2.12.10

Cerita Final Exam

 Assalamualaikum pembuka kata . . . Fuh sangat sibuk aku di bulan ini, musim exam (macam pelik jek ayat aku). Sebelum meneruskan kemerapuan lagi, aku nak ucapkan terima kasih pada Fatin kerana sudi menggunakan entry aku untuk dipost pada blog beliau. Rasanya blogger Fatin la yang pertama sekali gunakan entry aku, terasa terharu lak aku, haaa. Dan tahniah juga pada beliau kerana katanya beliau akan sambung belajar kat tempat aku belajar tahun depan, nanti kita jumpa ya Fatin. Juga pada korang2 yang sudi jenguk blog yang tak seberapa nak berkembang malah ada juga yang follow blog inspirasiizra. Kadang2 aku ada rasa pelik gak pada sorang blogger ni, dah la dia terkenal pastu rajin (kot) singgah kat shoutmix sambil promote entry baru beliau. Dia adalah blogger TubeLawak, serius aku mesti tergelak bila baca kat entry blog beliau, thanks ya tuan TubeLawak singgah blog ni.

Okey, sambung balik bicara. Sebenarnya yang perenggan opening ni jek point utama aku nak post tapi pendek sangat lak so ayat yang lain ni sampingan jelah, hahaa. Tempat aku belajar ni masih belum lagi abeh final exam, memang kadang2 otak aku jem menelaah buku. So bila ada gap hari aku malas nak fikir pasal blog, aku just tidor tak pon main online viwawa Big 25, hahaa. Aku da pernah share pasal subjek yang aku study kat tempat aku belajar, kalini aku nak tunjuk sikit suasana bila di final exam di tempat aku.
 

Kebiasaannya bila musim exam, pelajar kurang tidor ataupun tidor lambat sampai 4-5 pagi sebab ulangkaji (kot). Sama la macam aku dan member2 aku, kesemuanya tidor lewat2. Aku nak tunjuk gambar camna suasana ketika kami study di final exam rasanya macam agak privasi tapi rasanya semua sama kan situasi kat tempat korang belajar, study sampai lewat2 belaka. Aku just boleh share gambar ni jek, yang pasti pasti akan ada sampai begini bila ulangkaji di minggu final exam, aku pun sampai macam ni jugak bila da penat sangat.


Member aku lak ramai yang kaki gamer, so bila ada gap ataupun untuk tunggu exam akan datang, mesti aktiviti sebegini akan berlangsung. Start 12 malam, mula lah acara mega kill di Dota sampai subuh. Aku tak minat sangat game macam ni, tapi da sikit2 member duk ajak aku main sebab nak cukupkan pemain, so aku pun terpengaruh jugak main. Tapi aktiviti ni just berlangsung bila ada gap yang lama cam 2 hari camtu lah, tak salah pun nak join aktiviti ni tuk kurangkan stress. Lagipun masing2 tahu nak manage masa tuk study dan aku masih tak hebat lagi main game Dota, hahaa.



Tu jelah entry kalini, simple jek. Takda idea nak dikongsikan di musim exam, mungkin lepas exam akan muncul lah idea2 yang lebih merapu. Sekian … salam

p/s: sejak masuk musim exam ni, aku asek tidur waktu siang jek, bengang tul aku.

p/s: naper lah musim exam ni cter wayang best2 pulak, ish jiwa kacau betul la.

p/s: aku lebih suka game budak2 sebab senang nak menang, try main game ni Max and the Magic Marker, hahaa . .

6 comments:

  1. woaaaahhh belajar siap pakai kain pelikat. mesti senang sikit masuk ilmu kan? haha. tak tak, gurau.

    oh hello, thanks sebab follow eh. :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. @Hanis Manis: kain pelikat lalala, kain pelikat lalala,,

    ahhaa,, tu baru skit style study,,
    ske la negok lukisan doodle kamu,,
    thanks ya singgah sini . ..

    ReplyDelete
  4. mestilah sudi singgah. orang berbudi kita berbahasa. cewwaaah. :)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. @Hanis Manis:dah la sudi singgah,,
    pastu sudi komen,,

    terima kasih lagi,,
    rase cam nak request jek lukiskn gambar owner inspirasiizra dalam doodle,, heheheee

    ReplyDelete