30.4.12

Kamera Pasang Sendiri: Recesky TLR

Bila aku sudah kebuntuan aktiviti, tidur dibawah kipas adalah penyelesaiannya. Online pon bukannya aku ghairah sangat apatah lagi layan henset yang sudah berkurun terbiar. Untung lah astro ada citer drama korea Master of Study. Cerita yang santai, tidak kompleks, malah ada tips lagi untuk belajar. Yang tak tahan bila ada part Gil Pulip sebut ‘ommaaa’, alahaaiiiiii sangat cute.


Aku ada kamera filem yang baru, itu adalah point utama entri ini. Yang dipanjangkan cerita ialah aku minat sangat dengan kamera filem yang pelik2 atau unik tapi semart yang susah nak related dengan ayat mencarut. Kamera filem yang pertama aku beli adalah Fish Eye 2 dari brand Lomo. Aku sangat puas hati dengan kamera tersebut. Terima kasih pada brand Lomo kerana memenuhi kehendak aku yang ghairah bila lihat kamera pelik2. Disyorkan pada yang minat kamera design lain macam, pilih brand Lomo.

Sambungan cerita kamera filem baru, dulu2 sedang aku layan facebook page kamera, aku ternampak mereka menjual kamera tlr versi murah. Twins lens reflex (tlr) adalah salah satu kamera unik yang aku idamkan. Tapi ini adalah versi low cost, makanya tiada flash, tiada kawalan aperture mahupon kawalan shutter speed, lens plastik dan sepenuhnya plastik. Yang paling menarik kamera ini kena pasang sendiri !! Teruja punya pasal, aku pon survey harga yang paling murah dijual. Harga standard RM 80 (ada yang bagi free filem). Dengan kehebatan aku menggunakan google search, aku dapat beli dengan harga RM60, free screwdriver+strap dan free postage. Hebat kan.

Sesudah urusan pembelian selesai, maka kenalah tunggu abang posmen pos laju hon depan rumah. Inilah dia kamera pasang sendiri, memperkenalkan RECESKY TWIN LENS REFLEX Camera. *tepuk tangan