Cucuk plug radio, on suis, makanya kipas dan radio berfungsi. Channel era.fm aku tune, lagu bersuara melayu kedengaran. Kipas tiang jenama Panasonic yang aku rembat dari adik memang laju walaupon speed 1. Oh ya, masa ni pukul 4.12 am aku berkarya di buku math tanpa buka laptop acer. Sengaja aku menulis manual di buku karena aku mudah terpengaruh denga web2 lain bilanya aku online. Berbekalkan lampu handphone, aku masih menulis untuk dimuatkan di blog inspirasiizra nanti.
Sambil berimaginasi blog inspirasiizra, aku tersenyum bila teringat google rank 0. Aku tersenyum lagi sambil suara kecil di fikiran mungkin, berkata “akhirnya turun jugak ranking”. Aku tulis entri berdasarkan inspirasi, sebab tu nama blog ni inspirasiizra. Aku dah tak kisah sangat pasal google rank tu sebab aku dah puas dapat rank-2 masa dulu2. Target aku dah tercapai iaitu blog inspirasiizra naik kerana hasil penulisan aku, bukan kerana pasang widget backlink banyak2 untuk blog naik pastu leh cashout nuffnang.
Hmmm, aku dah tak biasa nak tulis panjang2. Oh, sebab aku kelihatan malas nak update blog karena banyak masalah yang agak tricky tuk aku selesaikan. Makanya aku jadi tak seceria nak menulis mahupon komen2 di facebook. Gitar kapok aku da berhabuk, da tak semangat nak main. Bateri kamera digital cap ayam pon da tak semangat nak charge. Motor sprocket long pon da tak semangat nak cuci. Tapi cuking kat belakang rumah aku still lagi semangat nak tangkap nak jinakkan, comel seh cuking tu.
K :)
:: sekarang aku minat tengok citer Cake Boss kat channel TLC pukul 12.00 am.
0 bengang:
Post a Comment