30.12.12

Habuk 2012


Sumbat kisah malas update 2012, tahun depan buat cerita baru:

::: Aku jumpa cikgu Akma di café TDI, UTHM. Cikgu Akma ialah blogger yang aku kenal melalui blogspot lama dah, baru hujung tahun ni dapat bermuka temu. Cikgu Akma bukan pelajar UTHM, masa tu dia jumpa rakan kesayangannya yang belajar di UTHM so pakej aku dapat jumpa cikgu Akma sama rakannya. Orangnya mudah gelak so senang nak gurau bertumbuk, ahhahaa . .  Untung  la café ada wifi, guna twitter nak jumpa, kalau takda wifi memang takda rezeki dapat jumpa masa tu. Oh ya, cikgu Akma bukan cikgu sebenanrnya, dia pelajar UTM yang minat nak jadi cikgu. Terima kasih cik Akma :)

::: Masih kisah si blogger, masa aku gi ‘konsert’ muzik moden dan koir petang tu rasanya aku ada ternampak kelibat blogger uthm yang sama kemasukkan September. Kemudian malam pun aku nampak lagi tapi kalini lagi dekat sebab dia duk hampir sebelah member aku. Makanya confirm memang dia owner blog yang aku baca tu. Aku nak tegur masa tu tapi aku terbayang kan kemungkinan seperti ini:

Aku:                     hye :) (muka senyum)
Pegang Kamera:  hye (senyum pelik). .  saper ni ya ?
Aku:                     kenal tak yang kat blog?
Pegang Kamera:  blog? Blog apa ya?
Aku:                     strawberi?
Pegang Kamera:  oh saya tak suka strawberi.
Aku:                     dan juga kamu tak suka taugeh kan, hehee (gelak sopan sikit)
Pegang Kamera:  oooo, kamu tu kan yang tak suka popia taugeh . . . .

**************
************** yang selebihnya bayangan terlalu mengarut.

Aku fikir masa tu kenapa aku nak mulakan pengenalan cerita pasal taugeh? Keputusannya aku tak jadi tegur.

 sekadar hiasan

::: Subjek koko aku ambil pengucapan awam. Aku suka kelas ni kerana final assignment kena bentangkan apa saja topik secara individu. Hal ini kerana aku dah ada topik yang nak dipersembahkan iaitu topik kamera Lomo. Kononnya masa final assignment tu lah aku nak luaskan pengaruh penggunaan kamera filem dan menunjuk aku ada kamera Fish Eye 2, hahahaa kononnya lah . .  Hasil pembentangan topik tersebut, aku senyum lihat rakan lain reaksi pelik lihat design kamera Lomo, ada yang teruja lihat hasil gambar dari kamera Lomo.. So objektif topik kamera Lomo tercapai.

ini jenama Recesky
 
::: Sepanjang pengajian degree setakat ini, aku pegang dua jawatan. Satu di asrama TF dan satu di kelab ********* (saja tak tulis, mungkin nak dikembangkan penceritaan di tahun hadapan). Aku suka kelab ********* karena ***** (saja tak tulis, mungkin nak dikembangkan penceritaan di tahun hadapan). Oleh kerana aku ajk kelab *********, aku ada pergi persidangan kelab tersebut di Bangi, bersama hampir seluruh ipta & ipts di Malaysia. Aku suka air kopi kat hotel tu, serius sedap.


::: Stok megi untuk semester ni masih lagi mencukupi dan aku jumpa pelajar yang suka kucing . .  (perlu ker tulis ni)

::: Oleh kerana berhabuk sangat, aku tak ingat apa yang nak disumbatkan lagi. Jumpa entri baru tahun hadapan…

::: Oh ya, Priscilla Ahn masih di carta hatiku ~ ~


 Bye 2012 -

20.12.12

Niat ?


