2.5.09

Aku Menang Laa


Bertemu lagi dalam blog yang tak seberapa nie. Sungguh seronok pabila melayan rakan-rakan di dunia blog ni. Blog dapat dijadikan medium untuk bertambah kenalan. Dah ramai aku dapat kawan melalui blog. Thankz korang.

Kalini, Zelo55 dah tidak keseorangan dalam follower aku, si Khairil dah menemani. Thankz khairil jadi follower aku. Aku akan berusaha memantapkan lagi karya2 aku untuk keseronokkan orang membaca. Dan aku masih pelik lagi, naper la pompuan yang paling ramai jadi follower aku, padahal aku tak mintak pun malah ngorat lagi la aku tak de niat, lalalaaaa.. Tapi takpe la, mungkin bagi dia, nak menyokong atau nak menolong aku dalam dunia blog ni. Terima kasih sekali lagi.

Rasa macam nak celebrate lak kemenangan aku ni. Aku tahu takde orang wish aku tahniah, so dengan rasa bangga, biar aku sendiri wish sendiri. Kalau korang nak tahu, aku menang hadiah top up RM50 tu!! Tapi aku rasa segan lak nak guna sorang2 top up 50 hengget tu.

Bermula pada 20 April baru2 ni, Mr.x7 telah ajak aku join contest yang dia buat. Aku kenal Mr.x7 ni pun melalui shoutMix, bagus tul la menda alah ni. So, aku pun pergi la page dia, nak tengok soalannya. Bila dah buka, perghh, soalan tak bley bla, gila susah. Ingat aku ni pakar programming ker,. Sebenarnya soalan tu nak suruh selesaikan masalah dia kat pejabat tu. Saja nak suroh orang lain wat kerja dia. Lalala… cube tengok soalan Mr.x7 yang “kacang” di sini.

So, aku pun bagi jawapan yang bernas tuk mencuba nasib. Aku bagi la jawapan camni (gambar di bawah). Tapi dia tak terima lak jawapan aku, siap gelak guling lagi tu. Padahal tu la jawapan yang memang akan betul dan boleh selesaikan masalah dia tu. Tapi takpe, dah orang tak sudi nak terima jawapan aku kan, hmm….


Nak menang punya pasal, aku hantar lagi jawapan. Kali ni jawapan jenis graham bell punyer, panjang sket la jawapan aku bagi. Aku bagi la jawapan camni(gambar di bawah).. Tu pun dia gelak lagi jawapan aku tu, aku pun pelik, naper lak asek nak gelak je bila aku bagi jawapan. Disebabkan aku asek kena gelak je, so aku dah tak nak hantar lagi jawapan lagi. Cukuplah sampai di sinun saja.


So, aku tunggu la sapa pemenangnya. Sambil tu, aku baca la sekali jawapan orang lain. Mana la tahu, diorang lagi pakar. Aku nye jawapan dah tentu susah nak menang. Memang ramai yang join contest nie. Sedang asyik baca, tetiba aku jumpa seorang blogger ni, memang kelakar tul la dia bagi jawapan. Korang tengok la sendiri(gambar di bawah).


Hahaa, ada ker dia kata jawapan aku leh menang. Lepas tu ada la sorang gadis comel ni (comel ker?), komen jawapan aku. Padahal aku tak cakap pun sal dia, lalala….


So, tarikh contest da pun tamat. Maka nama pemenang sudah pun si Mr.x7 ni putuskan. Jadi dia update la entry terbaru pasal pemenang. Tengok punya tengok, yeaaahh, aku menang la pulak. Hahaa, terharu sungguh. Dah la aku ni masih baru, lepas tu menang contest orang. Sungguh membanggakan,hohooo...


Sebenarnya kan, aku tak tahu langsung pasal programming ni. Betul, router pun aku tak tahu ape menda tu. So, camne aku leh menang?? Hm, macam tak biasa lak, aku berkenalan dengan pakcik google la. Nasib baik pakcik google bagi aku jawapan betul. Aku cari banyak2, lepas tu combine la semua, lepas tu campur sikit ayat baik punya. Lepas tu, boleh menang lak, kelakar tul bila teringat balik, hahaaa…


Thankz to Mr.x7 yang sudi buat contest yang "senang". Jom lepas ni join contest Khairil lak. Lagi cool hadiah dia bagi. Salam..

2 comments:

  1. haha

    tahniah sbb dpt selesaikan masalah Mr.x7

    aku org kedua selepas zelo55, bangga jap

    ReplyDelete
  2. ohh,,
    bese la tu,,
    pakcik google yang bagi jawapan ..
    lalala

    ReplyDelete