19.5.09
Peace No War
Aku kembali lagi. Mesti pembaca blog aku dah bosan tengok blog aku kan. Aku sebenarnya pun dah bosan nak update entry baru coz ketiadaan internet menyebabkan aku kekurangan sumber rujukan. Idea nak update entry baru memang la banyak tapi bila kemudahan kurang, so mood aku secara automatiknya berubah. Selain masalah internet, aku juga kena jaga keluarga aku juga coz ayah aku tiada di rumah kerana sudah berpindah jauh di Pahang. Sungguh sedih bila kasih sayang seorang ayah aku tak dapat kecapi buat sementara waktu ni.
Hal itu bawa ketepi dulu dan berita gembira buat peminat blog aku (ada ke?), hari ini aku dapat update entry baru aku. Disebabkan kekurangan rujukan, maybe penulisan aku agak buruk sikit. Tapi takpe kan buat korang, kan kan kan. Aku pun tak tahu kenapa aku masukkan entry pasal fakta + auta + pengetahuan kali ini. Tapi takpe la, lagipun aku tak nak sangat blog aku berunsurkan diari sangat. Jom sama2 baca entry baru ni.
PEACE ialah perkataan yang sering orang gunakan sambil menggunakan dua jari tunjuk di hadapan kamera. Aku pun tak tahu kenapa jari telunjuk dan hantu sering ditujukan bila sebut perkataan peace. Boleh korang bagi tahu tak mengapa? PEACE mempunyai maksud yang sangat subjektif kerana maknanya sangat meluas. Tapi kalau ikutkan keadaan dunia sekarang, PEACE membawa maksud keadaan harmoni yang wujud tanpa peperangan atau keganasan yang membawa kepada konflik. PEACE akan muncul bila ada peperangan maka wujudla kesepakatan untuk mengakhiri peperangan tersebut tanpa mengunakan keganasan atau kekerasan. PEACE juga ada satu lambang+logo+simbul yang bebentuk bulat dan seperti lambang kereta mercedez. Aku pun tak tahu asal usul lambang PEACE tersebut dan apa maksud sebenar lambang tu.
Kata lawan bagi Peace pula ialah WAR (betul ke). Dan aku rasa WAR tiada lambang yang khusus kot macam lambang Peace. WAR pun mempunyai maksud yang sangat subjektif. Tapi aku selalu anggap WAR tu perang atau macam sesuatu yang tidak baik. Juga kalau ikutkan keadaan dunia sekarang, WAR ialah penyelesaian untuk mengatasi sesuatu permasalahan atau konflik dengan menggunakan kekerasan dan keganasan dan kadang2 melibatkan penggunaan senjata serta psiko.
WAR Yang Jahil
WWII (1939-1945)
Perang yang telah menyebabkan banyak nyawa terkorban lebih kurang ± 61 juta manusia (tentera + orang awam). Perang ini semata- mata untuk memenuhi kehendak Jerman, Itali dan Jepon untuk menjelajah Negara lain. Jepon telah memulakan penguasaannya ke negara2 Asia Tenggara dan pada penghujung tahun 1941 Jepon mengebom Pearl Harbour. Jerman pula telah melakukan pembersihan etnik yang melampau menybabkan ramai yang terbunuh. WWII juga telah mencetuskan sejarah hitam apabila gugurnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki di Jepon.
Perang Vietnam (1957-1973)
Vietnam terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Vietnam Utara yang berada di bawah pemerintahan kuasa militant pencerboh Vietnam Selatan atas tujuan penjajahan. US campur tangan maka wujudla peperangan. Perang ni lebih kepada perang antara US dan Vietnam Utara. Jumlah kematian lebih kurang ± 5 juta manusia.
Perang Teluk (1990-1991)
Perang Teluk bermula dengan Iraq yang telah menceroboh masuk ke Kuwait. Atas permintaan King Fahd (Arab Saudi), US mula menghantar tentera ke Iraq bagi menghalau tentera Saddam Hussein. Dikatakan US takut sekiranya pasaran minyak Kuwait jatuh ke tangan Saddam Hussein akan menyebabkan US resah dalam mendapatkan minyak pada harga rendah. Kira US nak rebut minyak dengan harga rendah pastu jual balik ngan harga mahal. Jumlah kematian rakyat Iraq akibat serangan US melebihi 1.7 juta manusia.
Bosnia Herzegovina (1991-1995)
Perang ni berlaku apabila tentera Serbia yang kononnya nak rampas semula tanah yang milik mereka. Tetapi perang Bosnia lebih kepada penindasan rakyat Bosnia yang beragama islam dan kekejaman tentera Serbia. Lebih dashat lagi bila tentera Serbia buat Pembersihan Etnik iaitu penyeksaan yang membawa maut pada rakyat Boasnia yang beragama islam. Jumlah kematian rakyat biasa melebihi 1 juta orang. US juga ada membantu untuk menangani perang ni tapi melalui pendapat dan suara sahaja. Bodoh US.
