30.5.09

Antara Fobia, Ketagih dan Taksub


Semakin hari semakin rindu. Aku rindu kat siapa? Takde sape pon, saja je gimik. Bagi penggemar?blog aku, hari ini aku update, hahaa. Sebenarnya memang susah nak dapatkan feeling untuk update entry baru bila internet tiada. Puas aku try guna wireless orang lain dekat2 area rumah aku, tapi tak dapat. Disebabkan camtu, aku buat je tajuk yang terlintas kat kepala aku. Sebab tu kurang besh, tapi bila aku masuk balik uthm bulan 7 nanti, bercurah curah la idea aku nanti.

Hmm, rase2 nya ape yang berubah ek blog aku ni. Yela, template aku dah tukar, tak la lawa ngat template ni tapi cool. Susah betul nak tukar template ni. Kali ini entry pasal apa ek? Ntahla, aku dapat tajuk ni pun masa aku bawak motor. Tetiba je idea ni muncul masa aku tengah speed bawak motor. Sungguh bahaya kemunculan idea ni. Bila dah dapat idea ni, mulalah aku cari rujukan sikit serta ditambah dengan auta aku.

Fobia
Apa itu fobia? Adakah ia pencuci sabun atau jenama laptop baru yang dijual di kedai perabot? Oh tidak, semua tu tak akan berlaku. Disebalik kanak2 riang, sebenarnya aku ada fobia rupanya. Aku bukan fobia makan atau fobia mandi okey.

Maksud: Fobia sebenarnya adalah penyakit rupanya, iaitu penyakit ketakutan yang luar biasa, terus menerus dan tidak realistic terhadap respon pada sesuatu keadaan tertentu. Laaa, aku ingatkan fobia ni tabiat atau perangai, tapi penyakit sebenarnya. Sungguh tak sangka. Fobia mempunyai banyak namanya mengikut keadaan ketakutan. Antaranya Agrofobia, iaitu ketakutan pada keramaian atau tempat terbuka. Pelik betul fobia ni, dan sungguh tak besh orang itu bila takut keadaan yang remeh ni.

Kaitan Aku: Aku tak berapa pasti nama saintifik fobia aku ni. Aku sebenarnya fobia pada keadaan lalu lintas yang sesak bila aku bawa motor. Kenapa? Sebab bila dah sesak, aku kenalah mencelah di jalan yang sempit antara dua kenderaan yang besar. Sungguh menggerunkan aku.

Punca: Semuanya bermula bila aku bawa motor pergi ke Times Square. Aku bawa member aku sekali dan badannya lebih berat dari aku. Hal ini menyebabkan motor aku tak seimbang bila aku bawa. Aku dah tahu semua ni, lalala. Bagi korang yang duk KL, tahu2 jela jalan kat area Times Square tu sentiasa sesak dan jalan sempit. So, aku pun dengan bangga mencelahla jalan yang sesak tu. Mungkin kerana hokum newton, masa aku tengah mencelah tu, tetiba motor aku senget sebelah kanan dan terus menghempap cermin sisi kereta Honda Accord !!.. Akibat bangga sangat perbuatan aku tu, aku pun blah dengan secepat yang mungkin tanpa pandang kebelakang sambil menunjukkan tangan isyarat bagus (sebenarnya aku cuak time tu). Aku selamat masa melepaskan diri, aku tanya member aku camne kereta tu, dia cakap cermin tu pecah. Lepas kejadian tu, aku dah gerun bila tengok jalan sesak.

Tindakan untuk mencegah fobia aku: Buat masa ni, aku bawa motor ikut peraturan jalan (ye kot aku ikut). Dan bila aku nampak jalan sesak, aku mencelah tanpa press minyak, tolak pakai kaki, hahaa. Jangan ikut cara aku ni.

Ketagih
Bila sebut ayat ketagih, perkara negative akan difikirkan seperti ketagih dadah atau ketagih pada perkara yang tak elok. Hm, jahat sangat ke ayat ketagih tu, tak semua maksud ayat ketagih tu refer pada negative. Cuma bunyinya yang menakutkan sikit. Tapi aku takde la ketagih menda tak elok pulak, Cuma aku buatkan ayat ketagih tu sesuatu yang elok baru la syok sket.

