Harini ramai yang mula mengenali blog aku. Semuanya kerana shoutMix yang menemukan aku dan korang. Ada juga seseorang menjadi follower aku dan kebetulan follower tu adek kepada member aku di uthm. Ini bermakna aku sudah ada SEORANG follower !!!! hahaaa, sungguh bangga.
Kalini edisi khas punya topic. Aku nak menunjukkan kehebatan aku memasak !!! Hanya di blog inspirasiizra saja korang boleh saksikan tuan punya blogger memasak. Lepas ni bolehla jadi calon boyfriend korang, kan kan kan.
Aku masak apa??? Jom saksikan gambar aku memasak.
Semenarnya aku masak maggi jek. Aku tengah kelaparan sangat disamping nak save duit.
Mula2 cari bahan dalam loker aku dulu. Loker aku ni bersepah sket, penuh dengan biskut kering.
So aku ambil keputusan nak rebus sekali dua bungkus maggi berperisa maggi. Hohoo, besar sungguh nafsu makan aku, badan kurus macam lidi jek.
Aku tak main la kalau nak makan magi jek rendam dalam air panas. Ni alat istimewa aku bawak yang diimport dari kajang. Periuk elektrik yang digunakan untuk masak nasik. Kalau nak diikutkan, periuk ni tak boleh dibawa di asrama uthm. Tapi aku seludup periuk ni, dan sampai la ni tak kantoi lagi. (jangan gelak k, aku serius ni). Dah aku keluarkan tu, aku panaskan air tawar.
Keluarkan perencah yang ada dalam maggi tu.
Setelah kelihatan air panas dalam periuk tu, aku masukkan perencah secara sopan dan tertib. Maka jadi lah kuah maggi kari.
Then aku kacau kuah tu sampai sebati dan sesedap rasa.
Pabila kuah tu semakin panas, maka bersedialah untuk masukkan magginya pula. Pun aku masukkan maggi tu secara sopan dan teratur.
Ni pulak perisa special aku bawak juga diimport dari kajang. Kicap manis cap tesco. Kicap boleh bawak kat asrama. Aku tuangkan dalam kuah untuk menambahkan kelainan rasa kuah maggi tu.
Aku tutup periuk tu dulu, tunggu sampai maggi tu lembut dalam kuah. Sementara nak menggu tu, aku baring jap kat katil.
Lepas tu, aku kacau maggi tu bagi balance sama kuah maggi tu. Aku kacau ikut pusingan jam, hahaa. (rahsia mengacau maggi yang aku praktikkan)
Part ni yang seronok ni, maggi aku da siap. Aku tuangkan maggi di pinggan plastic biru. Hmmmm, harum sungguh baunya. Tangan dah gatal nak cedok maggi tu. Untuk lebih romantic, aku sediakan sekali air soya sekotak. So, mulalah proses makan maggi.
Ni adalah salah satu cara aku nak save kan duit. Maggi ni aku masak kul 11 malam. Biasanya maggi aku hanya masak pada waktu malam je ek. Kebanyakkan pelajar ipta, mesti ada bekalan maggi seumur hidup kat dalam loker kan, jangan nak tipu. Sama jugak macam aku, kira makanan emergency la maggi ni. Tapi aku tak sarankan korang makan maggi setiap hari. Aku nak habiskan maggi ni dulu, selamat mencuba dan baca doa makan sebelum makan. Salam.
oit setakat masal maggie je baik xyah la..
ReplyDeleteigtkn msak pe la tdikn..
hahaaa,,
ReplyDeleteesklusif nie,,,
hohoooo
xda mkne nye.
ReplyDeletekalo dh mse maggie lam periuk nasi pon..
tetap rse maggie..
xda nye rse nasi plak..
hampeh!!
ReplyDeletehahaha
ihklas tau masak maggi nie,,
ReplyDeletesebab tu jadi sedap ...
mesti teruja kan,,
hahaaa
oh.. gitu ye masak maggi guna periuk nasi?? klu lauk2 lain camne ek.. dulu kwn2 hostel slalu wat.. tp xbrani.. :P
ReplyDeletex de lauk laen,,
ReplyDeletepeti ais xde dalam bilik lak,,
kalau ade,,
leh niaga beger sket ..
hehe.. megi je rupanya..
ReplyDeletetapi kena respek jugak sebab kesungguhan untuk buat entry nie.. hehe..
kesungguhan entry ni sama ikhlas
ReplyDeletedengan ku masak maggi ,,,
da dapat puji,,
ada yg respek pulak,,
balasan akibat ikhlas masak maggi,,
hahaa
haha.. aku rase kalau ko tak ambik gambar dan buat entri pasal ni, lg cepat kot ko mkn maggie tu.
ReplyDeletex kisah lambat atau cepat,,
ReplyDeletejanji ikhlas dan diberkati,,
wawawawa
hampeh. beriya klik konon nak tengok apa la calon boyfriend ni nak masak. sekali maggi je rupanya. xpe la, ada effort. siap tambah kicap tu. hoho
ReplyDeletelaaa,,
ReplyDeleteawat cik choki x habak nak amek chek sbagai bofrend,,
kalau chek tau,,
bley chek tunjuk skali chek masak nasi,,
hebat jugak kan tu,,
wakakaka
kenangan lama ku bersama megi tak kan ku lupa sampai bila2..
ReplyDeletemegi, dengar cerita kau dah jd engineer. rindu r kat ko...
sejak biler lak entry ni jadi
ReplyDeletejejak kasih nie,,
hahaaa
alat memasak yg paling familiar di hostel uthm ^_^
ReplyDeleteoh,,
ReplyDeletebese aar,,
alat ni memang berguna masa bolan pose,,
senang nak sahur,,
yeah tau dong. mustahil takda bilik yg takda menda tu ^_^
ReplyDeletenow,,
ReplyDeletex semua bilik ade,,
diowang sume da kaya,,
beli je terus,,