13.10.10

Handphone Saya Lagi Cool !!!

Assalamualaikum pembuka kata… Yeah, akhirnya ada juga keinginan untuk aku tulis entry baru setelah aku malas selama sebulan untuk update di blog aku yang ntah pape ni, hahaaa.. Banyak idea yang terlintas di fikiran aku untuk tulis di blog tapi bila aku dah ngadap laptop, benda lain lak yang aku buat. Bagi yang ternanti-nanti (ade ker?) kemunculan entry baru di blog iinspirasiizra, aku minta maaf dan terima kasih kerana sudi jengok2 blog aku yang tak seberapa ni.

Berbalik pada tajuk, idea muncul setelah aku sesaja usha phone aku. Handphone sekarang ni sudah menjadi satu kewajiban untuk dimiliki. Bayangkan kalau handphone takde, pergh mau kelam kabut dunia lagi2 remaja, rasanya memang susah tuk tackle awek, hahaaa. Bila tengok kecanggihan teknologi handphone tu pula, jangan citer la, memang canggih giler lah. Lagi canggih handphone tu, lagi lah orang berebut nak beli biarpun mahal, janji kepuasan beb.

Ingat lagi tak masa awal2 kemunculan handphone, hanya orang2 yang mampu je mampu memiliki handphone. Tapi sekarang tidak lagi, budak sekolah pon dah mampu ada touchscreen phone. Aku start pakai handphone pon masa akhir form 3, tu pon Nokia 3310. Sekarang ni budak2 paling cikai pon mesti nak phone yang ada 3G, ceh, lagipon phone 3G sekarang dah murah da pon. Walaupun handphone sekarang masih canggih, tapi aku rasa handphone aku lagi cool. So, mari lihat handphone apakah yang cool sangat tu aku pakai . .


Ni dia, Nokia 3230, hahaaa..


Mula2, biar aku tunjukkan spesifikasi handphone ni dulu.

- 2G Network GSM 900 / 1800 / 1900
- display TFT, 65K colors
- boleh Vibration, Downloadable polyphonic ngan MP3 ringtones
- 6 MB memory phone dan boleh cucuk memory card
- ada Bluetooth v1.1 dan port infrared
- menggunakan OS Symbian OS v7.0s, Series 60 SE UI dan ada juga JAVA
- skrin yang panjang
- ada joystick

Itu lah spesifikasi phone Nokia 3230, canggih bukan. Aku beli handphone ni tahun 2008 dengan harga RM500 + 1GB memory card. Handphone ni aku masih lagi gunakan sampai sekarang. So apa yang cool nya handphone ni, padahal teknologi yang ada kat phone giler kuno. Hehee, mestilah ada, jom aku jelaskan.


:: Kamera 1.23 megapixel: hmm, senarnya kamera phone ni takde lah aku teruja sangat tapi boleh la dengan kualiti size gambar 1280x960 pixel, cukup besar gambarnya nanti. Juga ada night mode dan boleh rakam video selama 60 minit tuk 1GB memory card.


gambar dari Nokia 3230 tanpa edit

:: Body phone yang teguh: aku rasa phone Nokia ni lah yang paling susah nak tukar cover set. Sebabnya cover set ni guna screw yang bercorak bunga ntah pape jek. Maknanya kalau nak tukar cover set kena beli pemutar skru skali. Tapi sisi body phone sangat kuat dan teguh, kiranya phone ni ada rangka utama. Pergh memang sakit kalau member baling phone ni kat kepala. Disebabkan rangka yang teguh, tak kan rosak lah phone tu kalau jatuh. Dah banyak kali handphone aku ni jatuh atas jalan yang ber tar, tapi still ok. Kemungkinan phone ni bakal aku gunakan sebagai senjata terakhir untuk baling ke sasaran kalau ada kejadian tak diingini berlaku.


Tapi yang paling cool ialah:

- -> Boleh simpan message tanpa had. Tu yang paling penting, message yang penting+indah perlu disimpan selamanya. Aku pernah pakai handphone Nokia 6030, message paling banyak pon boleh simpan setakat 60 jek. Mana best camtu, tak pasal2 kena padam massage lain yang rasanya penting jugak la. So dengan Nokia 3230, aku tak perlu risau bab2 message dan setakat ni message yang terkumpul ada dalam 2+++. So bila boleh simpan message banyak2, boleh la kadang2 tu buat bukti untuk kejadian,, hahaa..

Cool bukan handphone aku guna ni. Aku tergerak hati beli Nokia 3230 coz masa zaman tu, ramai member aku guna Nokia daun(tak tau no) ngan N-Gage, so aku nak kelainan aku beli lah phone ni. Tapi yang tak best Nokia 3230 ni

- berat sangat la
- battery tak tahan lama
- joystick mudah tertanggal dan joystick phone aku dah pon hilang
- lampu keypad aku dah rosak


Aku tak berapa ambil berat sangat la pasal kekurangan phone aku tu, yang penting message tu, simpan sampai beriban-riban. Walaupun harga handphone sekarang lebih murah, tapi hati aku tak tergerak lagi tuk beli handphone baru. Aku tak pernah lagi guna phone 3G dan Nokia 3230 la teknologi ‘canggih’ aku guna setakat ni. Masa aku di zaman sekolah, aku memang update tahu sal kecanggihan keluaran phone Nokia (masa tu aku minat Nokia), tapi bila aku tahu yang aku tak kan mampu nak beli handphone canggih manggih, aku lupakan semuanya, buat sakit hati jek duk idam2 handphone canggih tapi tak mampu nak beli. Duit sekarang ni aku lebih tumpu untuk kumpul beli DSLR dan gitar acoustic, hahaa. Kadang2 ada gak teringin nak pakai phone 3G, namun takde rezeki lagi, so aku tak kisah sangat. Tapi kalu ada orang nak bagi free, semestinya aku terima tanpa ragu2.

Sampai sini saja sesi merepek, sekadar untuk melepaskan kerinduan pada blog yang aku sengaja tinggalkan. Kalau aku rajin, aku buat la entry baru.. Salam . .

p/s: bersyukur dengan apa yang dah ada

p/s: eh aku tipu jek, kalau ada orang nak bagi handphone free kat aku, aku tolak kot . .

0 bengang:

Post a Comment