Waktu aku ngah study sambil nengok gambar kenangan di UTHM, tetiba aku dapat idea yang boleh dimuatkan dalam blog. Aku teringat pada blog Saffa yang pernah buat entry pasal Photobomb. Aku nengok kat gambar simpanan aku, banyak lak gambar yang ala2 photobomb. Photobomb ni lebih kurang maksud gambar yang dirosakkan. Cam contoh waktu tangkap gambar, tetiba ada gambar cam kucing lalu la, orang ngah lompat la, orang yang tak kenal masuk dalam gambar la dan macam2 lagi.
Alang2 minggu ni ada test 2, aku buat entry ni supaya member2 aku termasuk aku skali takde la tension sangat study. Kalau tension sangat kat study tu, nanti takleh jawab lak waktu test. So time nak lepas tension tu, korang nengok la gambar photobomb yang aku jumpa dalam simpanan. Bagi otak korang relax sekejap, jom usha.
Gambar ni diambil masa aku and the gang jalan2 waktu cuti. Masa tu ada mini konsert di Batu Pahat. Serius kami tak kenal siapa lelaki itu. Lelaki tu memang pandai membahagikan ruang untuk gambarnya masuk secara senyap. Aku rasa itu super pose yang paling cool dia telah tunjukkan kot. Yang belah kanan sekali lak tetiba munculnya doremon. Mungkin doremon tu pun perasan yang kami nak ambil gambar.
Waktu ni dah abeh buat experiment masa semesta 2. Kami memang suka ambil gambar tak kira tempat. Member yang hujung sekali tu mungkin dia nak buat aksi hilangkan diri atau aksi terbang ke atap. Tapi dengar gossip katanya dia ni hollow man?
Sekali lagi munculnya gambar yang tak dikenali. Tak pasti sapa wanita tu, tapi mungkin dia malu untuk bersuara join sekali. Lalu dia setting jarak dan mencari ruang yang boleh mengshowkan dirinya. Ngam2 lak gambar dia muat kat ruang tu pastu sempat lagi pose senyuman manis. Tapi sayangnya dia tak dapat gambar ni coz kami tak kenal dia.
Selagi boleh ambil gambar, kami ambil. Yang member belakang tu mungkin itu lah perangainya yang sebenar bila jumpa kamera. Mungkin dia teruja sangat depan kamera sampai terkeluar aksi yang dia idamkan. Tapi sapa tahu kan, mungkin ada maksud lain dia berbuat begitu.
Waktu ni ada presentation assignment. Boleh lak member group buat pose camtu seolah olah ada ucapan yang sungguh teramat menyedihkan. Member yang ambil gambar ni memang pandai mengambil kesempatan mengambil gambar hati lelaki yang terpendam.
Pelik betul member hujung sekali tu. Kalau ganas pon, jangan la tunjuk keayuan muka sebegitu. Tapi takleh nak salahkan dia juga sebab kemeraman tak cakap ‘smile’ masa nak tangkap gambar. Gambar ni tak lepas nak masuk contest photographer coz terlalu horror. Aku gurau jela.
Kononnya member tu (dalam bulatan) nak test ketinggian coz dia dah makan Calcium yogurt sebelum tu. Tapi tiada perubahan, dan mungkin dia malu lalu cukuplah sekadar dibelakang saja kerana dia memang seorang yang merendah diri.
Gambar ni memang best of the best dan aku tak tahan gelak bila nengok. Kami nak ambil gambar remaja riang. Yang bulatan hijau tu betul2 mengganggu. Yang lain lompat, dia lak releks je buat stail Bon Jovi. Yang bulatan merah lak ngah seronok sangat joget zapin. Waktu nak ambil gambar, dia cepat2 datang sambil joget zapin dan tak lari pon. Tu yang tak sempat nak lompat. Masa aku ngah menulis ni pon tergelak lagi nengok gambar ni.
