Seni . . . Aku suka seni. Seni tu abstrak, seni tu keajaiban, seni tu seni tuk dinilaikan. Masa sekolah rendah lagi aku dah bercita-cita mahu jadi kartunis. Seni lukis komik aku gemar sangat2, walaupon tak semantap kartunis Keith tapi lukisan aku ada ala2 Dato’ Lat. Kamu percaya? Mungkin sekarang kamu tak perlu percaya karena aku tak dapat nak tunjukkan bukti lukisan aku yang semuanya habis dibuang akibat kemalasan aku nak mengemas bilik. Sayang sekali semua seni2 aku tu dibuang begitu saja, kalau masa tu aku rajin sedikit mungkin sekarang seni aku tu akan lebih berharga daripada kamera Fish-Eye 2 aku.
Bukti lagi aku minat pada seni masa aku form 2 aku jadi pengerusi kelab seni. Nampak!! aku memang serius pada seni. Apa sumbangan aku masa jadi pengerusi kelab seni? hanya hiaskan bilik seni dengan tampal tampalan gabus, lawatan ke Genting Highland yang aku sendiri tak pergi malah aku juga ada sumbangkan gambar2 menarik yang digunting dari calendar tahun 2004 untuk hiaskan bilik seni. Nampak!! Besar bukan sumbangan aku semasa pengerusi kelab seni.
Disebabkan aku kecewa tak dapat memiliki seni lukis aku dahulu kala dulu tu, aku hanya dapat ingat2 lupa saja lukisan yang aku buat tu. Aku boleh lukis balik tapi nilai sentimental old school pada lukisan tu tidak sama dan tiada. Mari aku tunjukkan pada kamu lukisan yang dikatakan akan lebih bernilai di masa sekarang jika aku rajin segala rajin masa tu. Aku hanya lukis pada application paint saja sebab mood untuk aku pegang pensil di atas kertas seperti tak sampai. Mengapa?
16.9.11
12.9.11
Syawal Pemergian
Syawal datang lagi . . . Tahun ni aku beraya di Kelantan, cuma ayah aku je tak dapat beraya bersama sebab kerja. Selalunnya bila malam raya, suasana kat kampung aku agak sibuk sikit dengan persiapan untuk esok. Permainan mercun memang tak miss la setiap tahun, mercun lak bukannya mercun gesek, roket, katak, tebuan bagai semua tu, per barang men mercun camtu, mercun semua standard bola, ketupat, telor, botol dan seterusnya yang boleh pecah tangan kalau tak reti main, hahaaa. Tapi aku tak main semua mercun tu sebab aku habiskan masa di sisi nenek aku, baik kan aku, heheeee. . .
Suasana raya tahun ni pon agak lain feeling di kalangan keluarga yang beraya di rumah nenek, sebab nenek aku jatuh sakit. Raya tak seberapa meriah seperti tahun2 sudah walaupun tahun ni keluarga aku beraya di Kelantan (sedara mara aku paling suka kalau keluarga aku balik beraya di Kelantan, lagi2 kalau ayah aku ada). Bila hari raya masa tu, ramai juga la orang2 kampung terdekat datang ziarah nenek aku sambil beraya ala kadar.
Suasana raya tahun ni pon agak lain feeling di kalangan keluarga yang beraya di rumah nenek, sebab nenek aku jatuh sakit. Raya tak seberapa meriah seperti tahun2 sudah walaupun tahun ni keluarga aku beraya di Kelantan (sedara mara aku paling suka kalau keluarga aku balik beraya di Kelantan, lagi2 kalau ayah aku ada). Bila hari raya masa tu, ramai juga la orang2 kampung terdekat datang ziarah nenek aku sambil beraya ala kadar.
Subscribe to:
Posts (Atom)