Entry yang paling emo pernah aku buat. Naper tetiba nak tulis sal cinta lak ni? Ntah la, mungkin penangan drama Adamaya tu buat aku rasa romantic jek, hahaaa. Tidak mengapa lah, lagi pon aku ni seorang yang pendiam, mungkin sesetengah member aku nak juga tahu aku ni reti bercinta ker? Lelaki yang tidak punyai perasaan ingin bercinta adalah lelaki yang tidak normal, so semestinya lah aku mempunyai perasaan ingin dicintai.
Aku ambil contoh ketika aku berada di Uthm. Sejak 2 tahun aku belajar di Uthm, ada la beberapa wanita yang telah membuatkan aku ingin bercinta dengannya. Walaupun aku ni tak banyak cakap, tapi aku memang pandai berkata-kata untuk menggembirakan seseorang. Bila aku nak luahkan rasa cinta pada wanita berkenaan, 3 perkara akan bermain di fikiran aku menyebabkan aku terpaksa membatalkan niat aku untuk bercinta lalu kembali kepada berkawan seperti biasa semula. Apakah 3 perkara itu? 3 perkara itu semuanya mengenai pasal aku iaitu:
--> rupa dan kelakuan
--> kepandaian
--> harta
Kenapa 3 perkara ni penting bagi aku? Meh aku huraikan:
::Rupa dan Kelakuan
-kebanyakkan wanita yang ingin berpasangan pasti akan melihat rupa dan kelakuan lelaki tersebut. Kebiasaannya biarlah elok pada paras rupa dan kelakuan. Kalau diikutkan pada rupa aku, kira ada la sikit je kehenseman dan kelakuan aku lak kadang2 aku risau gak. Aku ni jenis kurang cakap dan disebabkan aku kurang cakap menyebabkan mungkin si wanita itu akan beranggapan yang bukan sepatutnya seperti sombong. Tapi aku suka bergaul dengan orang dan baik juga la perangai aku (kot). Kebiasaanya aku tak fikir sangat la pasal rupa dan kelakuan aku ketika kononnya aku dilamun cinta coz mungkin aku rasa okey kot.
::Kepandaian
-masa aku sekolah aku fikir orang yang belajar di university semuanya pandai2 belaka. Hm boleh la ramai pelajar yang pandai. Aku ada perhati gak pelajar2 Uthm yang couple, kebanyakkan pasangan diorang seorang yang cemerlang. Semua wanita nak lakinya seorang yang pandai kan, kalau aku pun nak aweks yang pandai tapi hanya tuhan je yang menentukan. Okey citer ni berlaku pada setahun yang lepas, aku berkawan la sorang pelajar ni dan kami memang mesra. Then dia pernah tanya pointer aku, aku beritahu la tapi secara anggaran la dan pointer aku masa tu aku rasa kira okey la bagi aku. Pastu dia pon tegur aku suh usaha dapatkan pointer macam dia (mungkin 3.6 keatas kot), dan aku terasa malu sangat. Selepas kejadian tu, kemesraan kami semakin suram.
Ini menunjukkan seorang wanita mahukan lelaki yang berpendidikan. Dan memang tak boleh nak nafikan lagi kerana member aku ni yang sama belajar ngan aku memiliki pasangan yang memang sesuai dan sempurna. Si laki cemerlang+hensem dan pasangannya cantik+cemerlang. Aku sering fikir pasal kepandaian aku dan selalunya wanita yang aku ingin bercinta dengannya lebih bijak dari aku menyebabkan aku terpaksa fikir banyak kali untuk bercinta dengannya.
::Harta
-kalau bab harta memang aku out coz aku bukan berasal dari keluarga yang senang. So kalau tiada harta camna nak belanja pasangan kan. Kadang2 kena juga ‘sedekah’ sikit harta kat wanita untuk mengeratkan lagi hubungan. Okey, mungkin member2 aku (DDT) nampak cam aku ni mewah sebab ada kamera Lomo, laptop, motor, dan sebagainya yang nampak seperti mewah. Tapi semua harta tu aku guna duit sendiri termasuk kasut juga handfon dan untuk memiliki harta semua tu aku kena hadapi ‘derita’ seketika. Aku hanya minta ayah aku support pakaian jek. Setakat ni barang ‘mewah’ yang ayah aku pernah beri kat aku ialah motor secondhand ngan yuran pendaftaran Uthm juga kasih sayang dan aku bersyukur pada tuhan kerana aku ni jenis tak merungut dan meminta-minta.
Juga wanita yang aku nak bercinta dengannya kira berada juga la. Abih kalau duit aku cukup2 makan jek, camna aku nak belanja makan, top up, bagi hadiah kat pompuan tu.. Tapi kalau dah suka tak kisah kot, sanggup bagi,haaa...
Diingatkan sekeras-kerasnya, aku tulis ni bukan nak minta simpati ….
3 perkara ini lah yang sering aku fikirkan untuk memulakan percintaan. Mungkin ini nampak merepek tapi bagi aku 3 perkara ni memang penting. 3 perkara ni memang berkait dalam hubungan percintaan.
