20.10.10

Awak Suka Saya ker???



Dulu-dulu pemikiran saya masih lagi kebudak-budakkan
Semuanya saya ingat gurauan saja
Untuk kegembiraan
Tapi disebalik gurauan saya
Rupanya awak ada perasaan pada saya
Awak menaruh harapan pada saya
Awak menunggu saya melamar awak
Tapi saya tidak perasan semua itu..



Sekarang awak tiada lagi perasaan pada saya
Awak dah jumpa pengganti bagi saya
Mungkin itu lah hikmahnya disebalik kealpaan saya
Tuhan nak jodohkan awak dengan lelaki yang lebih baik dari saya
Tuhan nak sedarkan saya bahawa tak semua perkara dijadikan gurauan semata. .



Ya, saya mengaku saya pernah ada perasaan pada awak
Hubungan mesra kita buatkan saya ingin lebih mengenali awak
Tapi bila saya fikirkan balik kekurangan pada diri saya
Saya jadi takut untuk luahkan perasaan pada awak
Takut awak akan menolak lamaran saya
Takut awak akan menjauhkan diri dari saya kerana saya pernah melamar awak
Saya tak nak berjauhan dengan awak
Saya suka berkawan dengan awak
Saya suka senyuman awak
Saya suka dengar nada kegembiraan..



Sekarang saya sudah sedar
Saya tidak mahu lagi mempermainkan perasaan wanita
…….
…….
Kalaulah ada wanita menaruh perasaan pada saya lagi . . .


p/s: aku pelik tol la, apa lah salahnya kalau girl tu luahkan perasaan kat lelaki dulu..

p/s: tapi lagi gentleman kan kalau lelaki yang luahkan perasaan dulu kat wanita . .heee

p/s: orang kata first love selalunya tak menjadi,, betul ker???

18.10.10

Hitam Itu Manis?

Assalamualaikum pembuka kata…. Cuba perhatikan gambar hitam dibawah. Perhatikan betul-betul.


13.10.10

Handphone Saya Lagi Cool !!!

Assalamualaikum pembuka kata… Yeah, akhirnya ada juga keinginan untuk aku tulis entry baru setelah aku malas selama sebulan untuk update di blog aku yang ntah pape ni, hahaaa.. Banyak idea yang terlintas di fikiran aku untuk tulis di blog tapi bila aku dah ngadap laptop, benda lain lak yang aku buat. Bagi yang ternanti-nanti (ade ker?) kemunculan entry baru di blog iinspirasiizra, aku minta maaf dan terima kasih kerana sudi jengok2 blog aku yang tak seberapa ni.

Berbalik pada tajuk, idea muncul setelah aku sesaja usha phone aku. Handphone sekarang ni sudah menjadi satu kewajiban untuk dimiliki. Bayangkan kalau handphone takde, pergh mau kelam kabut dunia lagi2 remaja, rasanya memang susah tuk tackle awek, hahaaa. Bila tengok kecanggihan teknologi handphone tu pula, jangan citer la, memang canggih giler lah. Lagi canggih handphone tu, lagi lah orang berebut nak beli biarpun mahal, janji kepuasan beb.

Ingat lagi tak masa awal2 kemunculan handphone, hanya orang2 yang mampu je mampu memiliki handphone. Tapi sekarang tidak lagi, budak sekolah pon dah mampu ada touchscreen phone. Aku start pakai handphone pon masa akhir form 3, tu pon Nokia 3310. Sekarang ni budak2 paling cikai pon mesti nak phone yang ada 3G, ceh, lagipon phone 3G sekarang dah murah da pon. Walaupun handphone sekarang masih canggih, tapi aku rasa handphone aku lagi cool. So, mari lihat handphone apakah yang cool sangat tu aku pakai . .

10.10.10

Everything was Change


Ada member nasihat kat aku dan aku telah tersedar..
Kenapa la aku melampaui batas, aku sepatutnya sedar akan kekurangan aku..
Tak semua manusia terima akan kekurangan seseorang . .


- terima saya apa adanya saya, bukan terima saya tuk mengubah diri saya -

aku ske ayat nie

~Sorry,, mood tuk aku berblogging tak muncul lagi. Perlukan hati yang tenang tuk menulis entry baru - -