Akan datang tapi tak tahu bila akan datang ataupon suatu hari nanti,
dapat lah kerjaya Engineer Mohd Izranuddin tak pon jadi pembantu jurutera pon jadi lah . .





eh!!! aku minat jurutera ker? . . . aku tak minat subjek matematik -

11.11.12

Kita Belajar di Tempat yang Sama Lagi :)

Sengaja lepas tangan update blog, itu mungkin hobi. Membalas komen latihan industri di Sony Bangi sambil berulang-ulang kali jawapan sama ditaip, sedarlah kalian harus mahir menggunakan Google Search untuk keceriaan fikiran anda. Kini dan sekarang aku mempertaruhkan lagi usia aku menyambung pengajian sarjana muda. Aku berasa hairan mengapa dahulu kala di zaman kebudakkan nafsu untuk belajar di sekolah lemah longlai namun semakin berganjak usia remaja, aku terpengaruh untuk belajar ke tahap lebih hardcore. Juga aku berasa hairan kenapa aku sambung belajar, kenapa kursus yang sama juga aku sambung walhal sejak dari sekolah lagi aku benci pada matematik. 

Bulan 9 adalah bulan kemasukkan pelajar sarjana muda, untuk play safe sumber kewangan, aku sambung di tempat sama semasa diploma. Sudah dijangkakan aku akan bersama  di kelompok bekas warga matrik, poli dan seangkatannya. Agak ambil masa juga untuk aku ngam ngan mereka, mungkin juga kerana faktor usia ataupon mungkin pengalaman pembelajaran mereka berbeza ataupon mungkin aku suka memilih kawan yang tidak seskema sangat ataupon mungkin mereka tak reti membezakan mana kedai makanan yang sedap, eh?


Seminggu minggu haluan siswa diwajibkan untuk semua pelajar baru. Aku tak pernah lagi merasa minggu haluan siswa walaupun dizaman diploma. Pengisian yang menarik sepanjang minggu tersebut dan aku tertarik pada sorang fasi kerana tarian goyang duyu? Tak perlu risau kerana aku tak tahu nama fasi tersebut dan ini adalah hikmah kebaikan supaya aku tak akan bermula putik cinta, kononnya lah . . Juga tak disangka aku pertama kalinya buat persembahan drama di pentas dewan baru, aku tak gugup tapi aku tak mahir untuk berspontan dialog. Drama tersebut adalah spontan, 10 minit saja diberi untuk bersiap dan semasa pemilihan watak agak diskriminasi bagi aku. Kenapa wanita yang berbadan besar tidak difikirkan pon untuk diberi watak utama?

Hampir 3 bulan sudah aku meneruskan pembelajaran, keadaan macam biasa seperti diploma dulu cuma subjek math makin susah!! Pada 4 November semalam aku konvo untuk diploma dan aku suka sangat kerana ayah dan emak dapat datang dan aku sebak bila pengacara majlis duk citer pasal jasa ibubapa. Aku sensitive bila teringat sumbangan ayah mak dan aku boleh nangis sekarang bila aku teringat hal tersebut tapi aku tak nak teringat masa ni kerana aku tengah dengar lagu Notes n Words. Angan2 untuk terima hadiah ukulele hanya angan2 saja, hahaha


Habis dah cerita, rumusannya  aku ni macam lalang, lepas sekolah kena sambung belajar, habis belajar sambung lagi belajar? Aku tak larat nak makan megi bila kewangan ting tong.

17.8.12

Ya Aku Sombong . . .

 Berbulan bulan lamanya kononnya aku mendiamkan diri, diam saja tapi facebook twitter still online. Dimunculkan pula beberapa status yang berbaur luahan. Melihatkan aku tidak membalas komen mahupon like menlike walhal aku berstatus online makanya dilontarkan gelaran aku sombong. Jika itu fitrah kehidupan jika tidak bertegur sapa di dunia maya adalah sombong+berlagak orangnya, maka ya aku sombong.

Hampir 10 bulan aku bebas dari dunia kampus, sepanjang ‘cuti’ yang terluang aku bebas lakukan aktiviti yang diingini. Tapi sayang aktiviti amat terhad kerana bajet2 yang terhad jugak. Walaupon aku bebas, fikiran aku masih terganggu dengan keadaan sekeliling. Aku fikirkan apa arah hidup aku selepas ni, sambung belajar atau teruskan kerja dengan kelayakkan diploma. Arghhh kadang2 sakit gak kepala fikir pasal ni, nasib baik ada yoko yoko, hahaa. Aku takmau ulas lanjut pasal ni cuma aku risaukan masa. Oh ya, aku dapat tawaran sambung belajar, degree. Adakah aku sambung belajar atau teruskan kerja? (ceh, macam aku ni orang femes lak)


 Aku sebenarnya tak berapa nak feel sangat bila ‘tegur’ di dunia maya. Kita tulis bermaksudkan ‘positif’ tapi dianggap pula lain. Itu lah bahana bila chat, sebab mereka tak nampak riak wajah kita, hanya kata2 yang ditaip saja menjadi penghubung. Aku lebih prefer pada phone, call lebih puas untuk bertegur sapa, puji memuji ataupon bahan membahan tapi mesej untuk lepak lagi puas, baru lah nampak riak wajah. Lagipon aku tak boleh online lama sangat, bil letrik mahai woi. Thanks pada rakan kampus, jauh datang call ajak lepak, memang aku takda hal.

Sekian entri ringkas, mohon maaf atas kekhilafan saya, moga kita jumpa lagi. Jom lepak . . .
Selamat Hari Raya :)

30.4.12

Kamera Pasang Sendiri: Recesky TLR

Bila aku sudah kebuntuan aktiviti, tidur dibawah kipas adalah penyelesaiannya. Online pon bukannya aku ghairah sangat apatah lagi layan henset yang sudah berkurun terbiar. Untung lah astro ada citer drama korea Master of Study. Cerita yang santai, tidak kompleks, malah ada tips lagi untuk belajar. Yang tak tahan bila ada part Gil Pulip sebut ‘ommaaa’, alahaaiiiiii sangat cute.


Aku ada kamera filem yang baru, itu adalah point utama entri ini. Yang dipanjangkan cerita ialah aku minat sangat dengan kamera filem yang pelik2 atau unik tapi semart yang susah nak related dengan ayat mencarut. Kamera filem yang pertama aku beli adalah Fish Eye 2 dari brand Lomo. Aku sangat puas hati dengan kamera tersebut. Terima kasih pada brand Lomo kerana memenuhi kehendak aku yang ghairah bila lihat kamera pelik2. Disyorkan pada yang minat kamera design lain macam, pilih brand Lomo.

Sambungan cerita kamera filem baru, dulu2 sedang aku layan facebook page kamera, aku ternampak mereka menjual kamera tlr versi murah. Twins lens reflex (tlr) adalah salah satu kamera unik yang aku idamkan. Tapi ini adalah versi low cost, makanya tiada flash, tiada kawalan aperture mahupon kawalan shutter speed, lens plastik dan sepenuhnya plastik. Yang paling menarik kamera ini kena pasang sendiri !! Teruja punya pasal, aku pon survey harga yang paling murah dijual. Harga standard RM 80 (ada yang bagi free filem). Dengan kehebatan aku menggunakan google search, aku dapat beli dengan harga RM60, free screwdriver+strap dan free postage. Hebat kan.

Sesudah urusan pembelian selesai, maka kenalah tunggu abang posmen pos laju hon depan rumah. Inilah dia kamera pasang sendiri, memperkenalkan RECESKY TWIN LENS REFLEX Camera. *tepuk tangan

21.3.12

#Hello Wednesday - Challenge Accepted !!!

20.3.12

Jom Mohon Latihan Industri di SONY Bangi

Soalan retis: Apa perkembangan terbaru Cik Izra ?

