26.7.10

Kebakaran !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya dah lama aku tak update blog dan aku suka berbuat demikian, hahaa. Lagipun aku bukannya blogger yang terkenal pon (tapi kat kuliah aku dikenali gak aa), so tak hairan la kalau orang tak kisah pasal blog aku, haaaa. Setakat ni cerita2 panas di tempat aku belajar sedang berputik dan yang aku hairan kenapa aku terlibat sekali walaupun aku tak berkata apa2 pun, haaaaa.

Kalini aku nak cerita satu tragedy yang boleh cemas gak la. Pada 24/7, lebih kurang dalam pukul 1.00 pagi, kilang depan asrama yang aku duduki telah terbakar dengan rakusnya. Mulanya aku tak perasan (masa tu layan facebook), tetiba aku terasa nak pergi bilik member aku, kemudian nampak la cahaya oren2 di jendela. So apa terjadi selepas tu? Hehe, ni yang aku nak gunakan inspirasi aku tuk bercerita ni.

(amaran: kepada mereka yang masih belum matang berfikir, anda tidak digalakkan membaca cerita seterusnya)


- Ajak member ramai2 nengok kebakaran. Mula2 tengok kat tingkap dulu la, pastu buat2 terkejut + teruja lihat kebakaran tersebut. Bukan senang dapat tengok kebakaran secara dekat. Tengok jela kebakaran tu, sambil2 tu cerita sikit gosip2 ker tak pun bahan2 member ker untuk merancakkan cerita.



yang baju kelabu tu aku


- then bila dah bosan tengok dari tingkap, turun la kebawah untuk tengok lebih dekat lagi (takde la dekat mana pon). Ajak member turun cepat2, tapi sebelum tu pesan pada member jangan tukar pakaian kemas2, baru lah nampak macam situasi panic skit. Bila semua member dah turun, tengok sekejap je kebakaran tu, pastu cari sesuatu yang susah nak dapat peluang untuk berjumpa. Apa dia?


- lari cepat2 ke lori BOMBA dan ambik lah gambar bersama lori bomba tersebut. Kalau dapat tarik sorang anggota bomba bergambar lagi cun. Tapi disebabkan masa tu anggota bomba sibuk bekerja, so jangan la ganggu mereka, dapat tarik lori bomba pon da okey sangat. Bergambar la sepuasnya, tapi masa kejadian tu, pakai camera phone, so tak berapa cantik gambar.



- dah puas main dengan lori bomba, cukup lah. Masuk balik ke bilik untuk tidor. Sebelum nak masuk bilik, tengok la lagi sekali kebakaran tersebut sebagai tanda simpati.


:: semasa kejadian tersebut, aku tak tahu apa punca kebakaran dan yang terbakar tu tak pasti, kilang ker atau rumah setinggan sebab kawasan tersebut terselindung. Dan sewaktu kebaran juga bomba kekurangan air untuk disembur sehinggakan air dikawasan asrama pon bomba ambik jugak. Bukan kami tidak mahu tolong, tapi masa tu bomba kat situ dah ramai, so takkan la nak pergi menyibuk kat situ, lagipun kami mana ada pengalaman padamkan api yang marak.

Cukuplah untuk entry kali ini, tapi sekiranya berlaku kejadian di asrama, takdenya aku nak main2, selamatkan dulu apa yang patut. Kerjasama dengan rakan itu penting, ok .. . .

p/s: sem ni aku dah beberapa kali deal ngan pompuan2 uthm untuk ‘date’, hahahaaaaa…

0 bengang:

Post a Comment