2.8.09

Kau Pergi Menyambut Seruan Ilahi

1 Ogos, 12:38 am- Sedang aku melepaskan penat setelah shopping sakan di PC Fair di Batu Pahat Mall, tiba2 aku mendapat satu panggilan dari nombor yang aku tak ketahui dan tak pernah wujud dalam list phonebook aku. Pada mulanya aku meragui untuk menjawab panggilan tersebut, namun hati ku tekad untuk jawab panggilan itu. Maka aku pun jawab panggilan itu dan suara lelaki yang kedengaran di phone aku. Rupanya rakan aku, Said, yang dapat sama belajar di uthm telefon aku, ntah nombor sape dia guna atau mungkin no rumah kot. Lalu aku kepelikan, kenapa malam + pagi buta2 ni call aku?

Said : Hello…
Izra: Ye, naper …?
Said: Ko ade kat mana sekarang?
Izra: aku ada kat asrama lah, naper..?

Mulanya aku ingatkan Said call aku nak tumpang tidor di asrama aku, namun fikiran aku sengkek belaka. Rupa- rupanya suatu perkara yang mengejutkan aku …


Said: Ko ingat lagi tak Ajim..?
Izra: Ajim mane ni..?
Said: Nie,,, Azim yang same kelas ngan kita dulu masa kat sekolah teknik Kajang…
Izra: Ooow, Ajim… Naper..?
Said: Dia dah meninggal petang tadi..
Izra: Hah..!!!? dah meninggal ker …?
Said: Ha’ah.. doctor dah sahkan dia meninggal dalam kol 5 petang tadi. Aku dah balik rumah sekarang. Besok aku gi rumah die.
Izra: Macam mana boleh jadi camtu lak…?
Said: Die accident, kena langgar lori.
Izra: Teruk tak keadaan die…?
Said: Aku tak tau lagi macam mana keadaan die sebenarnya, dengar citer kene langgar lori jela, besok aku nak gi umah die.
Izra: Ye ker.. Aku tak dapat balik la..
Said: Takper.. Nanti ape2 hal aku gtau ko. Ko gtau member teknik yang lain jugak tau.
Izra: Yer yer..
Said: K,, Assalamualaikum…
Izra: Waalaikumsalam …

Setelah tamat perbualan dengan Said, aku terdiam seketika. Memikirkan seorang kawan yang telah pergi selamanya. Pada 29 Julai, aku dikejutkan dengan berita pemergian cikgu kaunselor teknik Kajang dan kini dikejutkan lagi dengan berita pemergian lagi. Kali ni seorang kawan sebaya aku pula. Di keheningan malam+pagi itu, aku fikirkan pasal kematian. Aku fikirkan yang mati itu seperti berada di sebelah aku dan akan datang padaku pada hari ini, tak hari ini, mati itu datang esok lak, tak esok, mati tu datang hari lusa lak. Itu lah yang bermain di fikiran aku pada waktu tu. Fikir punya fikir, lalu aku pun tidor dan meneruskan kehidupan seterusnya.

Muhammad Aziim Bin Idris ialah antara kawan aku semasa aku sekolah di teknik Kajang. Kami satu kelas semasa form 5 dan Azim adalah pelajar yang baru daftar di sekolah teknik Kajang. Pada ketika baru daftar, Azim dikenalkan oleh cikgu kelas dan selepas itu cikgu membenarkan Azim mengambil tempat duduk. Waktu itu, sebelah aku ada meja kosong, maka Azim pon duduklah di meja itu dan tempat tu tak pernah berubah sehingga ke SPM. Azim memandang aku dengan senyuman dan memperkenalkan dirinya. Aku membalas senyuman dan memperkenalkan juga diri aku juga rakan2 yang lain turut memperkenalkan diri.

Last aku berhubung dengan Azim pada raya tahun lepas melalui satu mesej berbentuk ucapan hari raya. Sekarang aku dah tak dapat lagi berhubung dengan ko Azim, walaupun kita tidak seakrab sesangat, namun aku amat terasa dengan kehilangan ko. Rakan yang duduk disebelah aku kini sudah pergi selamanya.

Semoga ko ditempatkan di golongan2 yang beriman. Al- fatihah….


Muhammad Aziim Bin Idris

1990-2009

7 comments:

  1. semoga arwah di cucuri rahmat.
    sedih sangat kalao kawan kita pergi kn.
    sy pon da mersai..

    ReplyDelete
  2. yer,,
    sedekahkan ayat2 suci jela kita mampu lakukan ...

    ReplyDelete
  3. al-fatihah...
    semoga roh nya ditempatkan bersama dengan org2 yg beriman

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah
    mati itu sesuatu yang pasti.

    ReplyDelete
  5. arwah kawan sekelas aku tyme kat poli..
    miss him a lot la..
    Al Fatihah..

    ReplyDelete