4.1.10

Aku Bangga Ada Blog. Korang…?



Kalini aku nak bangga-bangga dengan blog inspirasiizra. Kenapa? Asyik-asek puji blog korang je, kesian ngan blog aku. Kenapa aku bangga dengan blog inspirasiizra? Sebabnya blog inspirasiizra aku yang punya.

Kalau nak ikutkan sejarah blog inspirasiizra mengikut kamus feng shui, ditubuhkan pada bulan 4 tahun 2009. Inspirasiizra.blogspot milik kepada izranuddin a.k.a izra, pelajar diploma di Uthm. Sengaja dibuat kerana ghairah sangat baca blog korang ditambah pula ngan member aku yang menunjuk dia ada blog.

Kenapa aku berblog?

Tujuan utama aku buat blog sebab aku nak satu web yang dikendalikan aku sendiri. Tu je tujuan utama aku buat blog, then bila dah ada blog baru timbulnya tujuan lain. Antaranya

-dengan adanya blog, kemungkinan 0.02% aku akan jumpa jodoh a.k.a aweks.

-aku nak mempunyai kawan yang dimulakan dari dunia maya ni a.k.a internet.

-nak menimba ilmu daripada blog korang.

-kadang-kadang nak menunjuk atau bangga kat member Uthm yang aku ada web sendiri a.k.a blog.

-orang kata kalau ada blog boleh cari duit tambahan, so kalau dah cukup syarat aku pun nak wat camtu gak.

-macam-macam lagi, aku dah lupa nak tulis per lagi.



Kenapa di Blogspot?

Sebelum inspirasiizra.blogspot muncul, inspirasiizra.wordpress telah wujud dulu. Yup, aku start ngan wordpress dulu sebab nak nampak kelainan dari member aku dan juga korang pun pakai wordpress kan. Tapi sayang, dashboard wordpress terlalu rumit (bagi aku) masa aku start belajar blogging, dan aku hanya sempat post satu entry saja. Oleh itu, aku berubah kepada blogspot kerana mudah dan kod html yang diguna pun boleh tahan la. Lagipun masa tu aku tak jumpa pon blog korang yang buat tutorial permulaan blogging menggunakan wordpress, yang ada blogspot saja.



Permulaan

Genre blog aku pun tak seberapa pasti. Tapi yang pasti blog aku bukan unsur diari seorang lelaki. Aku lebih suka bincangkan satu topic atau tutorial, baru syok membaca. Ataupun kisah pemikiran seorang remaja terhadap sekeliling. Setelah aku selidik blog2 korang, rata2 setiap blog ada widget follower, chat box atau shoutmix,dan counter paparan blog. So aku dah masukkan awal-awal widget ni masa baru berblogging, lagipun kod html tak jadi masalah sebab aku dah belajar asas html ni kat myspace. Cuma yang jadi masalah waktu nak tukar template blog, memang serabut kod html.



Mula dikenali…?

Setelah beberapa bulan bertapak dalam dunia maya, akhirnya blog aku dikenali dikalangan member2 aku di uthm. Mula-mula kena la target kenalan yang terdekat dulu, baru target kenalan di blog pula. Tapi lain yang aku target, lain lak yang aku dapat.

Masa mula-mula aku nak “menunjuk” blog aku kat member Uthm, blogger yang terkenal lak yang perasan blog aku. Antara contoh,

-si Zelo55 telah start guna shoutmix aku dengan mesej sepammmmmm. Masa tu aku tak kenal lagi blog Zelo55, bila dah selidik2 blog dia, memang cool si Zelo ni. Zelo55 lelaki yang first follow blog aku.

-si Khairil yang mempunyai ramai peminat pun telah jumpa blog aku. Blog Khairil suka membincangkan sesuatu topic dan syok baca topic yang disampaikan. Lelaki kedua follow blog aku lepas Zelo55. Kini Khairil sudah bertapak di wordpress.

