Suasana raya tahun ni pon agak lain feeling di kalangan keluarga yang beraya di rumah nenek, sebab nenek aku jatuh sakit. Raya tak seberapa meriah seperti tahun2 sudah walaupun tahun ni keluarga aku beraya di Kelantan (sedara mara aku paling suka kalau keluarga aku balik beraya di Kelantan, lagi2 kalau ayah aku ada). Bila hari raya masa tu, ramai juga la orang2 kampung terdekat datang ziarah nenek aku sambil beraya ala kadar.
Keadaan nenek sangat menyedihkan, yang buatkan aku sebak masa orang kampung datang ziarah nenek, diorang menangis walaupun diorang just jiran2. Atuk pula cancel kan banyak jemputan kenduri sebab banyak habiskan masa jaga nenek. Begitulah hari raya aku pada Syawal tahun ni yang serba sederhana dan duit raya memang jatuh merundum (^ ^,)
Tahun lepas aku ada buat video raya, tahun ni pon aku buat juga tapi biasa2 jelah. Ingat nak post masa raya pertama tapi masa tu suasana macam pilu la bila lihat keadaan nenek aku. So harini baru aku post walaupon raya da jauh -.-
Jika Allah sudah tentukan kehendaknya, kita sebagai manusia perlu lah redha terima qada’ dan qadar. Tanggal Syawal ke-6, nenek kembali ke rahmatullah . . . Sangat sedih dan sungguh sedih. Aku bersyukur walaupun aku tak berpeluang berada di sisi nenek masa saat2 nafas terakhir, tapi aku sempat habiskan masa jaga nenek semasa hayatnya di awal Syawal. . . Semoga Allah merahmati pemergian nenek dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman, InsyaAllah . . . . . . .
:: raya tahun ni aku tak rasa lagi kuih tat nenas, rasa cam mengidam je -.-
:: bila 4 bulan tak jumpa member, tetiba member cari aku dulu sblum jumpa member lain, ade la rasa terharu skit, heee . .
:: aku tak dapat nak pergi open house member sebab tak cukup modal nak isi minyak, bukan sengaja - -
Al-Fatihah
ReplyDeletesorry for your lost. al-fatihah. semoga nenek kau ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.
ReplyDelete