Akibat tak ajak dia join sekali ambil gambar lalu dia mahu memberontak. Sungguh mencemaskan masa tu. Tengok aa cara dia datang, tak pasti apa dalam tangannya. Mungkin pisau atau pistol atau bom!!!!!
Akhirnya setelah dibawa berbincang, kami telah selesaikan secara baik dan membenarkannya join kami sekali ambil gambar. Dia sungguh terharu dan telah menunjukkan perasaan terharunya. Rupanya dalam tangan ada henset je. Buat cemas jek.
Selama ini kami sering mendengar cerita nenek kebayan. Kali ni kami dapat mengambil gambar bersama atok kebaya. Itupun pada mulanya dia taknak ambil gambar, tapi setelah berunding selama sejam, akhirnya dia setuju. Kami beri dia sweater baru, lalu dia terus gembira dan dah tak pakai kebaya lagi.
Gambar orang tak kenal lagi ditangkap. Sungguh berani wanita tu join kami. Waktu tu kami guna kamera dslr. Wanita tu lak munkin dia hebat sebab dia boleh muncul sebelum shutter speed berfungsi. Sebab tu pose dia teragak agak.
Itu lah dia stail terbang katak senyum. Tak tahu mana dia belajar stail ni, tapi tu lah hakikatnya. Macam2 bakat aku jumpa kat Uthm.
Sorang lagi boleh terbang. Ni lak stail terbang burung terbang. Bakat terpendam kot.
Kalau nak tahu, itu lah cara tidur2 ayam. Tidur berstail dan boleh detect kamera. Kalau kami alih kamera ke tepi, dia pon bergerak ke tepi follow kamera tapi still tidor lagi. Kami malas nak mengelak dia so ambil jela gambar dia sekali.
Pada mulanya dia taknak ambil gambar. Tetiba masa tekan shutter kamera, dia terus meluru dan dapat jugak masuk dalam gambar. Abeh member belakang tak dapat nak posing full sebab di cover ngan girl tu. Tapi kalau dia yang buat takpe coz dia adalah gadis idaman lelaki di kelas kami, btol x....
Itu lah stail engineer. Akibat malas nak layan member 2 orang yang merepek je, so lebih baik dia fikirkan keadaan engineer masa hadapan.
Yang bulatan merah tu, terkantoi lak coz baru lepas makan kat café sorang2. K aku ngaku tu gambar aku. Yang bulatan hijau tu, dia ngah meramal masa depan kot. Dengar cerita dia meramalkan siapa lelaki pilihan hatinya, dengar cerita la.
Waktu ni ngah nak buat iklan pasal kerjaya engineer. Mulanya kami tak perasan jenis paip (bulatan merah)kat situ. Tapi setelah diteliti rupanya member kami yang menunjukkan dia tak buat kerja.
Yeah, itulah stail anime jepun. Orang nak tangkap gambar kat belakang tu, tapi dia muncul secara tiba2, menyebabkan kami terkejut lalu tershoot gambar. Selalunya dia kurang buat perangai, tu yang kami terkejut dia buat begitu.
Itu saja photobomb dalam simpanan aku. Harap tension korang berkurang sikit. Semua ayat yang aku tulis tu hanya gurauan saja dan korang jangan terasa lak. Kalau terasa aku minta maaf dan aku cari gambar lain, aku buat lagi camni, hahaa..
Diharap kita semua (geng Uthm) dapat jawab test 2 dengan sempurna. Sama2 kita doakan agar kita berjaya di test 2. Aku nak sambung balik study dinamik jap g, sekian dan salam….
haha...ak knal brader pic atas skali...kat wildan..!...hahaha...
ReplyDeleteayat ko xleh blah...fun post...keep it up...huhu
yeah.....
ReplyDeleteyeke,,
x pnah nampak pon...
aku x leh la straight fun post,,
aku mane de idea nak wat,,
ni pon aku teringat jek...