Izra: Wow, soalan yang mengghairahkan. . Hmm tolak tawaran kemasukan degree bulan 2.. Masih cari kerja yang sesuai.. Baru beli toycamera model baru.. Layan Facebook macam nak tak nak je.. Dalam proses upgrade mini studio supaya lebih ceria.. Masih lagi praktis main seruling buluh.. Kadang2 layan Twitter sama si Venice :P …..

K, entri kalini tak leh banyak merepek sebab ini entri serius mahu tolong kamu :) Entri akan datang baru boleh merepek manja sama kamu ~ ~ ,

Aku adalah pelajar diploma mekanikal (loji) di UTHM yang wajib mengambil latihan industri sebagai syarat untuk penutup pelajaran ataupon layak untuk graduasi. So maknanya sekarang aku dah habis latihan industri dan sedang menunggu giliran graduasi bulan 10 nanti.

Aku tinggal di Kajang bersama family tercinta dan yang menguntungkan kerana Kajang berdekatan dengan Bangi yang merupakan kawasan perindustrian yang mashur?? Makanya perlulah aku mohon praktikal di Bangi :)

Di Bangi banyak jugak la kilang2 syarikat besar seperti Sony, Carrier, Toshiba, F&N, Denso, Utusan dan banyak lagi. Masa aku nak apply syarikat untuk aku berpraktikal (ataupon cari aweks, hahaa), aku target kilang Utusan sebab aku pernah pergi lawatan kilang tersebut, banyak unsur mekanikal di situ yang membuatkan aku teruja. Target kedua lak kilang Sony sebab masa tu aku ingat kilang tu ada buat DSLR. So aku hantar resume dan tunggu result dari syarikat berkenaan. Akhirnya wakil syarikat Sony call suh aku datang daftar pada tarikh sekian2. Agak bangga masa tu sebab dapat kerja kat Sony, hahaa.

 
Tidak mahu panjangkan penceritaan, disebabkan aku dapat praktikal di sony ayuh aku kongsikan cara nak apply praktikal di Sony ikut style aku, heh . .

15.2.12

Diam tak Berisi



Cucuk plug radio, on suis, makanya kipas dan radio berfungsi. Channel era.fm aku tune, lagu bersuara melayu kedengaran. Kipas tiang jenama Panasonic yang aku rembat dari adik memang laju walaupon speed 1. Oh ya, masa ni pukul 4.12 am aku berkarya di buku math tanpa buka laptop acer. Sengaja aku menulis manual di buku karena aku mudah terpengaruh denga web2 lain bilanya aku online. Berbekalkan lampu handphone, aku masih menulis untuk dimuatkan di blog inspirasiizra nanti.

Sambil berimaginasi blog inspirasiizra, aku tersenyum bila teringat google rank 0. Aku tersenyum lagi sambil suara kecil di fikiran mungkin, berkata “akhirnya turun jugak ranking”. Aku tulis entri berdasarkan inspirasi, sebab tu nama blog ni inspirasiizra. Aku dah tak kisah sangat pasal google rank tu sebab aku dah puas dapat rank-2 masa dulu2. Target aku dah tercapai iaitu blog inspirasiizra naik kerana hasil penulisan aku, bukan kerana pasang widget backlink banyak2 untuk blog naik pastu leh cashout nuffnang.

Hmmm, aku dah tak biasa nak tulis panjang2. Oh, sebab aku kelihatan malas nak update blog karena banyak masalah  yang agak tricky tuk aku selesaikan. Makanya aku jadi tak seceria nak menulis mahupon komen2 di facebook. Gitar kapok aku da berhabuk, da tak semangat nak main. Bateri kamera digital cap ayam pon da tak semangat nak charge. Motor sprocket long pon da tak semangat nak cuci. Tapi cuking kat belakang rumah aku still lagi semangat nak tangkap nak jinakkan, comel seh cuking tu.


 K :)

:: sekarang aku minat tengok citer Cake Boss kat channel TLC pukul 12.00 am.