18.4.09

Keseronokan Suasana Lalu



Penat sungguh harini. Lepas sembahyang jumaat tadi, aku singgah café Tsn, beli makan tangah hari. Aku suka beli makan kat situ sebab tempat tu je yang paling murah di uthm. Aku ambil lauk ayam goring sama telur dadar potong dan sume sekali 3 ringgit saja. Aku makan kat bilik aku, lepas abeh makan bukak internet jap baca surat khabar online. Lepas tu dalam kul 3 stengah, aku tukar baju ready nak kluar pergi batu pahat. Aku pergi BP Mall dulu, pergi kedai maxis center sebab nak tukar pelan dan aku ambil pelan 30 ringgit. Lepas tu merayau jap kat pacific, dah bosan merayau aku keluar pastu pergi carefour lak. Sampai kat carefour, aku beli selipar sama air soya dua pek. Abeh bayar, aku keluar nak balik. Masa aku nak pergi tempat motor aku, aku nampak ada seorang pak cik ni didatangi cine gores dan kalah tu. Pak cik tu da puas tak nak main bende tu, tapi cine bodoh tu tetap suruh pak cik tu cube gak. Macam2 alasan cine bodoh tu bagi, kononnye tak perlu bayar la. Ingat orang bodoh macam die. Aku rase kesian gak pak cik tu, aku apa lagi terus blah cepat2 takut aku lak yang jadi mangsa. Aku isi barang dalam bakul motor dan terus balik uthm...


Bagi korang yang waktu zaman persekolahannya dalam tahun 87-99, mesti seronok kan time tu. Walaupun tiada phone N95 masa tu, tapi suasana masa tu hanya korang je yang dapat merasai. Sama macam aku gak, waktu aku zaman kanak2 riang, aku sungguh seronok dan pelbagai ragam masa tu. Aku masih lagi ingat masa tu:

-Kalau kat rumah, boleh dikatakan aku follow cerita anime kat tv, kira tak miss la nengok. Aku paling suka cerita masa tu cerita cybercorp, flashman, power rangers, dashyonkuro dan tomatoman. Memang seronok cerita ni, kalau nak ikutkan effect cerita ni memang hebat la masa tu, waktu nak berubah je, macam2 gaya, cahaya warna2 semua keluar. Doraemon pun ada jugak tapi masa tu aku tak minat lagi.








-Kalau dulu, movie semua pakai vhs tape, itu pun ada juga cetak rompak. Kat umah aku ada lagi movie tape, tunggu masa jek nak buang. Ada juga permainan pancing2 ikan sama penguin main gelongsor. Aku pernah main.




-Kalau pergi kedai pula, Nampak tora atau dendang, mesti beli. Sebab ada mainan dalam kotak tu, coklat dalam tu tak makan pun. Jojo pun ada juga, kotak nya besar, tapi mahal, 2 ringgit satu. Paling murah dindang, 60 sen saja.



-Kalu nak beli jam tangan, beli yang digital. Masa tu jam g-shock la yang femes coz ada lampu. Aku pun ada satu gak, waktu aku baru beli tu, aku pakai masa nak main, nak menunjuk la katakan. Pastu ada kasut yang berlampu, bila pijak keluar lampu. Aku tak da kasut tu.

-Konsol yang paling canggih masa tu, konsol pakai tape or game tape. Kira macam ps one la. Game yang femes masa tu Mario, contra dengan street fighter. Aku pernah maen game tu dekat rumah jiran sebelah. Main game street fighter jela, sebab game tu je yang ada 2 player. Digimon pun ada game jugak. Beli digimon devise, pastu battle dengan orang laen. Devise digimon terawal time tu bentuk petak. Masa tu sapa yang ada teddymon, kira paling hebat sebab boleh bagi virus. Yela tu.

Masa kat sekolah pun seronok jugak. Aku ingat lagi masa tu:

-Kalu nak pergi sekolah, dapat naik bas. Hahaa, sekarang pun ada bas sekolah jugak kan.

