9.6.13

Jalan



Semester ni aku sering keluar jalan sesorang. Pernah ajak member join lepak sekali, tapi kawan baru memang leceh, jenis skema ada, jenis tak biasa jalan kaki jauh2 ada, jenis tak minat lepak ada, jenis merungut banyak ada, jenis nak naik kereta je taknak naik bas ada, ahhhh macam2 lagi, buat sakit hati je senaraikan. Sekali je aku ajak, tapi kerenah berbagai, memang aku malas layan orang macam ni, memang tak kan aku ajak lagi. Biasanya hari rabu aku lepak kat Parit Raja, hari sabtu kalau ada cerita best, aku lepak Batu Pahat. Pergi naik bas balik naik bas, mudah kan. Semester sekarang pelajar tak dibenarkan bawak kenderaan sendiri, so ini lah peluang untuk aku jalan-jalan dengan berjalan. Yang bestnya jalan parit raja ke batu pahat, ada satu je jalan utama, so kalau aku merayau ceruk mana pon, aku hanya perlu pergi je balik jalan utama, tunggu bas dan bas memang banyak.


Bila dah jauh tempat aku merayau rayau, kedai mapley aku lepak. Nasi goreng ayam kedai mapley sedap, aku suka rasa hangit2 nasi tu dan aku dah jumpa kedai mapley yang sedap, setakat ni lah. Yang aku suka bila lepak mapley, ramai orang kat kedai tersebut, pelbagai bangsa ada dan aku suka tengok gelagat manusia bila di kedai makan. Tapi aku lagi suka tengok bila satu keluarga datang kedai makan seperti ayah dan anak. mak dan anak, mak ayah dan anak, dan memacam lagi. Dari situ aku boleh lihat kasih sayang antara ibu bapa dan anak lagi mendalam. Contoh gelagat yang aku pernah lihat, ada seorang ayah tua menunggu anaknya makan dahulu hingga anak tersebut dah kenyang makan, maka si ayah tersebut baru habiskan makanan si anak tadi. Ada jugak si ayah yang baru pulang ambil anak dari sekolah dengan motor usang, hanya minum saja dan  si anak yang makan. Ada jugak si ibubapa yang melayan kerenah anak kecil yang mahu makan macam-macam, si ibubapa tersebut menurut jela kerenah anak tersebut sambil melemparkan senyuman. Ada jugak si ayah yang lepak ngan anak muda sambil asyik si ayah bercerita pada anak, aku tak tau diorang cerita apa. Banyak lagi gelagat aku tengok, susah nak huraikan. Bila aku tengok gelagat seperti ni, aku nampak sangat-sangat kasih sayang ibubapa, dan kadang-kadang buat aku sebak. Semua ni mengingatkan aku pada zaman dulu, bila keluar makan ayah tak bagi order makanan mahal2 tapi ayah tahu yang aku ni makan banyak, ayah pon bagi lah separuh makanan kat aku :’)

Ada cerita di sebalik gambar tesebut :')

Ada juga gelagat manusia yang semakin merundum (ayat sopan). Aku rasa lah memang teknologi internet ni banyak mengubah manusia. Pernah aku tengok sekawan duk depan meja aku, mereka order air, masing-masing handphone di tangan, kusyuk mengadap phone, air habis, mereka bayar dan blah. Perghh macam tu kan style sekarang orang lepak, tak meriah. Bila tengok berlainan bangsa duduk berkumpul semeja, aku rasa seronok lak tengok telatah diorang, air teh tarik kebiasaannya orang tua, kalau remaja biasanya air berais. Tapi yang tak best bila aku tengok orang tua duduk kedai makan sorang-sorang, tak kira lah apa bangsa pon, aku rasa kesian sangat. Aku terfikir mana si anak orang tua tersebut, kenapa dia tak temankan ayahnya minum bersama? tak boleh jugak berfikiran negative, aku fikir positif mungkin si anak bekerja ataupon si orang tua tersebut mahu lepak sorang-sorang, mungkin?


Selagi ada kudrat, gunakan kudrat tu. Kenapa nak merungut sedangkan pilihan utama seseorang adalah kudrat sendiri.


4 comments:

  1. macam aku baru habis diploma, sekarang ni tengah sambung degree, agak susah la nak masuk dengan budak2 baru ni mungkin atas faktor usia kot. Pemikiran diaorang ni berbeza dengan aku. Yelah, orang dah masuk era 20-an jumpa dengan budak 19 tahun. Memang tak boleh nak ngam la kan. Nasib aku ada ramai kawan era diploma dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaa, diorang senarnya dalam fasa keterujaan. sama macam aku masa diploma dulu, teruja macam-macam.
      dari fasa teruja masuk ke fasa kematangan pemikiran, bila aku masuk degree, aku rasa biasa je dan tak seberapa teruja coz tu bukan zaman aku lagi, aku da tua,, hahaa :)

      Delete
  2. How cool you are! Bestkan lepak sorang sorang, perhati orang keliling, layan perasaan sendiri. Gain a lot of experience :D

    ReplyDelete