Salam semua… Rasanya dah bertahun aku tak ambil kisah pasal blog inspirasiizra ni. Nama je inspirasi tapi blog ntah pape je kan. Haha, sebenarnya aku kisah sesangat blog aku, aku jaga blog aku siap bawak gi jalan2 lagi. Pada korang yang telah kecewa tengok blog aku macam dah nak pupus ni, aku minta maaf sesangat dan aku hargai korang yang tertunggu kemasukan entry terbaru. Tapi aku tetap baca blog korang yang best tu tapi juga aku sengaja tak komen sebab aku tak nak korang buka blog aku yang terbiar ni.
Berita baik buat korang(ye kot), aku dapat update entry baru. Horayyy (gelak angau). Kenapa blog aku terbiar selama ini? Sebenarnya banyak masalah datang mengadu kat aku. Aku lari tempat lain pon masalah dapat kejar aku juga. Secara kenyataannya, masalah utama aku bila cuti dari balajar di uthm ialah aku tiada internet. So aku dah buat buku akaun bagi selesaikan masalah utama ni yakni aku boleh pergi cc tuk update entry baru. Ingatkan lepas la masalah kejam ni tapi sebenarnya ada lagi dasyat+kejam +ketakutan+ terkejut masalah memburu aku. Sesungguhnya aku dah rancang idea2 yang gempak+brutal, Allah la yang tentukan baik buruk semua ni. Aku dah susun semula rakaman masalah yang mencari aku ni.
Masalah: Masa aku dah ada kat rumah, macam biasa la aku update blog kat cc sambil kutuk kat tokey cc coz aku kena bayar bila nak update. Biasanya setiap minggu 2 kali aku g cc, 5 hari fikir idea, sehari cari bahan dan sehari lagi aku update. Last aku update kat cc masa 30 mei. Masuk bulan 6, dalam minggu kedua, jeng jeng jeng, aku pindah rumah. Itu lah masalahnya coz aku bukannya pindah dekat2 area Selangor tapi kat bentong, Pahang. Jauh nun di pedalaman dan bila kawasan yang ala2 era koboi, kalau nak pakai broadband or berukband kena lah beli time machine sekali. Aku duduk rumah baru tu terpaksa lah buat jadual luar biasa, bangun tidor, makan, tengok tv pastu tidor balik. Harapan aku tuk hilang bosan tahap melampau ni, astro kat tv jela aku harapkan, nak update blog, memang harapan tak kan datang la. Korang tengok la sendiri keadaan tempat aku, aku rasa macam nak nangis pon ada.
Masalah berlanjutan lagi: Nasib baik la aku duk rumah baru tu dua minggu je, sebab awal bulan tujuh aku dah masuk balik uthm. Kira masalah aku dah selesai skikit jela, tapi kesian lak kat adik aku. So ingatkan dah masuk uthm dapat la update blog sentiasa guna wireless yang canggih tu, tapi harapan aku bagaikan belacan yang ditumbuk dalam lesung. Aku dah tak duduk di asrama utama tapi dipindahkan ke tempat baru di Taman Kelisa, kononnya asrama utama dah penuh masa intake pelajar sem baru. Agak pelik sikit asrama baru ni kerana pihak uthm gunakan rumah kedai sebagai asrama.
Asrama baru ni boleh tahan syok juga duk situ. Tapi sikit je syok tu coz asrama baru ni terlebih jauh dari kampus utama. Semenjak aku duk asrama baru ni, kewangan aku digunakan secara berlebihan secara rela walaupun aku rase cam aku jimat guna duit. Masa sesebelum ni, minyak motor tahan seminggu tapi sekarang tiga hari dah boleh keluar duit isi minyak motor. Tak cukup lagi, kedai makan dah la jauh + tak sedap sangat pastu keadaan kat asrama baru ni bahaya sikit. Setiap hari bertarung antara hidup dan mati nak pergi kelas dan setiap hari kereta ambulans sering ada emergency, series.
Kononnya untuk ambil hati pelajar yang dah kena pindah ni, tv dan mesin basuh diletakkan pada setiap aras. Boleh tahan juga la kemudahan ni, tapi kehendak utama pelajar kat situ termasuk aku ialah wireless. Kat situ takde wireless, kena lah aku tangguh lagi tuk update entry baru. Nasib baik la member aku bawar roater, boleh la share2 sket guna broadband.
Rase macam masalah dah nak selasai bila boleh guna sikit broadband orang, tapi broadband tu pon bermasalah jugak. Line yang dapat kat situ tahap2 gprs je, kalau dapat hspda pon budak2 yang lain main dota, so line tu jadi kurang sket. Tak dapat lagi aku nak update entry baru, aku nak buka blog korang yang cool tu pon sangkut2. Aku nak marah member aku yang men dota pon tak boleh coz broadband tu bukan aku yang punya dan aku tak bayar pon line tu, just pinjam guna kononnya. Dengar cerita kat asrama tu nanti akan dipasang wireless bulan lapan nanti. Harap betu la tu.
Itulah masalah yang kononnya menyebabkan aku mendera blog aku sampai tak update berkurun lama. Masa aku tengah taip entry baru ni, aku guna broadband sekarang. Waktu tengah malam line clear sikit coz budak2 dah tidor kot. Harap korang seronok baca entry kat blog aku dan aku akan tingkatkan lagi kemantapan blog inspirasiizra dari semasa ke semasa dengan bantuan yang korang pernah berikan sedikit sebanyak. Thankz korang korang… Salam.
0 bengang:
Post a Comment