-Waktu dalam kelas, kadang2 ada sorang lelaki datang ke kelas, bawa kertas warna hijau banyak. Lepas cakap ada jualan buku esok, lelaki tu bagi sorang satu kertas hijau tu, esok bawak duit. Kebanyakan orang yang jual buku, list buku tu sama jek semua. Tapi aku tak taksub sangat dengan buku tu sebab masa tu ekonomi keluarga ku tak stabil lagi. Salesman susu pun ada jugak, jual susu lembu perisa coklat, strawberi, jagung ngan asli. Aku ada beli.

-Lepas tu di setiap kelas mesti ada satu pembaris kayu panjang yang tengahnya ada pemegang sket serta satu rotan bulu ayam. Yang aku ingat lagi,pembaris tu gunanya tuk buat garisan guna kapur merah dan biru. Rotan bulu ayam lak asalnya guna untuk lap tingkap, tapi cikgu guna untuk rotan murid pun best jugak. Murid2 pun ada juga pembaris masa tu, pembaris yang ada gigi sebelah dengan pembaris ada air kat tengah.

-Waktu nak menulis pula, member2 masa tu semua menunjuk pensel box yang cangih2 kononnya la. Yang paling canggih pensel box masa tu, pensel box bertingkat pastu leh bukak banyak bahagian dan ada sharpener. Aku pun ada jugak, masa tu warna kuning, lagi canggih aku punya, ada “tv” kat pensel box aku. Hahaa, tv tu sebenarnya macam kanta yang boleh masukkan gambar dalam tu. Lepas tu da jahanam, aku pakai yang murah je, pensel box besi. Sian aku, hahaaa.

-Masa cikgu tiada di kelas pula, member2 aku termasuk aku sekali, keluarkan koleksi pemadam dan main pemadam tu. Cara mainnya guna jari telunjuk, lepas tu tekan di bucu pemadam tu. Pemadam yang dapat “baring” atas pemadam lain, kira menang. Pastu pemadam tu bukan nak guna pun, sayang nak guna. Aku punya koleksi masa tu sampai satu plastic penuh, pemadam gambar pokemon dengan gusti. Lepas tu kene buang ngan mak aku coz letak bersepah.

-Waktu rehat pula, mesti main. Permainan yang seronok time tu, main kejar2. Sampai basah baju. Masuk kelas balik, berbau satu kelas. Tapi yang kejar2 yang seronok, kalau pompuan yang kejar lelaki. Kira macam main gurau2 la.

-Waktu yang dinantikan masa di sekolah, waktu pj sama pendidikan seni. Time tu la semua tunjuk bakat masing2. Time seni, semua hebat melukis, masuk nak kaler jek, memang hancur. Kekadang ada buat kolaj (gunting kertas, pastu tampal), ada juga buat anyaman tikar guna kertas warna.

-Time balik pula, baca dulu doa balik dan mesti nak lari sampai kat pintu pagar. Aku pun hairan. Mungkin kerana rindu sangat kot kat family.

Sebenarnya banyak lagi yang seronok, ni baru sikit je, korang pun tahu kan apa lagi yang selebihnya. Ikut pengalaman korang la masa tu. So, pada kanak2 yang hidup zaman nie, korang tak kan merasa semua ni sebab sekarang korang dihujani dengan teknologi yang canggih. Kecik2 lagi da ada phone N70, ternganga cikgu kat sekolah. Aku pun tak pakai lagi phone tu. Rasa syahdu lak bila kenang nie balik, memang da tiada da semua ni pada zaman sekarang ni. Ngantuk la pulak, aku stop kat sini dulu. Salam.

5 comments:

  1. hahaha


    sedih2...
    cine...bese r....

    ReplyDelete
  2. tahniah faiz,,
    anda orang pertama tahu kewujudan blog aku yang x seberapa,,

    nape ko x bace abeh artikel nie,,
    tetibe ko komen pasal cine bodoh tu,,

    pape pun thankz comment

    ReplyDelete
  3. aduhai kelakar la..
    ble kenangkn mse dlu...
    mse zaman kecik2 dlu..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete