29.4.09

Apa Ada di Universiti


Alhamdulillah, ada juga masa aku nak update entry baru. Exam punya pasal, kena tangguh entry, dan aku tinggal satu lagi paper exam minggu depan, seronotnye.. seperti yang disengaja tunjuk atau korang nampak, follower dah meningkat sikit je. Dalam masa satu bulan ni, 9 orang yang baik jadi follower aku. Thankz korang. Blog aku takde la menarik mana pun atau sehebat blog korang, tapi korang tetap bagi sokongan untuk aku berkarya, terharunya. Tapi yang aku pelik, 99% follower aku adalah perempuan!! Dan yang kelakarnya, ada 0.01% follower aku adalah lelaki!! Iaitu Zelo55. Haha, Zelo sorang jek lelaki dalam follower aku, ni mesti ada something yang menyebabkan Zelo tertarik ni,wawawa… Jangan marah ye Zelo, saya orang baru di dunia blog ni. Tapi, Zelo ni baik orang nya, pernah juga tolong aku dalam hal computer dan katenya, “siape yang amik ak jd menantu mmg xkn mnyesal malah berbahagia kelak”.

Entry kalini, maybe sesuai bagi korang yang masih menunggu keputusan upu untuk sambung belajar di ipt. Tapi, bagi pelajar politeknik atau matrik atau seangkatan dengannya, baik korang tak yah baca la, nanti korang sakit hati, jeles dan mula lah nak bla…bla…bla… Hahaaa

Ingat lagi tak, masa belajar di sekolah dulu, mesti pernah bercita-cita atau berazam nak masuk university kan. Syukur, aku dapat juga sambung belajar di university. So, aku nak kongsi la sedikit apa yang adanya di university di samping nak promote sikit tempat aku belajar, uthm. Hm, apa yang menarik di university ni? Sebenarnya tiada yang menarik pun, hanya sebuah bangunan yang besar jek, wawawa… Gurau je, jom baca lagi.

1)Assignment yang berlambak


Semua di universiti mesti ada assignment kan, kalau tak de assignment tu, bukan university namanyeeee. Tapi di tempat aku, tak de lah banyak sesangat pun assignment, tajuk tu gimik je.
Seronok: dapat habeskan dakwat printer dengan cepat sekali. Selain tu, dapat menunjukkan pada pompuan sifat kerajinan seorang lelaki membuat assignment, padahal isi tak seberapa pun.
Tak seronok: packet air milo cepat habis sebab guna tuk elak mengantuk

2)Lepak dengan member sampai lewat malam


Lepak ni bukan seperti melepak di shoping kompleks Lot10 tu, tapi lepak sambil membincangkan hal2 semasa yang berguna. Sometimes, ada la jugak buat assignment sekali, itupun kalau ada pompuan join lepak sekali. Kata nak menunjuk.
Seronok: dapat mengeratkan hubungan sesame rakan disamping mengumpat sikit member2 yang lain. Sikit je.
Tak seronok: kalau lepak, takde pula yang nak sponsor makan atau minum. Layan diri semua.

3)Café yang indah


Kalau di sekolah, dipanggil kantin, di university pula dipanggil café. Apa itu café? Café ialah tempat nak makan bila ada duit secukupnya.
Seronok: dapat merasai suasana seperti makan di starbuck. Kadang2, boleh la jugak diet, coz bila takde duit, tak dapat la nak makan dan badan pun akan susut sikit2.
Tak seronok: kalau lepak ngan pompuan di café, maka pompuan tu akan tunjuk la keayuannya serta kebaikannya pada lelaki untuk mensupportkan makanan.

4)Usahawan tersembunyi



Untuk memastikan duit harian stabil, bisness kecil2 dapat dipraktikkan dengan bebas tanpa halangan selagi bisness tu halal. Maka ramai lah usahawan yang tersoronok menjalankan perniagaan.
Seronok: berbangga dapat jual lepas tu dapat duit lepas tu ada buku 555 skali untuk catit nama glamour yang hutang.
Tak seronok: penat cari stok coz barang cepat habis kerana laku sangat.

5)Wifi di mana-mana saja


Wifi diwajibkan dipasang semua tempat ipt untuk memudahkan pelajar menggunakannya untuk mencari bahan rujukan disamping mengamalkan penggunaan it secara meluas.
Seronok: dapat main gtalk puas2 sambil blogging
Tak seronok: tak boleh guna torrent coz proxy. Leceh betul.

6)Makmal computer (cybercafé) percuma


Amat membantu untuk pelajar yang tiada laptop sendiri menggunakan komputer. Kalau nak internet laju, makmal computer la tempat ujikaji.
Seronok: laju je kalau download movie atau software.
Tak seronok: speaker takder, camne nak dengar lagu.

7)Exam di hujung semesta


Lepas da belajar je, mesti la ada exam kan. Exam digunakan untuk pelajar mengumpul kredit bagi memastikan pelajar itu boleh graduate atau tidak.
Seronok: jawab exam ada aircond, sejuk je dan selesa menjawab. Jika dapat jawab la.
Tak seronok: susah sikit nak bincang jawapan sama member

8)Riadah yang pelik


Tak macam di sekolah, asal sukan je main bola sepak, bola tampar, sepak takraw, tiup belon sampai pecah. Sungguh membosankan. Di universiti, tempat untuk riadah sememangnya special dan menyeronokkan. Di tempat aku boleh main kayak sama golf, lagi seronok.
Seronok: aku boleh menunjuk kehebatan aku main kayak sambil terbalik. (tak pandai main la)
Tak seronok: bila baju dah basah, leceh betul nak cuci baju

9)Asrama yang selesa


Asrama di university semuanya besar2 sampai boleh buat event di bilik. Pelajar boleh guna elektrik puas2 dan takde warden pun yang datang suruh tutup lampu bilik.
Seronok: boleh tidur dengan selesa dan sopan
Tak seronok: aku tak dapat nak cat bilik aku ikut warna faveret.

Hanya 9 saja yang dapat aku kongsi kan. Sesungguhnya banyak lagi yang seronok di university, tapi malas aku nak menunjuk, tak elok. Jom serbu university lepas ni bagi mereka yang nak sambung belajar. Tapi dah masuk university tu, jangan tak belajar pulak. Salam.

24 comments:

  1. huhu
    mula2 mcm x nak baca coz ada ayat ni
    'bagi pelajar politeknik atau matrik atau seangkatan dengannya, baik korang tak yah baca la'

    menarik =)

    ReplyDelete
  2. ala,,
    jangan terasa,,
    gurau jela,,
    lalalala

    ReplyDelete
  3. x da la...
    x terasa pun

    biasa jer tapi menarik post ni

    ReplyDelete
  4. ni namanya buang2 post,,
    exam punya pasal,,
    semua idea hilang,,

    last2 idea yang boring muncul,,
    taruk jela post yang x seberapa nie,,

    ReplyDelete
  5. Ada lak minum milo utk elak ngantok??? minum milo lagi la ngantok rasenya.. huhu..

    tapi kalau minum nescafe mmg yer xleh tido cos ade kaffein.

    pelik lak ko ni.

    ReplyDelete
  6. air nescafe tu
    tuk owang tua seswai la,,

    so,,
    bagi jejaka yang masih sweet ni lagi,,
    kene minum milo dulu,,
    wawawa

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. nape dak politeknik ngan matrikulasi lebih baik x pyh bace plak!?

    aku tetiap mlm kena pao milo. adoi, dorg ni bkn nak beli sendiri. tapi tak pe ar. milo tu da bape sem da terperap kt dlm loker. tah expired blom milo yg dorg minom tu. muahaha..

    ReplyDelete
  9. sebab poli ngan matrik mane sama situasi ngan universiti,,
    tapi kalau nak baca pun xpe,,
    jangan jeles sudah la,,

    ko ni asek kene pao jek,,
    cube test ko pao owang lak,,
    mesti seronok,,
    lalala

    ReplyDelete
  10. adik senior ku!!!

    haha. entri kamu sudah mngingatkan aku sama itu uthm ^_^

    ReplyDelete
  11. yoooo,,
    ala,,
    uthm dekat jek,,
    datang la selalu,,
    hahaaa

    ReplyDelete
  12. uish dekat kamu kata?

    aku ada di kedah. uthm ada di selatan.

    very jauh maaaa ^_^

    ReplyDelete
  13. hahaaa,,
    di mana ada kemahuan,,
    di situ ada jalan,,
    so,,
    memang tersedia jalan ke uthm,,
    wawawawa

    jauhnye,,

    ReplyDelete
  14. aku blaja kat unie dulu x terasa sgt.
    mungkin sbb 90% = ponteng. hehe

    ReplyDelete
  15. huh,,
    the unknown la,,
    memang x kenal,,
    lalala,,

    uthm memang senang jek
    nak ponteng,,
    hahaa

    ReplyDelete
  16. wahahaha...
    glamer secara tak sengaja aku dlm blog ni...
    hahahaha...
    tenkiu2..

    btw...ak x pkir lg nk djadikn mnantu wat mase nih...
    ak pkir nk dpt 4 flat...chheeewahh!!

    dlm universiti...ak pling suke lepak...
    lepak je memanjang...
    mmg best!

    ReplyDelete
  17. bestnyee masuk U.. aku lepasan kolej je.. huhuu..
    tak penah merasa suasana U.. kepada yg tgh study lg tu, rajin2 la belajar..
    pelajaran tu penting.. jgn pikir korang bleh dapat harta pusaka, then korang xyah belajar, xyah carik keje best2.. heheh..

    good luck kepada korang yg tgh menghadapi exam..
    semoga berjaya capai impian korang dan dapat
    buat mak abah korang berbangga dgn korang..

    pssttt.. jgn dok layan bercinta je time belajar.
    kang xleh fokus..

    pssttt lg.. kem salam kt awek2 cun kt U..
    ckp abg Anarm kem salam.. hahhahahaha

    ReplyDelete
  18. ala,,
    kolej pun ala ala u jugak,,
    x kisah la balajar mana pun,,
    janji ada semangat nak belajar,,

    hmm,
    tak leh nak kim salam ngat,,
    coz all aweks2 cun is belong to me,,
    hahaaa

    ReplyDelete
  19. 2 nmpk muka akmal lam gmbr kat lepak cafe 2..

    ReplyDelete
  20. hahaha yups, betul tue,, ada yg best dan ada yg tak bestnya juga.. mostly byak yg kita belajar :)

    thanks for sharing.

    ReplyDelete
  21. seronokan belajar....pahit manis

    ReplyDelete