-si Reyhana yang tidak asing dengan panda nya yang kiut-miut macam tuannya pon jumpa blog aku. Masa aku jumpa blog Reyhana, aku terkejut+teruja bila panda-panda yang muncul kat page. Reyhana sudi follow blog aku dan kini Reyhana sudah bertunang, tahniah!!

-Nazra pun tidak kurang hebatnya. Nazra sebenarnya bekas pelajar Uthm beberapa tahun dulu. Aku jumpa blog Nazra dari link2 korang dan waktu aku gitahu Nazra aku pelajar Uthm, Nazra begitu teruja sangat. Topic yang Nazra bincangkan memang menarik.

-yang latest blogger terkenal sudi follow blog aku ialah Liza si gadis comel. Blog Liza aku baru jumpa secara tak sengaja kat link-link yang ada di blog korang. Masa tu Liza masih di blogspot, Harujuku nama blog tu. Sekarang dah ada domain dan hosting sendiri dan bertukar ker wordpress ngan nama blog Lizarazak. Blog Liza boleh dikatakan setiap hari update sebab katanya beliau suka menulis dan topic yang dikeluarkan memang menarik.

-antara blogger cool+terkenal yang sudi lawat dan komen di blog inspirasiizra seperti Chokilala, Anarm, Menteil, Saffawati dan …. (penat nak selak entry lama)

Tapi sekarang member Uthm dah dapat aku target sikit. Boleh la dikatakan member sekelas aku dah tahu aku ada blog dan mereka pernah lawati blog inspirasiizra. Yang kelakar kadang-kadang diorang panggil aku inspirasi. Juga ada member Uthm yang aku kenal melalui blog, thanks sudi lawat blog inspirasiizra.

Dan yang paling cool, ada seorang member seasrama ngan aku, Akmal pernah bersuara “ sekarang ni blog inspirasi ngan faizlaster tengah bersaing”. Tergelak aku dengar Akmal cakap camtu. Blog Faizlaster juga terkenal dikalangan member2 dan beliau lah yang pernah menunjuk kat aku pasal blog masa dulu2.

Kini aku puas sangat ada blog dan disebalik keghairahan aku ada blog aku juga turut kerisauan dan mengharapkan sekelompok manusia ini tidak jumpa blog inspirasiizra seperti family aku, sepupu aku, pakcik makcik aku dan yang ada hubungan kekeluargaan tapi bukan aweks aku. Aku tak sedia lagi nak show pada diorang. Ok, tu saje bebelan untuk permulaan tahun baru ni, salam….

p/s: aku sebenarnya tak sabar nak post entry seterusnya sebab aku suka sangat benda ni.. Entry tersebut berkaitan dengan gambar blur bawah ni, cuba teka…….


6 comments:

  1. bagus..bagus...bercita-cita sungguh ko ni...
    aku pon bangga ngan blog ko ni bro...

    ReplyDelete
  2. laaa,,,
    asal lak nak bangga ngan blog nie,,,
    xde mende mnarik pon,,
    sekadar blog inspirasiizra jek ...

    ReplyDelete
  3. aku igt lagi masa mula2 ko blogging x reti nk tukar template, skrang dah byk kemajuan
    all da best bro n happy blogging ;)

    ReplyDelete
  4. hahaa,,
    bila aku ingat balik dulu2,,
    kelakar gila,,
    sibuk jek aku g tanya owang sal blog...

    khairil,,
    lame tak nampk ko aktif kat blog....

    ReplyDelete
  5. huhu... nampak sangat ko memang addict kat dunia blog nie..

    saya bangga saya ada blog!!!
    *jerit sambil menghalakan tangan ke atas..
    *jerit sambil berjalan kaki pergi ke kelas.. *ulang setiap 5 minit..
    *pastikan bawa air mineral sekali.. takut kehausan..

    ReplyDelete
  6. hahaaa,,,
    xde la sampai camtu skali...

    tapi cam syok jek wat camtu...

    ReplyDelete