19.3.10
Bila Si Pandai Tunjuk Bulu
Entry lepas begitu menggalakkan. Pelbagai respon yang aku terima dari kawan aku. Tak tahu la diorang gembira ke tak baca entry tu. Tapi ramai member aku tak faham lagi apa itu photobomb. Aku bukannya cari gambar yang korang sengaja buat camtu pastu bahan korang. Aku just cari gambar yang korang sendiri tak perasan masa ambil gambar tu. Senang cerita korang cari kat google, dan itulah maksud gambar photobomb.
Back to main story. Lepas habis cuti semesta, aku terasa sangat merunsingkan. Sebab per? Kerana spirit dari member2 aku yang cemerlang (tahap dekan pon ada) seolah-olah ‘psycho’ aku. Pergi jumpa diorang, tengah study, masuk bilik diorang, ngah buat assignment, lepak dalam kuliah, sembang pasal study. Betul2 buat aku resah dan menyebabkan perangai aku berubah secara mendadak kot.
Aku sebenarnya nak cerita sal rakan2 yang tergolong dalam golongan cemerlang. Selalunya golongan ni mesti ada dari sekolah lagi. Kita leh lihat pelajar mana yang cemerlang dalam pelajaran. Sama gak cam di university, tak semua pelajar cemerlang sangat cemerlang dalam pelajaran cuma kekurangan sikit je lagi nak capai full. Kalau nak diikutkan, aku ni leh la tergolong dalam kumpulan kurang skit cemerlang. Sejak dari sekolah lagi camtu, nampak je cam budak pandai, tapi indah khabar dari rupa.
Mengikut statistik pelajar sekuliah ngan aku, memang ramai member yang tergolong dalam pelajar cemerlang. Bila kuliah je, aku mesti duduk sebelah diorang untuk rujukan bila tak faham. Diorang memang baik, tunjuk ajar pada member yang tak faham. Aku ada juga catat rekod skit2 sal reaksi atau perlakuan pelajar cemerlang ni kat kuliah, memang menakjubkan diorang ni. Berikut adalah hasil rekod yang aku selidik senyap2:
-waktu start kuliah, diorang focus sampai member buat lawak pon tak gelak.
-tanya soalan sampai tahap kompleks
-kalau diorang gurau, gurau ngan sejenis ngan diorang (pandai ngan pandai). Itupun gurau yang jenis ada pelajaran juga.
-bila ada masa terluang, buat balik contoh yang lecture ajar tadi.
-bila bincang, mesti bincang ngan sesame jenis diorang coz membuatkan diorang seronok dan pasti ada penyelesaian berbanding ngan berbincang ngan pelajar yang kurang skit ni yang lebih pada merepek.
-fokus pada masa, beranggapan masa ngan study lebih cool dari aweks or baleks.
-kadang2 resah bila pelajaran terabai sikit je.
Disebabkan aku bawah level skit dari diorang, aku biasanya ikut juga la perangai rakan2 cemerlang ni. Cam contoh, diorang tak banyak buang masa dan bila ada masa diorang buat assignment atau baca balik lepas lecture ajar. Kononnya aku nak jadi cam diorang, aku ikut tapi tak terdaya. Kadang2 aku fikirkan diorang ni sangat bertuah kerana “sempurna”.
Bila bergaul lak, diorang memang mudah didekati kerana kebolehannya dan tak sombong dengan semua kawan. Bila rakan ada masalah, diorang tolong. Pernah ada member pandai tanya sal soalan yang dia kurang faham kat aku, tapi aku memang tak dapat nak selesaikan pertanyaan member aku ni. Lalu member aku pergi tanya pada member yang sama pandai. Aku memang tak kisah bila member pandai tak harapkan penyelesaian dari aku cuma aku kekadang terasa juga sebab tak dapat nak selesaikan masalah dalam pelajaran. Bila aku tengok diorang bincang masalah study sesame diorang, aku berangan la jugak kalaulah aku seperti diorang….. Memang boleh aku nak join diorang, tapi ibarat aku kutip nasi atas lantai.
Sebab tu bila bergaul ngan member pandai, aku kurang sikit reaksi. Aku merasa diri aku ni jauh sangat perbezaan untuk bergaul ngan diorang. Aku sentiasa jaga batas bila bergaul ngan diorang, xde buat perangai bukan2. Kadang2 aku nak gurau pon kena fikir balik. Tak guna aku nak berlagak ngan diorang kalau pelajaran still suam2. Last2 ngan diorang gak aku rujuk. Aku tak kisah pon bila diorang tak seberapa endah ngan aku tapi diorang sudi kawan ngan tolong sikit2 kat aku dah memadai buat aku. Pernah ada sorang member cemerlang ni tanya kat aku sal rumah sewa nanti dia nak aku duduk sebilik ngan dia. Pastu aku cakap balik kat dia kalau aku duduk ngan dia, aku dapat kelebihan sebab boleh rujuk kat dia nanti bila study, pastu kalau dia ada masalah sal study, dia nak rujuk kat sapa pulak? Aku memang cakap sal study dulu sebelum topic lain. Pastu reaksi member aku tu berubah dan senyap seketika. Mungkin dia fikirkan balik kot yang aku cakapkan.
