30.1.10

Layakkah Aku..?



Sukarnya ku untuk melupakan mu,
senyuman mu yang menawan,
indahnya wajahmu,
lembutnya sifat mu,
berkali ku tunggu,
berkali ku melihatmu,
di tempat yang engkau singgahi selalu.

Dengan kata-kata mu,
terpesona ku rasakan,
dengan renungan mu,
terbayang-bayang tiap masa,
kadangkala ku gembira,
bila kamu mendekatiku,
berkata dengan ku,
walaupun seketika,
amat bermakna buatku.

Kau amat sempurna buatku,
bila ku terdengar suaramu,
ku terlupa segalanya,
bintang terang itulah dirimu,
oh tuhan ku cinta dia,
mengapa tak mudah ku mengaku cinta,
mengapa tak mudah aku mengatakan ingin mencintai mu,
mengapa sukar ku untuk luahkannya.

Sayangnya diriku tak sesuci kamu,
tak sebijak kamu,
ku bisa memandang,
namun tak akan dekat padamu,
ku sedar diri ini,
hidupku yang tak indah,
diriku tak sempurna buatmu,
kabahagianmu akan tercalar kerana aku,
walaupun kamu gembira bersua denganku,
amat berat sekali untuk ku ungkapkan cinta,
sebab ku tak sanggup,
takut kehilangan mu.

Cukuplah hanya melihatmu dari jauh,
melihat kamu gembira,
melihat senyuman mu,
tak ingin menyakiti mu,
itu sudah memadai,
untuk merasai sedikit kebahagian dari mu.

Sampai masanya,
kita akan berpisah,
kamu akan bersama dengan kebahagiaanmu,
itu semua tuah manusia,
menikamti hidup dengan manusia dicintai,
aku pula asyik jatuh,
jatuh cinta dengan kamu,
tanpa arah tujuan,
pada hakikatnya kita tak dapat bersama,
ku mahu kau uraikan diari di hatiku,
agar kamu tahu yang ku mencintai mu...



p/s: Kalau dalam mood2 tertentu, aku boleh hasilkan puisi secara semulajadi. "Puisi" ni terjadi akibat sesuatu perasaan ?+?+? bila aku teteringat 'dia' (belum lagi aweks aku) di uthm.

p/s: Siot tul la, nape lak sem 4 ni aku emo lak.

6 comments: