Ya
aku rajin. Entri ke 2 untuk bulan 6. Entri santai-santai jela aku taip, tak mau
tulis entri berperasaan sebab aku final exam sekarang. Bila aku jadi pelajar
UTHM, aku jarang tengok tengok tv, tengok masa balik cuti je. Dulu masa zaman sekolah
kerap jugak aku tengok tv, berita pon aku tengok hari-hari. Bila umur dah meningkat,
tak seberapa nak teruja tengok tv apatah lagi sekarang zaman internet, tv pon
dah tak pandang. Tapi aku tak langgan internet, waktu cuti layan tv jela. Yang
tak best bila tengok cerita kat tv, dia punya iklan bukan main lama lagi, cerita
tak seberapa pon. Walaupon kebanyakkan cerita di tv tak seberapa nak best, ada
jugak cerita yang buat aku teruja bila tengok. Tak lah banyak sangat cerita
yang aku suka tapi boleh la untuk santai-santai masa cuti.
14.6.13
9.6.13
Jalan
Semester
ni aku sering keluar jalan sesorang. Pernah ajak member join lepak sekali, tapi
kawan baru memang leceh, jenis skema ada, jenis tak biasa jalan kaki jauh2 ada,
jenis tak minat lepak ada, jenis merungut banyak ada, jenis nak naik kereta je taknak
naik bas ada, ahhhh macam2 lagi, buat sakit hati je senaraikan. Sekali je aku
ajak, tapi kerenah berbagai, memang aku malas layan orang macam ni, memang tak
kan aku ajak lagi. Biasanya hari rabu aku lepak kat Parit Raja, hari sabtu
kalau ada cerita best, aku lepak Batu Pahat. Pergi naik bas balik naik bas, mudah
kan. Semester sekarang pelajar tak dibenarkan bawak kenderaan sendiri, so ini
lah peluang untuk aku jalan-jalan dengan berjalan. Yang bestnya jalan parit
raja ke batu pahat, ada satu je jalan utama, so kalau aku merayau ceruk mana
pon, aku hanya perlu pergi je balik jalan utama, tunggu bas dan bas memang
banyak.
Bila
dah jauh tempat aku merayau rayau, kedai mapley aku lepak. Nasi goreng ayam
kedai mapley sedap, aku suka rasa hangit2 nasi tu dan aku dah jumpa kedai
mapley yang sedap, setakat ni lah. Yang aku suka bila lepak mapley, ramai orang
kat kedai tersebut, pelbagai bangsa ada dan aku suka tengok gelagat manusia
bila di kedai makan. Tapi aku lagi suka tengok bila satu keluarga datang kedai
makan seperti ayah dan anak. mak dan anak, mak ayah dan anak, dan memacam lagi.
Dari situ aku boleh lihat kasih sayang antara ibu bapa dan anak lagi mendalam.
Contoh gelagat yang aku pernah lihat, ada seorang ayah tua menunggu anaknya
makan dahulu hingga anak tersebut dah kenyang makan, maka si ayah tersebut baru
habiskan makanan si anak tadi. Ada jugak si ayah yang baru pulang ambil anak dari
sekolah dengan motor usang, hanya minum saja dan si anak yang makan. Ada jugak si ibubapa yang
melayan kerenah anak kecil yang mahu makan macam-macam, si ibubapa tersebut
menurut jela kerenah anak tersebut sambil melemparkan senyuman. Ada jugak si
ayah yang lepak ngan anak muda sambil asyik si ayah bercerita pada anak, aku
tak tau diorang cerita apa. Banyak lagi gelagat aku tengok, susah nak huraikan.
Bila aku tengok gelagat seperti ni, aku nampak sangat-sangat kasih sayang
ibubapa, dan kadang-kadang buat aku sebak. Semua ni mengingatkan aku pada zaman
dulu, bila keluar makan ayah tak bagi order makanan mahal2 tapi ayah tahu yang
aku ni makan banyak, ayah pon bagi lah separuh makanan kat aku :’)
Ada cerita di sebalik gambar tesebut :')
Ada
juga gelagat manusia yang semakin merundum (ayat sopan). Aku rasa lah memang
teknologi internet ni banyak mengubah manusia. Pernah aku tengok sekawan duk
depan meja aku, mereka order air, masing-masing handphone di tangan, kusyuk
mengadap phone, air habis, mereka bayar dan blah. Perghh macam tu kan style
sekarang orang lepak, tak meriah. Bila tengok berlainan bangsa duduk berkumpul
semeja, aku rasa seronok lak tengok telatah diorang, air teh tarik kebiasaannya
orang tua, kalau remaja biasanya air berais. Tapi yang tak best bila aku tengok
orang tua duduk kedai makan sorang-sorang, tak kira lah apa bangsa pon, aku
rasa kesian sangat. Aku terfikir mana si anak orang tua tersebut, kenapa dia
tak temankan ayahnya minum bersama? tak boleh jugak berfikiran negative, aku
fikir positif mungkin si anak bekerja ataupon si orang tua tersebut mahu lepak
sorang-sorang, mungkin?
Selagi
ada kudrat, gunakan kudrat tu. Kenapa nak merungut sedangkan pilihan utama
seseorang adalah kudrat sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)