23.5.10

Sudah 20 Tahun

SELAMAT HARI JADI
SELAMAT HARI JADI
SELAMAT HARI JADI IZRA
SELAMAT HARI JADI

Kedengaran seperti seseorang yang menyanyikan lagi besday, oh ya rupanya aku yang bermimpi. Hari ini, 23/05 cecah la umur aku yang ke 20 dan macam biasa aku tidak mengharapkan besday aku ini disambut orang ramai. Cukuplah sekadar family aku saja yang tahu hari kelahiran aku juga kawan yang terdekat mengetahuinya (itupun kalau diorang ingat).

Tiada perancangan yang meriah sekadar teruskan hidup untuk masa hadapan. Terima kasih pada Mak kerana melahirkan izra jam 11 pagi, 23/5/90 dan terima kasih Ayah mencari duit untuk menyara anak2 nya. Jasa keluargaku tak akan pernah aku delete kan.. Sekian saja disini, salam...

p/s: teringat masa kecik2 dulu, mak buat kek sambut besday izra. Ajak jiran2, rakan2 izra datang, pastu banyak hadiah dapat. Sekarang dah takde semua tu, izra dah besar, pandai2 la celebrate sendiri.

14.5.10

Bukan Aku Tak Mahu Luahkan CINTA tapi…

Entry yang paling emo pernah aku buat. Naper tetiba nak tulis sal cinta lak ni? Ntah la, mungkin penangan drama Adamaya tu buat aku rasa romantic jek, hahaaa. Tidak mengapa lah, lagi pon aku ni seorang yang pendiam, mungkin sesetengah member aku nak juga tahu aku ni reti bercinta ker? Lelaki yang tidak punyai perasaan ingin bercinta adalah lelaki yang tidak normal, so semestinya lah aku mempunyai perasaan ingin dicintai.

Aku ambil contoh ketika aku berada di Uthm. Sejak 2 tahun aku belajar di Uthm, ada la beberapa wanita yang telah membuatkan aku ingin bercinta dengannya. Walaupun aku ni tak banyak cakap, tapi aku memang pandai berkata-kata untuk menggembirakan seseorang. Bila aku nak luahkan rasa cinta pada wanita berkenaan, 3 perkara akan bermain di fikiran aku menyebabkan aku terpaksa membatalkan niat aku untuk bercinta lalu kembali kepada berkawan seperti biasa semula. Apakah 3 perkara itu? 3 perkara itu semuanya mengenai pasal aku iaitu:

--> rupa dan kelakuan
--> kepandaian
--> harta

Kenapa 3 perkara ni penting bagi aku? Meh aku huraikan:

Cinta Antara Kau, Aku dan Dia: Adamaya


Inilah first entry aku update di masa cuti dengan keadaan sekeliling aku yang berlainan. Mulanya aku nak wat entry pasal hari ibu, tapi bila aku nak taip jek pasal ibu, aku dah menangis. Aku memang sensitive pasal ibu dan ayah sebab aku sayang mereka. Dan memang banganglah jika seorang anak itu melupakan kasih ibu dan bapa, walaupun sesetengah ibu bapa berkelakuan tidak elok, sekurang-kurangnya punyailah sedikit perasaan kasih sayang pada mereka.

Berbalik pada tajuk, juga inilah first entry aku review pasal cerita. Selepas slot akasia Na O Mei, kini muncul drama baru, Adamaya di TV3. Pergh, inilah drama yang paling best aku layan. Lakonan si para pelakon semuanya nampak real dan natural. Walaupun si Sarah macam pelat sikit, namun jika dah professional dalam lakonan, semuanya nampak sempurna. Aku nak ulas lebih2 pon tak tahu nak ulas coz cter ni termasuk pelakonnya sekali memang terbaik ++++++.

So tak kan ni jek isi entry ni? Mesti lah tidak, aku suka tokok tambah entry yang aku reka.

6.5.10

Dunia Baru 2 – Finally Finished

Kenapalah masa sangat cepat berlalu. Terlalu sekejap lak rasanya aku melalui kehidupan di sem 4. Walau apapun aku bersyukur dapat habiskan pembelajaran semesta 4 bersama rakan yang disayangi. Kini dah bermula 2 bulan cuti dan aku masih lagi belum balik untuk bercuti, kononnya ingin habiskan masa bersama kawan. Ntahlah, sem 4 betul2 aku banyak berubah dan aku amat menyukai masa di sem 4 berbanding sem2 lepas.

::Tema::
Seperti entry dahulu aku, ‘dunia baru 2-musim 1’ aku andaikan tema ‘kawan’ kerana sem lepas semuanya berkait dengan kawan. Kini sem 4 aku rasakan tema yang sesuai ialah ‘mencari konklusi’. Yup, sem 4 terlalu banyak masalah serta konflik yang berlaku. Tak kiralah antara Loji atau Automotif. Tapi dengan pemikiran yang matang dari kami semua, akhirnya konflik+masalah dapat diselesaikan tanpa memudaratkan pihak lain.