Eh kejap!!! takkan aku nak merendah diri jek kot. Memang merendah diri ada dalam sifat diri aku. Tapi aku bersyukur sebab aku ada sifat yang pelik skit. Aku suka berfikir perkara yang buat dan akibatnya nanti. Selain tu aku suka ambil kesempatan bila peluang muncul secara senyap. Sebagai contoh:
-masa kat kuliah subjet **** ni, aku memang suka sebab pelajar sikit. Pastu tak ramai pelajar yang cemerlang, lebih kepada macam aku jugak. So aku ambil kesempatan untuk jadi no 1 dalam kuliah tu sebab aku tahu saingannya sikit. Aku buat2 sibuk sebab nak score subject tu. Dan hasilnya boleh la, aku kalah ngan pompuan coz markah dia lebih sikit je dari aku sebab aku main2 masa kuiz dulu.
-aku suka target member aku yang sama cam aku ni. Bila tetiba markah dia tinggi, memang buat aku jeles lalu aku bersaing ngan dia secara senyap2. Aku memang pastikan yang markah dia takleh lebih dari aku. Dari sekolah lagi aku wat camtu. Hahaaa..
-bila sekali ngan kelompok pelajar cemerlang dalam kuliah, aku memang target sorang jela coz aku tahu memang susah nak samakan level macam diorang. Bila diorang terangkan sesuatu, aku memang tak bantah la sebab diorang lebih tahu kan.
Walaupun aku begitu, tapi still aku asyek fikirkan ‘standard’ diorang ngan ‘standard’ aku bila bergaul ngan diorang. Setakat ni aku rasa tak pernah member ajak aku study sesame, yang banyak ajak aku buat kerja assignment group. Tapi walaupun diorang pandai, tak semestinya perangai pon terikut juga. Ada la kalangan dari member aku ni yang sedikit sebanyak merosakkan skit pemikiran aku pada member2 cemerlang yang lain. Cuba ikuti situasi ni: (nama dan jalan cerita diubah, tapi point memang sama)
-waktu aku ngah siapkan assignment, si AX yang macam aku ni nak pinjam sesuatu untuk siapkan kerja sikit dari AZ yang pandai ni. AX minta nak pinjam sampai esok, tapi AZ ni buat2 cakap ngongot. Dah berkali si AX minta nak pinjam, tapi AZ still cakap macam mulut kecik. Last2 AX malas nak layan, letak balik benda tu sambil muka berubah. Aku memang bengang ngan AZ, dalam hati masa tu dah kutuk kaw2. Kalau ko takleh bagi, cakap jela. Tahu la ko tu pandai, tapi tak yah la berlagak macam bontot ayam. Aku fikirkan balik, rasanya memang begini la kot nasib orang yang kurang cemerlang, mudah diabaikan dan tiada kepentingan.
-kejadian ni berlaku di kuliah, masa tu ada sdikit presentation. Aku ada la tanya skit pada ZZ topic tu sebenarnya pasal apa. Bila aku tanya, dia buat2 tak layan kat aku. Aku senyap jela, mungkin dia tak tahu kot. Pastu time dia punya turn, dia terangkan balik topic yang aku tanya tadi dengan megahnya. Memang terasa bodohnya aku, terasa seperti minta simpati dari bayang2.
Kesimpulannya, tak boleh nak cemburu sangat pada kelebihan member2 yang cemerlang. Mungkin itu rezeki mereka. Bersyukur dengan kelebihan pada diri sendiri dan tidak sombong untuk kongsikan kelebihan yang ada. Sentiasalah memiliki niat untuk berubah dan semangat untuk berjaya. Sekian…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
suke post nih .i dapat semangat baru .sebab i pon dalam kalangan "kurang cemerlang" hehe
ReplyDeleteyeke,,,
ReplyDeletetapi jangan la xde niat nak berubah,,,
xkan asyek nak jadi kurang cemerlang jek,,
kena ade usaha berubah
walaupun sikt sudah memadai....
so,,
gud luck/.....
fyza suke gak post ni..fyza x ade la kureng cemerlang,fyza still bleh bersaing ngan dowg but fyza x ade membr yg bolh d bawak gurau..x kan la nk gi kolj hanye nk pikir blajrkan? mesti nk ade feeling eppy..tp fyza x jumpe d situ..cedihh..
ReplyDeleteyup,, asek blaja jek x best gak,,
ReplyDeletenak blaja sbenarnye kene kreatif jek,,
lain orang lain pesen,,
cube fyza layan dulu karakter member
yg fyza rase boleh buat gurau sikit2,,~~
xpon fyza tunjukkan pada member fyza
selesa berkawan ngan fyza~~