Perang Gaza (Disember 2008-Januari 2009)
Perang yang terbaru di abad ini dan aku rasakan inilah peperangan yang paling kejam terhadap orang islam. Perang antara Israel dan Palestin bermula apabila konflik antara Hamas dan perdana menteri Israel, Ehud Olmert. Perbalahan mengenai genjatan senjata selama 6 bulan dan Hamas menyalahkan Israel akibat penderitaan penduduk Gaza yang mengalami blokade Israel terhadap jalur Gaza. Jumlah kematian orang awam beratus-ratus ribu dan keseluruhannya ialah orang islam.
Ghairah Perang
Adolf Hitler
Siapa yang tak kenal sama lelaki terkenal yang kejam ini. Dilahirkan di Austria. Jadi askar ngan tentera Jerman dan pernah ditangkap dan diseksa dalam Perang Dunia I. Seorang perancang yang pintar, pemidato yang hebat dan seorang tokoh politik yang telah menjadi idola di Jerman?? Lepas Perang Dunia I, Hitler tak puas hati dengan perjanjian damai dan mula melibatkan diri dengan politik. Beliau terkenal sebagai orang yang berjaya menyatukan penduduk berbahasa Jerman walaupun akhirnya negara itu berpecah kepada dua bahagian iaitu Jerman Timur dan Barat. Kini beliau dilabel oleh kebanyakan orang Barat sebagai orang yang kejam, bengis dan diktator yang gila kuasa. Bunuh diri dalam tahun 1945 lepas kalah dalam Perang Dunia II. Mayatnya dibakar untuk mengelak daripada jatuh ke tangan musuh.
Benito Mussolini
Dictator yang sukar dikawal tapi bijak la pulak. Sekutu rapat kepada diktator Jerman, Adolf Hitler, yang beliau mengaruhi. Lepas kejatuhan kerajaan Rome, Benito telah dilantik menjadi perdana menteri yang paling muda dalam sejarah itali. Pemerintahan Benito dikatakan sangat Berjaya sampai sanggup invade Ethophia bertujuan menjajah. Lepas kejatuhannya, dia cuba melarikan diri ke Austria tapi ditangkap dan dibunuh oleh pejuang itali.
Slobodan Milosevic
Penjenayah perang yang dilahirkan dalam tahun 1941 di Serbia. Dilantik menjadi Ketua Parti Komunis Serbia. Slobodan la yang lakukan pembersihan etnik di Bosnia atas alasan Bosnia tu sebahagian dari pemerintahan Belgrade. Namun si bodoh ni tak mengaku dakwaan kerana melanggar undang2 kemanusiaan dan menyatakan bahawa mangsa yang mati masa berperang adalah akibat terbunuh dan bukan dibunuh. Sudah mampus akibat serangan jantung.
Anti Perang
John Lennon
Seorang pengubah Inggeris serta penyanyi muzik popular yang merupakan ikon abad ke-20 dan paling dikenali sebagai pengasas The Beatles. Dilahirkan di Liverpool pada tahun !940. John Lennon dikatakan sememangnya mempunyai passion dalam PEACE. Penulisan lagu Lennon penuh dengan kepedihan dan harapan, dengan melodinya kekadang indah dan kekadang muram. Mengadakan konsert Peace Concert di Toronto secara percuma bagi menyokong anti-war bersama-sama ngan isteri tersayang Yoko Ono.
Nick Ut
Siapa Nick Ut? Nick Ut adalah seorang jurugambar Associated Press yang berpengkalan di Los Angeles. Beliau terkenal kerana memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1972 untuk gambarnya yang menunjukkan kanak-kanak Vietnam Phan Thị Kim Phuc yang berlari sambil berbogel menuju kamera kerana badannya terbakar terkena bom napalm semasa Perang Vietnam. Nick merupakan seorang pejuang keamanan dan juga artis yang menyampaikan mesej PEACE menerusi foto2 yang diambilnya. Gambar yang diambil oleh Nick memang menabjubkan.
Joan Baez
Merupakan artis 60-an yang memperjuangkan PEACE. Berasal dari New York dan kebanyakan lagunya menyampaikan mesej PEACE dan deal dengan isu sosial. Joan memang bersungguh dalam memperjuangkan PEACE dan menentang WAR dan Joan telah berkahwin ngan ketua anti-war protest.
Sememangnya dunia hanya perlu PEACE tetapi akibat kerakusan manusia WAR telah tercipta. So hentikanlah memberi penderitaan pada orang lain. PEACE with self and PEACE da world. Ini sahaja dapat aku kongsi, agak bosan la jugak. Semoga tak tidur masa baca entry ni. Salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku pun peace no war
ReplyDelete=)
rajin ko cari info
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletetp kan yg orang dok buat simbol V tu bukn for peace kan. tu for victory...
ReplyDeletekhairil: buruk sket la aku nye info ni,,
ReplyDeletemiraedora: x sudah ngan gong gong,, ni bukan sejarah la, ni entry cinta...
nazra: ooo, yeke,, x tahu pun sal tu,, citer la lagi ,,
errrrr dah habis dah cita tu ^_^
ReplyDeletelaaa,,
ReplyDeletecamtu jek ,,