26.8.10

Salam Ramadhan

Assalamualaikum… lama juga la aku biarkan blog aku, kenapa? Saje je,, haha… tapi yang aku pelik, semakin lama aku biarkan blog aku tanpa update entry baru, ada pulak yang jadi follower blog inspirasiizra, thanks. Seperti yang korang tahu, dah 2 minggu kita menjalankan ibadah puasa di bulan ramadhan. Dan ramai yang tahu bahawa bulan ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, so aku tak nak la citer mengenai kelebihan bulan ramadhan ni, dah ramai blogger2 buat pasal entry kelebihan ni.

Entry ni just nak citer perkara yang best semasa di Uthm ketika bulan ramadhan ni:

- dapat saving sket duit, tambahan pula asrama aku ada buat majlis berbuka puasa sepanjang 25 hari ramadhan, Alhamdulillah.

- dapat pergi bazar ramadhan Parit Raja, seronok tengok orang beli juadah berbuka. Tapi aku tak beli pape pon, haaa.

- setiap pukul 4 pagi, pergi kedai Mak Jah, bersahur ngan member sebelah bilik.

- selalunya bila dah pertengahan ramadhan, aku tak berapa ghairah sangat nak makan masa berbuka, aku pon tak tahu kenapa..

- kecoh pasal tiket nak balik raya. Kebiasaannya aku suka beli tiket bas bila dah nak dekat cuti, kalau tiket habis habislah. Baru terasa suasana nak balik raya, hahaha.

- bila bulan puasa ni, lepas maghrib atau lepas tarawikh mesti tidor. Lepas kul 12 malam bangun balik, then lakukan aktiviti seperti kul 8 malam.

- setakat ni takda lagi jemputan buka puasa kat tempat lain dari member2 bukan sama kelas. Hahaha, takda sesiapa nya nak buka puasa ngan aku.

- banyak dugaan bulan puasa ni, terutama pasal kawan. Kadang2 aku rasa jeles nengok member seronok buat aktiviti bersama ngan rakan baik, haaaaa . .

Tu jelah aku membebel setakat ni. Walaupun dah 2 minggu kita puasa, aku nak ucapkan selamat berpuasa, semoga kita mendapat rahmat di bulan yang mulia ini. Salam . . .

p/s: sedih tak dapat berbuka puasa bersama family masa first day puasa. .

0 bengang:

Post a Comment