Kalini aku nak bangga-bangga dengan blog inspirasiizra. Kenapa? Asyik-asek puji blog korang je, kesian ngan blog aku. Kenapa aku bangga dengan blog inspirasiizra? Sebabnya blog inspirasiizra aku yang punya.
Kalau nak ikutkan sejarah blog inspirasiizra mengikut kamus feng shui, ditubuhkan pada bulan 4 tahun 2009. Inspirasiizra.blogspot milik kepada izranuddin a.k.a izra, pelajar diploma di Uthm. Sengaja dibuat kerana ghairah sangat baca blog korang ditambah pula ngan member aku yang menunjuk dia ada blog.
Kenapa aku berblog?
Tujuan utama aku buat blog sebab aku nak satu web yang dikendalikan aku sendiri. Tu je tujuan utama aku buat blog, then bila dah ada blog baru timbulnya tujuan lain. Antaranya
-dengan adanya blog, kemungkinan 0.02% aku akan jumpa jodoh a.k.a aweks.
-aku nak mempunyai kawan yang dimulakan dari dunia maya ni a.k.a internet.
-nak menimba ilmu daripada blog korang.
-kadang-kadang nak menunjuk atau bangga kat member Uthm yang aku ada web sendiri a.k.a blog.
-orang kata kalau ada blog boleh cari duit tambahan, so kalau dah cukup syarat aku pun nak wat camtu gak.
-macam-macam lagi, aku dah lupa nak tulis per lagi.