Maksud: Mungkin kata lawan bagi fobia. Kalau ikutkan kamus dewan makan, ketagih bermaksud suka atau gemar pada sesuatu. Gemar pada apa? Itu bergantung pada taste orang tu.

Kaitan Aku: Bila korang jumpa aku (perasan), korang jangan bagi aku makan kuaci matahari, sekali aku gigit kuaci tu, memang susah aku nak berhenti. Pelik betul aku ni. Patut la awek lari, lalala. Aku pernah makan kuaci sampai satu jam, itu pun kuaci tu dah habis, kalau banyak kuaci tu, maybe ada sampai 2 jam kot.

Punca: Aku rasa takde punca kot, maybe hukum karma kot. Mungkin juga kuaci tu sedap digigit sampai kulit2 sekali makan (aku tak macam tu).

Tindakan: Aku tak ambil tindakan kot. Benda makan buat apa nak pisahkan, rezeki jangan ditolak. Tapi aku tak tahu apa khasiat kuaci tu, bila dah syok gigit kuaci tu, tak kisah la khasiat makanan tu. Buat masa ni, bunga matahari tak tumbuh dalam perut aku bila aku makan kuaci.

Taksub
Taksub pun bila sebut je, mula fikir taksub pada benda karut. Hm mungkin boleh diterima kot coz aku pun ada jugak taksub kat perkara yang pelik tapi tak takde lah sampai terpesong akidah juga agama. Tak baik tu. Cuma aku jadikan sesuatu yang fun.
Maksud: Hm, camne nak cakap ek taksub ni. Taksub ni kira terpengaruh pada sesuatu keadaan. Kira terikut ikut la bila terpengaruh pada sesuatu sama ada baik ataupun buruk.

Kaitan Aku: Aku segan la nak cakap menda ni. Aku sebenarnya suka tengok filem atau cerita yang berunsurkan romantic. Walaupun cerita tu Hindustan atau bahasa asing, aku tetap layan asalkan romantic + komedi + takde lawan2 ngan orang jahat. Dan disebabkan taksub ngan cerita camtu, aku pernah tulis ayat2 cinta kat baju aku, dan tunjukkan pada perempuan yang masa tu aku dah syok kat dia (padahal perempuan tu tak syok pun kat aku). Masa aku tunjuk tu aku tak rasa ape2 yang pelik pun coz tengah angau. Bila aku dah semakin dewasa ni, fikirkan balik perkara tu, memang memalukan aku.

Punca: Mungkin kerana mahukan couple kot. Tapi tu dulu la, sekarang dah pandai berfikir, hahaa.


Tindakan: Tiada tindakan drastic yang diambil. Malah aku seronok layan cerita romantic. Cerita romantic yang syok aku layan macam citer The Terminal ngan Spy Girl (Korean). Selalunya cerita korea la yang memang romantic + komedi dan citer indon aku tak layan sangat. Biler citer tu romantic, heroinnya mesti cantik, hahaa.



So apa kaitan fobia + ketagih + taksub? Hm, takde pape pon kaitan, semuanya perangai aku yang pelik. Salam...

8 comments:

  1. aku di ketegorikan sbg ketagi dlm blog(addict)

    sehari x on9...supa x bermkna hidup
    hoho

    ReplyDelete
  2. hahaa,,
    aku pun suke blog jugak,,
    tapi x sampai seru kot
    nk sampai ketagih,,,
    hahaa

    ReplyDelete
  3. fobia dgn alat pemadam api.. n semburan kabus denggi

    ReplyDelete
  4. ade lagi yang komen even aku da lame x update,,
    thankz nurul,,
    kalu fobia,,
    mesti pelik kan ....

    aku dah siap entry terbaru,,
    cume nak kemaskini sket jek,,
    nantikan .....

    ReplyDelete
  5. Tumpang lalu.. :D

    Sy fobia dengan tangga.. hehe :P

    btw, nice blog~

    balik dulu.. =)

    ReplyDelete
  6. @Just Call Me NANA:ahhaaa,,
    fobia yang menarik,,...

    thanks singgah . .

    ReplyDelete
  7. haha. serius u mencuit aty i. *opss! dah ber "i" "u" ni da mcm ade hati terpaut.. ok, to be honest. really nice blog :)

    ReplyDelete