16.12.10

Semesta 5 – Terima Kasih


Dear Semesta 5,

          Ketika tu dia telah komen status aku di facebook. Aku terkejut sebab selama aku approve dia as friend, aku ataupun dia tak pernah bertegur. Dia adalah gadis yang bernama NM dari fakulti awam dan rupanya member aku yang lain sudah kenal sama beliau. Sungguh ketinggalan zaman aku, disebabkan komen tersebut maka aku dan NM menjadi kawan yang sebetulnya. Untuk lebih mengenali, aku minta NM gtalk sebab mudah untuk bertext. Perkenalan kami makin lama makin serasi dan pada suatu malam NM telah meminta no phone dengan cara yang agak tricky. Sekali lagi aku terkejut kerana NM yang minta no phone aku sebab tak ramai perempuan yang mintak no aku. Aku lak memang jarang sangat2 mintak no phone perempuan dan member perempuan kat kelas aku pon ada la sorang dua yang ada no phone aku. Aku just mintak no phone perempuan kalau perempuan tersebut mungkin special bagi aku. Dengan adanya no phone masing2 maka kami pon makin mesra, masa tu pulak tengah fenomena cerita Adamaya, perghh memang kena timing. Karakter NM memang contra dengan karakter aku, NM dengan style kata2 manja ngan periang dan aku lak style pendiam ngan kerek jugak la. Makin lama kami makin mesra seperti pasangan couple yang bercinta. Akhirnya member sekelas aku perasan kemesraan kami, kecoh jugak la sebab member aku tau yang aku ni pemalu ngan perempuan tup tup aku dengan perempuan. Mereka kata aku sedang hangat bercinta, aku just diam dan senyum. NM sekarang sudah menemui lelaki yang sesuai dengannya, aku tumpang gembira dan semoga mereka kekal bahgia. Sepanjang perkenalan aku dengan NM, aku belajar bagaimana untuk menjaga hati perempuan dan aku mampu buat orang yang aku sayang bahagia.

          Di pertengahan semesta 5 masa minggu akhir musim raya, aku ditemukan pula dengan gadis bernama NF. Perkenalan kami secara tak sengaja di dataran bp sewaktu aku dan rakanku berfoya-foya. Belum lagi kenal 12 jam, aku ngan NF keluar bersama di BP Mall. Aku keluar dengan NF sebab tetiba rasa risau lak bila NF kata dia suka keluar sorang2, sebelum ni tak pernah pulak aku risau ngan mana2 member perempuan. NF ada sikit ciri2 gadis idaman aku, pastu cool lak tu sebab kerenah NF ngam ngan aku dan NF boleh lak layan perangai aku yang poyo+sengal+perasan sampaikan kami mesra sangat. Berkawan ngan NF sering buat aku kata woooow sebab sama macam drama atau filem yang aku tengok bila laki dan perempuan berkawan. Aku pernah beritahu NF yang aku demam keesokan harinya NF telefon aku tanya tentang demam aku, memang aku terus sihat la bila NF call. Masa NF ada problem, NF pernah call aku tuk luahkan problemnya kadangkala sampai menangis, pergh aku memang macam tak percaya jek NF sudi share problem kat aku. NF juga pernah bawa aku ke tempat makan yang bila nak bayar kita mintak waiter tu bil, pergh serius aku tak pernah pergi kedai macam tu, tuk orang macam aku ni standard kedai mapley jela. Nampak, sama macam dalam cerita drama kan. Aku pernah berjumpa dengan mak NF, kata NF mak dia tak kisah jika NF kawan ngan aku. Disebabkan aku rasa selesa sangat berkawan dengan NF, aku kata kat NF yang aku ada perasaan kat NF tapi aku tak harap sangat cuma just luahkan saja. Bila da lama skit tu, pergh baru aku rasa bongoks sebab cakap macam tu. Sampai sekarang kami masih berhubung tapi sejak NF dah ‘bebas’, aku jadi segan lak nak mesej dengan NF mungkin sebab aku tak nak ganggu NF merasai kehidupan setelah ‘bebas’ dari bebanan selama 12 tahun.


          Sedang aku mengenali rakan2 baru, rakan lama yang aku kenal masa semesta 2 akan graduate diploma tahun ni. Gadis SH adalah gadis yang aku kenal melalui myspace. Yang bestnya SH adalah gadis pertama aku bagi bunga secara serius sewaktu SH graduate. Agak gugup skit masa aku bagi bunga sampaikan aku cakap pon da kucar kacir. Sepanjang perkenalan aku dan SH kadangkala kami sangat mesra dan kadang2 langsung tak bertegur dan camtulah kami sehingga sekarang.


