Oh
kesian aku tengok blog tidak dilayan sama adil seperti aku layan lagu
Rudimental_not giving in.mp3. Sebelum aku tulis entri ni, aku ada tulis 2
tajuk, tapi memang malas aku nak publish, hahahaa . . Hye kamu-kamu semua, apa khabar?
Aku
ada fikir nak tulis je entri pasal aktiviti aku join sepanjang di UTHM sebab
semester ni aku aktif join aktiviti, tapi bila aku da sumbat earphone sambil
menaip, takde ayat yang menarik aku nak tulis. Masa aku tengah tulis entri ni
pon aku da rasa malas nak tulis panjang-panjang . . dah la, sambung esok jela aku tulis,, hehee .
. .
……………………………………………………………………………………………………………….
Ok
dah hari esok, sambung balik tulis. Tak tau kenapa aku nak tulis pasal berat
badan, mungkin mudah kot nak ceritai. Aku pergi bilik member, dia ada alat
penimbang berat, aku timbang berat badan aku, hasilnya berat aku underweight
iaitu 55kg. Aku tak terkejut pon pasal underweight tu, tiada apa nak
dikejutkan.
Masa
aku darjah 3 hingga 5, berat badan aku sama saja 25kg sehingga darjah 6 berat
jadi 30kg. Masuk sekolah menengah purata berat badan dalam 47kg. Habis sekolah
berat naik mendadak 60kg. Adakah lelaki juga cerewet jaga berat badan seperti
kaum wanita?
Oh
itu soalan umum, bergantung pada pendapat masing-masing. Bagi aku, aku tak
kisah sangat pasal jumlah berat badan. Makan lebih nikmat dari hiraukan berat
badan. Masa aku keanakan comel, aku suka makan banyak lagi-lagi nasi minyak
kenduri orang kahwin. Kenduri kahwin masa zaman 90-an lain sikit, makanan
dihidangkan sendiri atas meja, maknanya kena share2 la ngan orang sebelah. Lauk
ayam masak sos (lebih kurang macam sambal ayam la) kesukaan aku, aku mampu
tambah 4 pinggan nasi. Mungkin nampak tak senonoh keadaan aku masa tu, tapi
masa tu lah aku dapat makan makanan mewah sebab keluarga aku bukan orang kaya,
dalam sebulan tu jarang sangat dapat makan lauk ayam.
Bila
dah besar, dah remaja, dah semakin hensem, nafsu makan banyak tak berubah
sangat. Tapi aku dapat kawal bila masa nak makan banyak, bila masa kurangkan
makan. Keadaan jadi perantauan ni sangat mencabar, rutin pemakanan aku dah
kucar kacir, mungkin sebab kena guna duit sendiri kot.
Sebagai
seorang pelajar yang 100% bergantung pada duit PTPN, aku tak boleh ikut rutin
makan di rumah, ada makan tengah hari, ada makan malam. Duit banyak
dibelanjakan untuk keperluan makan saja, jarang dapat guna untuk kehendak.
Dalam seminggu aku tak dapat beli makan tengah hari selalu, sekali dua boleh
la. Melainkan kalau ada sorang member ajak makan tengah hari, aku ikut makan
sekali, nampak tak selesa pulak aku tak makan, member sorang je yang makan.
Waktu
malam yang aku tunggu sangat-sangat sebab dapat makan. Kolej kediaman aku ada
sorang brader ni jual nasi minyak bilik ke bilik, sedap nasi brader tu jual.
Semester lepas aku beli 2 bungkus, harga pun murah RM2.50 sebungkus. Cuma
semester sekarang aku tak dapat beli 2 bungkus sebab harga dah naik, RM3.50
sebungkus -.- tapi nasi masih lagi banyak, tu yang penting, hahaaha. Aku heran
sangat harga makan kat café, kenapa mintak nasi lebih kena charge jugak,
bukannya tambah nasi sampai untuk 3 orang makan, tak ikhlas betul depa jual.
So
kalau nak diikutkan cara rutin makan aku sekarang, ada kesan mudarat tak?
Memang ada, sakit perut, pening kepala, perut masuk angin. Tapi lama-lama aku
biasa dah, tahan makan tengah hari ja tak kan la tak dapat tahan, orang peminta
sedekah tu lagi hebat, makan pon tak menentu, tu je aku fikir untuk muhasabah
diri.
Aku
sebenarnya tak berapa hiraukan cara pengambilan makanan yang sihat. Zaman
sekarang nak makan makanan sihat harga makanan sihat pon boleh tahan mahal.
Cukuplah dapat makan apa saja asalkan murah, dapat hilangkan kelaparan. Bekalan
meggi dan biskut adalah wajib dalam almari aku, meggi untuk stok makan tengah
hari aku bila hari sabtu dan ahad sebab café tutup.
Orang
kata mereka diet sebab nak kurus. Bagi aku setakat diet saja badan tak kan jadi
kecut kurus. Aku tengok tak banyak perubahan badan aku, cuma perot ja yang
kempis, hahaha. Kalau nak kurangkan berat badan, kena jugak exercise, keluarkan
peluh, walaupun aku kurang makan, petang-petang aku exercise jugak untuk
dapatkan balik perot petak-petak yang hilang masa habis sekolah dulu-dulu.
Rasanya
dah habis kot, kbye!
p/s:
masa aku tulis entri, aku tak makan lagi, tunggu brader nasi minyak :)
0 bengang:
Post a Comment