30.4.12

Kamera Pasang Sendiri: Recesky TLR

Bila aku sudah kebuntuan aktiviti, tidur dibawah kipas adalah penyelesaiannya. Online pon bukannya aku ghairah sangat apatah lagi layan henset yang sudah berkurun terbiar. Untung lah astro ada citer drama korea Master of Study. Cerita yang santai, tidak kompleks, malah ada tips lagi untuk belajar. Yang tak tahan bila ada part Gil Pulip sebut ‘ommaaa’, alahaaiiiiii sangat cute.


Aku ada kamera filem yang baru, itu adalah point utama entri ini. Yang dipanjangkan cerita ialah aku minat sangat dengan kamera filem yang pelik2 atau unik tapi semart yang susah nak related dengan ayat mencarut. Kamera filem yang pertama aku beli adalah Fish Eye 2 dari brand Lomo. Aku sangat puas hati dengan kamera tersebut. Terima kasih pada brand Lomo kerana memenuhi kehendak aku yang ghairah bila lihat kamera pelik2. Disyorkan pada yang minat kamera design lain macam, pilih brand Lomo.

Sambungan cerita kamera filem baru, dulu2 sedang aku layan facebook page kamera, aku ternampak mereka menjual kamera tlr versi murah. Twins lens reflex (tlr) adalah salah satu kamera unik yang aku idamkan. Tapi ini adalah versi low cost, makanya tiada flash, tiada kawalan aperture mahupon kawalan shutter speed, lens plastik dan sepenuhnya plastik. Yang paling menarik kamera ini kena pasang sendiri !! Teruja punya pasal, aku pon survey harga yang paling murah dijual. Harga standard RM 80 (ada yang bagi free filem). Dengan kehebatan aku menggunakan google search, aku dapat beli dengan harga RM60, free screwdriver+strap dan free postage. Hebat kan.

Sesudah urusan pembelian selesai, maka kenalah tunggu abang posmen pos laju hon depan rumah. Inilah dia kamera pasang sendiri, memperkenalkan RECESKY TWIN LENS REFLEX Camera. *tepuk tangan





Arahan mengatakan boleh siap pasang dalam 1 jam. Ini adalah penipuan, aku baca blog orang lain pon mengatakan mereka tak dapat siap tepat 1 jam. Aku siap pasang dalam 4 jam! Itu pon sebab aku teliti pasang, kikis bucu2 lebih dan shutter plate yang bawak masalah, lubang ketat.


shutter plate yang perlu dibesarkann lubang

Hasil setelah kamera siap dipasang, comel, unik dan sedap mata memandang. Makanya sedia untuk sumbat filem dan tembakkkk!



Untuk sesi suai kenal, aku bahagikan tiga keadaan shoot. Lihat hasil suai kenal pertama menggunakan Kodak ColorPlus 200 asa.

-Kurang Cahaya-



-Panas Matahari-




-Mendung-



Keseluruhannya aku sangat sangat sangat suka ini kamera dan berbaloi untuk aku yang tak dapat nak beli real kamera tlr. Oh, bagaimana rupa real kamera tlr? Seperti ini:



Lomo Lubitel Universal 166+. Sangat ghairah dan seksi membuatkan aku nak sangat2 miliki kamera ni. Tapi harganya RM1000 buat aku sedih T.T Aku target lepas kahwin aku dapat la beli kamera ni.

Itu saja cerita pasal kamera pasang sendiri… bye

p/s: kalaulah aku dapat aweks (akan datang) yang minat juga kamera filem, itu adalah bonus. Boleh tukar2 pinjam kamera :)

p/s: sebarang pertanyaan atau tips Recesky leh tanya di ruangan komen :)

15 comments:

  1. wow. menarik!
    saya pun dok cari kamera ni.
    beli mana dapat rm60 ni ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh minat jugak ker, leh cuba pergi link ni:

      http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=613869&extra=page%3D1

      emel dulu tanya ada lagi tak promosi ni, kalau ada lagi yeaayyy :)

      Delete
  2. err...nak tanya ni pakai film kan?
    film dia nak beli kat mana? film kodak macam kamera zaman dulu ke?

    p/s : Rasa nak miliki kamera ni membuak buak bila tengok gambar yang kau tangkap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye :)
      yup kamera ni guna filem. filem 35mm yg zaman dulu2 guna,
      cer cari kedai yang ada iklan KODAK atau FJIFILM, filem mesti ada jual punya, 35mm ni senang cari dan murah dalam rm9-10 . .

      tips: kalau nak beli kamera filem, cari kamera yang ada function multiple exposure(mx) atau mod bulb(B) atau kedua-dua skali,, baru syok :)

      Delete
  3. 60 je mane beli ni bro ? alamak geram lak tengok camere ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba pergi link ni:

      http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=613869&extra=page%3D1

      emel dulu tanya ada lagi tak promosi ni, kalau ada lagi yeaayyy :)

      Delete
  4. Salam saya dah pun beli camera yg sama mcm awk punye, tp saya xreti pasang. blh tlg x? heheh

    ReplyDelete
  5. Salam, sye pun ade beli camera DIY ni , separuh jln pasang pastu dah xreti . blh tak nk mntk tlg > heheh

    ReplyDelete
  6. macam best la...

    -Honeybee
    http://herweightlossdiary.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang minat kamera filem memang best kamera ni :)

      Delete
  7. aku pasang tak siap2. instructions in mandarin. Mana nak faham. buat tutorial la

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok gambar je...
      tak pon beli kamera lomo konstruktor,,
      berjenama, pasang sendiri, murah

      Delete
  8. hoyeah! saya pn dh beli~ murah sgt dapat dalam RM38 beli kat lazada~ huhuh dia tipu blh siap pasang 1jam (agaknya yg pro la) yg tergagap2 mcm saya ni makan masa 1 hari ( tu sbb give up 5 6 kali~) leceh,,tp happy skrg dh blh guna ambik gmbor

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg siap pasang 1 jam tipu kan..
      tahniah dapat pasang, share la hasil gambar ya :)

      Delete