Hari yang indah, suasana bising2 sket dan aku menulis entry di cafe. Kucing memeow, ayam berkokok (ade ker ayam kat sini), angin membelai pokok bunga di pasu burok. Sedang aku ….. Stop!!! Poyo lak aku, tetiba lak skema. Masa aku tulis entry ni, aku tulis di cafĂ© asrama lama aku coz sini ada wireless. Jadi aku dah buat keputusan terburu-buru bahawasanya aku nak update blog inspirasiizra pada setiap hari sabtu, itu pon kalau aku tak sibuk dan ada idea baru kat entry.
Sungguh besh sekali dapat baca blog korang disana sini. Memang aku terasa kesunyian bila aku tinggalkan dunia blog seketika. Tapi sayang, aku punya la syok baca blog korang, tapi blog aku macam hampeh la pulak kan. Mesti korang terus klik pangkah kan bila buka blog inspirasiizra (mestila klik pangkah sebab dah habis baca).
Masa ni aku tiada idea entry yang berguna untuk korang tapi aku masukkan entry yang pelik kot biar nampak blog aku update sket. Aku rasa korang mesti dah tahu dan dah bosan pasal sebuah laman web peteranswers.com. Terus terang aku cakap aku baru tahu kewujudan laman web peteranswers. Bagi yang tak tahu atau buat2 nak tahu pasal peteranswers, aku kongsi sikit la info ni.
Aku baru tahu peteranswers masa aku and friends lepak di rumah kawan bulan 7 kot. Masa tengah saja baring2 tetiba si Achoy baru tersedar yang member aku tu ada internet. Dengan gahirahnya, Achoy pon pergi kat computer dan terus buka laman web peteranswers. Yang lain termasuk aku pon berkerumun dekat Achoy untuk tengok apa yang menariknya pasal web ni. Masa dah show web tu, berlatarkan merah, Achoy tanya nak masukkan soalan apa. Aku pon pelik dan member aku yang dah tahu + terkena pun cakap kat aku yang peteranswers ni kononnya tahu dengan apa soalan yang ditaip. Aku dah tak ingat first soalan yang Achoy tulis, yang aku ingat Achoy taip apa nombor plate motor aku. Bila Achoy tekan enter, si peter pon jawab W.. 9…, betul jawapan peter tu. Aku terkejut bila peter dapat jawab, so macam2 la soalan yang ditanya lepas tu dan macam2 la peter jawab dan semuanya betul. Kejadian ni diakhiri dengan ending yang seram sikit, masa akhir2, peter memperkenalkan yang dia ni (peter) adalah hantu!!!. Lepas dah penat bersoal jawab dengan peter, semua tidor kejap sementara tunggu nak balik. Aku tak tidor dan aku terus menyiasat pasal web peteranswers kat pakcik google sama aunty yahoo. Tak banyak sangat info pasal peteranswers tapi ada satu blog orangputih yang bongkarkan pasal web peteranswers. Blog memang membantu.
Apa itu peteranswers? Menurut info yang aku dapat masa tu, www.peteranswers.com merupakan laman aplikasi JAVA yang direka dari group AJAX. Kononnya web ni sebuah web peramal nasib moden yang hebat pada abad ni. Caranya mudah, hanya taip ayat “Peter, please answer:” di kotak petition dan lepas tu taip soalan yang nak ditanya. Bila tekan enter, kononnya peter akan jawab dengan tepat secara 100%.
Rahsia terbongkar. Bagi korang yang tak tahu pasal secret peter ni, korang dah diperdayakan + dikenakan. Web peteranswers ni sebenarnya web trick yang menyeronokkan terutama sekali bila kenakan pada member yang lemah semangat. Rahsianya terletak pada ayat “Peter, please answer:” di kotak petition kerana disebalik ayat itu lah jawapan sebenarnya.
Rahsia 1 - di ruangan kotak petition, cuba korang taip apa2 je tanpa ikut petition yang diberi. Yang keluar nanti ayat “Peter, please answer:” juga.
