18.7.10

Izra Sudah Berubah?

Assalamualaikum… Akhirnya setelah 2 bulan penat bercuti, pada 12 julai bermulalah semesta baru. Masa 2 bulan bercuti, tiada yang menarik aku lakukan cuma cuti kalini aku kurang sikit rasa bosan sebab cuti kalini penuh kelainan, hahaaaa. Blog aku pon aku lupakan seketika just melawati blog korang2 yang best itu tanpa memberi komen, heeee.

12 julai start kelas, so aku memang semangat la nak ke kuliah. Then keadaan seperti biasa la, rakan2 banyak bercakap cter sal cuti. Aku macam biasa la perhati gelagat member setelah 2 bulan tidak bertemu. Cuma yang aku pelik hari pertama kelas aku ada dengar member panggil aku ‘sang pencinta’. Adeh tergelak aku dengar, kalau ye pon nak bermanja ngan aku, tunggu la pertengahan sem ker atau time aku buat cerita panas ker, ni masa otak aku fresh lagi dah kena gossip, hahahaaaa. Aku tak pasti naper aku dipanggil sebegitu, adakah aku sedang bercinta? Ntahla, rasenye aku belum lagi bercouple buat masa sekarang, heeee.

Aku dah buat perancangan untuk semesta ni. Just perancangan saja, kalau jadi jadilah, kalau tak taklah. Tapi perancangan ni tak semestinya aku akan follow kesemuanya, biasalah manusia pasti berubah-ubah fikirannya.


-aku nak jadi kawan yang baik. Susah jugak la nak jadi kawan baik, tak semua yang aku buat member suka, banyak betul dugaan.

-aku dah tak nak jadi popular. Hahaha, susah la jadi popular ni, asal aku buat perkara lain jek, dah terus aku dapat perhatian.

-aku tak nak lagi promosi blog aku. Macam sem2 sebelum ni, bila aku update entry baru, aku tulis kat facebook. Tapi kalini aku nak senyap jek bila aku dah update entry baru.

-aku nak kurangkan sifat pendiam. Tapi still lagi ada stail2 tak banyak cakap coz aku nak jaga batas2 kelakuan aku.

-aku nak banyakkan bergaul ngan member fakulti lain. Yela, dah 4 sem aku asyik lepak ngan dak kelas aku jek, kekadang rasa bosan gak asyek ngadap muka Faiz jek, hahahaaaa..

-aku nak buat yang lain macam. Apa yang lain macam tu ntahla, tak terfikir lagi.

Setakat ni tiada lagi cerita2 menarik yang berlaku di semesta baru. Tapi aku memang akan berubah untuk sem ni, sebab ada kelainan yang berlaku kat aku cuma tak tahu cepat ke lambat. Rasanya entry baru ni tak banyak pon nak cerita, aku update pon sebab kesian kat member aku yang bukak blog aku asyek takde entry baru jek, hahaaaaa…

Sampai disini saja, rasanya mungkin aku akan ubah sikit la genre blog aku ni. Nengoklah camner nanti… Sekian

p/s: baru awal2 masuk sem baru, aku da terasa touching+geram ngan segelintir member aku. .

3 comments:

  1. berubah utk kebaikan takpa, dik ;)

    ReplyDelete
  2. suke bce...enrty2...blog ni..
    hopefully...doing bst ya...

    fatinmmj

    ReplyDelete
  3. kak naz: memang nk brubah jadi baik da... 8)

    Fatin: haaa,, kalu ade sikap2 buruk izra kt blog ni,, fatin jangan ikut yer,, heeee.../8)

    ReplyDelete