu ada buat salah kat korang. Hm, ntahla nak tulis per lagi, dah la….
0 bengang:
Post a Comment