23.4.13

Berat Makan


Oh kesian aku tengok blog tidak dilayan sama adil seperti aku layan lagu Rudimental_not giving in.mp3. Sebelum aku tulis entri ni, aku ada tulis 2 tajuk, tapi memang malas aku nak publish, hahahaa . .  Hye kamu-kamu semua, apa khabar?

Aku ada fikir nak tulis je entri pasal aktiviti aku join sepanjang di UTHM sebab semester ni aku aktif join aktiviti, tapi bila aku da sumbat earphone sambil menaip, takde ayat yang menarik aku nak tulis. Masa aku tengah tulis entri ni pon aku da rasa malas nak tulis panjang-panjang . .  dah la, sambung esok jela aku tulis,, hehee . . .

……………………………………………………………………………………………………………….

Ok dah hari esok, sambung balik tulis. Tak tau kenapa aku nak tulis pasal berat badan, mungkin mudah kot nak ceritai. Aku pergi bilik member, dia ada alat penimbang berat, aku timbang berat badan aku, hasilnya berat aku underweight iaitu 55kg. Aku tak terkejut pon pasal underweight tu, tiada apa nak dikejutkan.


Masa aku darjah 3 hingga 5, berat badan aku sama saja 25kg sehingga darjah 6 berat jadi 30kg. Masuk sekolah menengah purata berat badan dalam 47kg. Habis sekolah berat naik mendadak 60kg. Adakah lelaki juga cerewet jaga berat badan seperti kaum wanita?