::Rupa dan Kelakuan
-aku fokuskan pada kelakuan. Seorang lelaki perlulah ada sifat bertanggungjawab kerana lelaki adalah seorang pemimpin. Lelaki yang bertanggungjawab tak akan abaikan pasangannya dami kepentingan diri. Kalau lelaki tu ada rupa hensem tapi kelakuan tak macam rupa hensem, rasanya tak kan bertahan lama la pasangan tersebut.
::Kepandaian
-kepandaian memang penting. Jika lelaki itu dapat kekalkan kecemerlangan dalam pelajaran, pastinya masa depannya akan cerah. Contohnya mungkin dapat pekerjaan yang tinggi statusnya. Dari pekerjaan itulah mampu menyara diri dan pasangannya. Andai kata lah kononnya si wanita itu sanggup sehidup semati dengan lelaki yang dicintai, tapi bagaimana dengan keluarga bagi pihak wanita tersebut. Semestinya si ibu bapa wanita berkenaan mahukan kebahagiaan pada anak mereka. Kalau pekerjaan si lelaki tak menentu atau kukuh pendapatannya, rasanya mungkin keluarga pihak wanita akan fikir dua kali untuk menjadikan lelaki itu sebagai menantu.
::Harta
-kalau boleh si lelaki tu ada la juga harta. Andai kata couple hingga sampai waktunya untuk berkahwin, sekurangnya lelaki mampu untuk beri hantaran dan beri nafkah. Andai kata wanita itu tak kisah pasal harta kerana cinta, rasanya pihak keluarga wanita tersebut akan kisah. Waktu tingkatan 3, aku ada tanya pada kawan aku, bila dah kahwin nak wat apa? kebanyakan diorang fikir pasal malam pertama je. Aku pula jawab aku nak sediakan rumah dulu, bila semuanya dah cukup, baru fikir pasal nak buat anak.
3 perkara sudah aku jelaskan. Disebabkan 3 perkara ni aku rasa tak yakin nak bercinta dengan wanita yang aku suka sekadar kawan ja aku mampu. Mungkin pemikiran aku agak kolot tapi aku fikirkan balik memang 3 perkara tu memang penting pon. Aku tahu ada la beberapa kenalan di Uthm yang syok kat aku, tapi aku rasa fikirkan balik la jika nak hubungan lebih serius ngan aku. Aku bagi rating kat diriku la biar pompuan yang syok kat aku boleh fikir balik.
--> rupa dan kelakuanku: 50%
--> kepandaianku: 60%
--> hartaku: 30%
So, fikirkan balik tapi kalau berkawan tak perlu nak lihat perkara tu. Aku memang tak kisah kawan ngan sesiapa dan aku memang suka buat orang gembira. Andai aku dapat jodoh, akan aku jaga hubungan tu dengan sebaik yang mungkin, insyaallah….
p/s: aku suka Selena Gomez, haaaa….
yup 3 benda tu memang penting .setuju ..
ReplyDeleteizra di lamun cinta ke sekarang?
hee .sibuk je kan..
hahaaaa,,,
ReplyDeleteizra dilamun cinta???????
hmmmm,,
no komen....
yeah.
terbaek doe. standard la. ramai je nk 3 pakej uh. aku pon. tp aku xde la pentingkn arte. tu sume rezeki. kn? btw. perlu ke sebut yg kw suke selena gomez uh? ahaha. xpe2. aku phm. dia CUTE doe. :p
ReplyDeletememang la ko x pentingkan harte,,
ReplyDeletetp mungkin family ko fikir lain pulak....
yeah,,
aku memang bercinta ngan
selena gomez...
haaaaa
nice blog yea...agak besh nk bace..search kt internet psl adamaya..kuar psl blog awk plak...tp seriusly..mmg x boring bce blog awk...oppss adek kot...haha...dak2 uthm ni mmg pndai tulis blog kot..hahaa...
ReplyDeleteish,,
ReplyDeletemane best blog nie,,
x semua entry best pon,,
thanks sudi baca entry blog inspirasiizra,
haha..u r welcome...ala...da warga uthm..mst la support dak uthm gak kn..haha....
ReplyDeletelaaa,, yekew,,
ReplyDeletenape x tulis name,,
dr fakulti mane ni,,
nanti leh kite minum2,,
cter2 gossip ker,,
hahaaaaa
ade facebook x,,
taip jek inspirasi izra..
poyo la kau, sume pmpn kau nk menggatai ye inspirasi, gelojoh btl.... hahahah
ReplyDeleteaish,,
ReplyDeletemane de aku gelojoh,,
rezeki kot...
eh, bukan aku yang ngorat,,
dowang yang seronok ngan aku,,
nak wat camne,,
hahaaaaa
dik, rasa tersentuh gler ngn entri ni..sob sob..
ReplyDeletehahaaaaa,,
ReplyDeletexyah rasa tersentuh kak naz,,
hanya pemikiran cetek jek entry nie,,
heeeee