23.8.09

Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna


Setelah selesai bersahur, Izra pergi mandi sementara menunggu azan subuh. Setelah selesai mandi, azan subuh pun berkumandang, lalu Izra mengejutkan rakan sebilik yang tidak bersahur untuk menunaikan solat subuh. “Weh, bangun. Dah subuh ni, tadi masa aku kejut sahur kau tak nak bangun.” kata Izra pada rakan sebilik yang liat nak bangun pagi. Malas nak layan kerenah rakan, Izra segera menunaikan solat subuh. Jam menunjukkan pukul 6.25 pagi, masih awal lagi hendak ke kelas lalu Izra tidur seketika. “Tik tik tik waktu berdetik” (lagu kotak-masih cinta) bunyi alarm di henset yang telah diset pada pukul 7.30 pagi. Izra pun bangun terus cuci muka tapi tak curi-curi minum pun. Nampaknya rakan Izra masih tak bangun lagi, Izra kejutkan lagi rakan sebiliknya. Kali ini baru lah bangun dan terus pergi mandi. Izra siapkan diri, pakai bedak wangi-wangi, gayakan rambut dengan stail sawang spiderman, pakai kasut Vans putih, ambil bag dan terus naik bas “colour plus”. Ngam-ngam masa tu bas sampai. Masa ni Izra tak naik motor sebab nak save minyak.


8.8.09

Atok Peter, Tolong Jawab:


Hari yang indah, suasana bising2 sket dan aku menulis entry di cafe. Kucing memeow, ayam berkokok (ade ker ayam kat sini), angin membelai pokok bunga di pasu burok. Sedang aku ….. Stop!!! Poyo lak aku, tetiba lak skema. Masa aku tulis entry ni, aku tulis di cafĂ© asrama lama aku coz sini ada wireless. Jadi aku dah buat keputusan terburu-buru bahawasanya aku nak update blog inspirasiizra pada setiap hari sabtu, itu pon kalau aku tak sibuk dan ada idea baru kat entry.

Sungguh besh sekali dapat baca blog korang disana sini. Memang aku terasa kesunyian bila aku tinggalkan dunia blog seketika. Tapi sayang, aku punya la syok baca blog korang, tapi blog aku macam hampeh la pulak kan. Mesti korang terus klik pangkah kan bila buka blog inspirasiizra (mestila klik pangkah sebab dah habis baca).

Masa ni aku tiada idea entry yang berguna untuk korang tapi aku masukkan entry yang pelik kot biar nampak blog aku update sket. Aku rasa korang mesti dah tahu dan dah bosan pasal sebuah laman web peteranswers.com. Terus terang aku cakap aku baru tahu kewujudan laman web peteranswers. Bagi yang tak tahu atau buat2 nak tahu pasal peteranswers, aku kongsi sikit la info ni.

2.8.09

Kau Pergi Menyambut Seruan Ilahi

1 Ogos, 12:38 am- Sedang aku melepaskan penat setelah shopping sakan di PC Fair di Batu Pahat Mall, tiba2 aku mendapat satu panggilan dari nombor yang aku tak ketahui dan tak pernah wujud dalam list phonebook aku. Pada mulanya aku meragui untuk menjawab panggilan tersebut, namun hati ku tekad untuk jawab panggilan itu. Maka aku pun jawab panggilan itu dan suara lelaki yang kedengaran di phone aku. Rupanya rakan aku, Said, yang dapat sama belajar di uthm telefon aku, ntah nombor sape dia guna atau mungkin no rumah kot. Lalu aku kepelikan, kenapa malam + pagi buta2 ni call aku?

Said : Hello…
Izra: Ye, naper …?
Said: Ko ade kat mana sekarang?
Izra: aku ada kat asrama lah, naper..?

Mulanya aku ingatkan Said call aku nak tumpang tidor di asrama aku, namun fikiran aku sengkek belaka. Rupa- rupanya suatu perkara yang mengejutkan aku …