Rahsia 2 – bagi yang tak tahu trick atau tak pernah cuba web ni, cuba korang taip “ Peter, please answer: ” diikuti dengan soalan yang nak ditanya dan tekan enter. Apa yang keluar ialah kononnya Peter tak nak jawab soalan korang.
Untuk membuat trick menggunakan peter ni, korang kena masukkan jawapan pada ayat “ Peter, please answer: ” Korang yang pantas menaip, trick ni nampak menjadi coz orang lain tak kan perasan yang korang taip jawapan.
Trick 1 – untuk taip jawapan, tekan “ . “ (noktah), masukkan jawapan korang dan tutup balik jawapan tu dengan “ . “
Trick 2 – masa korang taip jawapan tu, apa yang keluar ialah ayat “ Peter, please answer: ” juga. Hal ini kerana trick ni nak cover korang yang nak taip jawapan.
Trick 3 – masa dah taip jawapan tu, teruskan taip ayat Peter, please answer: tu lepas tu baru lah boleh masukkan soalan dan tekan enter.
Kalau peter “dapat” jawab soalan yang korang taip tu, maknanya korang dah berjaya kenakan orang lain.
!!!!! diingatkan lagi, pastikan korang start jawapan ngan “.” dan tutup balik ngan “.” Bagi korang yang blir2 lagi ngan web peteranswers ni, biar aku terangkan lagi. Web www.peteranswers.com adalah web yang berunsurkan trick. Web ni hanyalah untuk kenakan orang sahaja dan tiada peramal dan tiada hantu dalam web ni. Hanya korang yang jawab soalan yang korang soalkan. Tiada software nak download peter ni hanya korang kena online web ni.
Masa Achoy kenakan semua orang dalam bilik tu, ada member aku takut sikit dengan peteranswers sampaikan tidor malam bukak ayat mengaji takut kena ganggu. Yang sorang lagi member aku cakap kononnya hidup dia tertanggu sikit, dapat mesej peter la, lepas tu cakap dia dah lepas dengan gangguan peter dan akan ganggu aku lak. Hahaa, poyo gila masa tu, padahal aku dah tahu trick ni, saje buat2 bodoh sikit. Masa aku tak tahu trick ni, ade la sikit perasaan takut but masa tu aku dah perasan yang Achoy belek rotek motor aku lepas tu taip soalan berkenaan no plate motor aku. Tapi lakonan Achoy memang menjadi.
So Achoy, aku memang dah tahu trick ko masa ko ngah tidor waktu tu. Wan dah perasan dah aku dapat jumpa rahsia tu, tapi nasib baik dia tak faham dan aku buat2 tak faham juga. Pada pembaca blog aku, korang pon leh buat main trick ni kat peteranswers, kenakan member korang. Sampai sini jela aku mengarut, tunggu minggu depan lak entry terbaru, itu pon kalau aku dah ada idea. Salam…
Haha.. Saffa pernah nak try.. tapi takut la plak.. tak apalah. nanti2 je lah.. =.="
ReplyDeletehahaa,,,
ReplyDeletesaffa takut....
web ni xde mende la,,
xde hantu pon,,,
just web trick saje,,,
dah brani nanti test la,,,,
Saya melalui era 8 bit, 16 bit, 32 bit, 64 bit, dan akhirnya 128 bit. Saya menghargai bit-bit ini kerana estetikanya, kebenaran yang dibawa. Bit resolusi rendah terutamanya.
ReplyDeletebro..
ReplyDeletelu memg genius la..
aq bru tw s2 ary bnda ny da dpt bongkar rhsie dy..
time kaseh bro..
seb bek aq x pcye bnde2 karut ny..
^.^
hahaaa,,
ReplyDeletemende karut x perlu nk dipercayai,,
aku pon pernah terkena ngan trik ni,,
harap faham la apa yang aku tunjuk tu...