Dear Semesta 5,

          Sepanjang semesta 5 macam2 ragam aku saksikan tapi disebalik ragam yang macam2 tu aku terfokus pada arti KAWAN di sekeliling aku. Aku memang suka perhati gelagat manusia, dari situ aku boleh tahu sikit2 karakter orang tersebut. Pemerhatian yang aku lihat terhadap member2 kuliah kebanyakkannya PENGARUH orang tersebut banyak beri kesan. Pengaruh seseorang tersebut termasuklah seperti harta benda, bijak, rupa paras, kelakuan dan bermacam lagi yang boleh buat orang tersebut berpengaruh. Rakan yang berpengaruh ni lebih mudah didekati, diberi bantuan, diberi peluang dan lebih pada perkara baik. Kalau nak diikutkan pengaruh yang ada pada aku, tak lah kuat mana tapi tu aku tak kisah sangat cuma agak susah sikit bila aku nak minta bantuan pada member. Aku memang tak seberapa kerap sangat la mintak pertolongan member tapi pernah sem 5 ni masa tu aku terdesak sangat perlu pertolongan tapi seperti yang aku dah agak tak ramai yang seperti nak tolong walaupun aku jamin tak melibatkan wang malah ada yang perli masalah aku. Owh masa tu aku fikir mungkin berat sangat kot pertolongan yang aku minta ataupun mungkin masa tak kena, tak pelah nanti2 lah aku mintak tolong lagi. Ada lah satu ketika tu masa ada aktiviti, ada sorang member ni yang problem nya sama macam aku pernah mintak tolong dulu dan ada member yang sudi tolong malah member yang aku mintak pertolongan dulu yang nak tolong. Ya Allah, masa aku lihat tu hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu.


          4 semesta aku belajar di UTHM, aku tak jumpa lagi sorang member yang ngam dengan aku. Akibatnya aku banyak lakukan aktiviti yang aku nak buat secara sorang2 dan tunggu jelah member2 yang ajak aku. Memang takde feel bila buat aktiviti sorang2 lagi2 masa makan apatah lagi nak mintak pertolongan. Alhamdulillah, semesta 5 rasanya aku dah jumpa sorang rakan yang sangat ngam dengan perangai aku. Bila aku ajak keluar mana2 dia nak follow dan bila dia ajak aku keluar aku follow. Tapi si rakan ni memang berpengaruh, tak hairan kalau ramai member lain selesa dengan dia. Kadang2 aku rasa terharu jugak bila dia nak keluar mana2 dia tunggu aku. Ok terima kasih. Oh ada satu kes ni yang buat aku tertarik bila UTHM ada anjurkan konsert. Ada la wakil2 pelajar yang nak bantah konsert tersebut siap buat petition kononnya sebab lari dari konsep ape tah. Tapi sayang nak bantah buat time lagi 2-3 hari konsert nak start pastu kecoh2 lak, tak bijak langsung cara diorang nak bantah. Lagi menarik bila besoknya ada konsert keagamaan pulak. So ramai member2 konon2 nya yang versi alim ni wat bandingan antara orang yang pergi konsert tu ngan konsert keagamaan nanti. Bila konsert keagamaan tu berlangsung macam biasa la tak ramai sangat dan yang paling gelabah bila member yang duk sangat2 pas2 petition tu tak pergi konsert tu, dah la wat bandingan pastu dia yang tak pergi, lagi gelabah poyo bagi alasan sibuk la, datang sekejap la ngan macam2 lagi alasan nak cover.

          Walaupun dugaan sem 5 kadang2 sampai menguji kesabaran aku tapi lebih kepada banyak perkara yang buat aku gembira. Selain kegembiraan yang buat aku tersenyum bila mengenangnya, aku juga pernah menjadi leader bagi 2 group dan hasilnya boleh la juga dibanggakan dan diperbaiki lagi. Oh pengalaman yang baru bagi aku. Yang buat aku leceh bila ada yang segelintir member perangainya memang macam haram. Tak hairanlah kalau akhir sem nanti aku tak rasa sedih bila waktu berpisah nanti.


Dear Semesta 5,

          Semesta 5 akhirnya melabuhkan tirainya, serius aku memang suka semesta 5. Rata2 banyak aku dah pelajari benda baru dan buat aku berubah. Lepas ni tiada lagi semesta 5 dan kehidupan perlu diteruskan ke semesta 6 pula. Diharap semesta 6 lebih baik dari semesta 5. Sampai sini saja coretan untuk semesta 5 dan aku pasti akan ingat detik2 semesta 5 lagi2 yang aku dapat kawan perempuan baru tu, hehee….

************************************************************************************

p/s: kadang2 aku teringin gak nak rasa bila ada member celebrate besday aku, belikan aku kek, hahaaa..

p/s: bila dah jumpa member sesuai, rasa macam berat lak bila berpisah.

p/s: Selena Gomez still lagi menjadi ciri2 perempuan yang aku suka…, haaa

p/s: terima kasih aku ucapkan pada mereka2 yang buat aku seronok di musim semesta 5 . . . ~ ~ ,

3 comments: