Ya
aku rajin. Entri ke 2 untuk bulan 6. Entri santai-santai jela aku taip, tak mau
tulis entri berperasaan sebab aku final exam sekarang. Bila aku jadi pelajar
UTHM, aku jarang tengok tengok tv, tengok masa balik cuti je. Dulu masa zaman sekolah
kerap jugak aku tengok tv, berita pon aku tengok hari-hari. Bila umur dah meningkat,
tak seberapa nak teruja tengok tv apatah lagi sekarang zaman internet, tv pon
dah tak pandang. Tapi aku tak langgan internet, waktu cuti layan tv jela. Yang
tak best bila tengok cerita kat tv, dia punya iklan bukan main lama lagi, cerita
tak seberapa pon. Walaupon kebanyakkan cerita di tv tak seberapa nak best, ada
jugak cerita yang buat aku teruja bila tengok. Tak lah banyak sangat cerita
yang aku suka tapi boleh la untuk santai-santai masa cuti.
14.6.13
9.6.13
Jalan
Semester
ni aku sering keluar jalan sesorang. Pernah ajak member join lepak sekali, tapi
kawan baru memang leceh, jenis skema ada, jenis tak biasa jalan kaki jauh2 ada,
jenis tak minat lepak ada, jenis merungut banyak ada, jenis nak naik kereta je taknak
naik bas ada, ahhhh macam2 lagi, buat sakit hati je senaraikan. Sekali je aku
ajak, tapi kerenah berbagai, memang aku malas layan orang macam ni, memang tak
kan aku ajak lagi. Biasanya hari rabu aku lepak kat Parit Raja, hari sabtu
kalau ada cerita best, aku lepak Batu Pahat. Pergi naik bas balik naik bas, mudah
kan. Semester sekarang pelajar tak dibenarkan bawak kenderaan sendiri, so ini
lah peluang untuk aku jalan-jalan dengan berjalan. Yang bestnya jalan parit
raja ke batu pahat, ada satu je jalan utama, so kalau aku merayau ceruk mana
pon, aku hanya perlu pergi je balik jalan utama, tunggu bas dan bas memang
banyak.
Bila
dah jauh tempat aku merayau rayau, kedai mapley aku lepak. Nasi goreng ayam
kedai mapley sedap, aku suka rasa hangit2 nasi tu dan aku dah jumpa kedai
mapley yang sedap, setakat ni lah. Yang aku suka bila lepak mapley, ramai orang
kat kedai tersebut, pelbagai bangsa ada dan aku suka tengok gelagat manusia
bila di kedai makan. Tapi aku lagi suka tengok bila satu keluarga datang kedai
makan seperti ayah dan anak. mak dan anak, mak ayah dan anak, dan memacam lagi.
Dari situ aku boleh lihat kasih sayang antara ibu bapa dan anak lagi mendalam.
Contoh gelagat yang aku pernah lihat, ada seorang ayah tua menunggu anaknya
makan dahulu hingga anak tersebut dah kenyang makan, maka si ayah tersebut baru
habiskan makanan si anak tadi. Ada jugak si ayah yang baru pulang ambil anak dari
sekolah dengan motor usang, hanya minum saja dan si anak yang makan. Ada jugak si ibubapa yang
melayan kerenah anak kecil yang mahu makan macam-macam, si ibubapa tersebut
menurut jela kerenah anak tersebut sambil melemparkan senyuman. Ada jugak si
ayah yang lepak ngan anak muda sambil asyik si ayah bercerita pada anak, aku
tak tau diorang cerita apa. Banyak lagi gelagat aku tengok, susah nak huraikan.
Bila aku tengok gelagat seperti ni, aku nampak sangat-sangat kasih sayang
ibubapa, dan kadang-kadang buat aku sebak. Semua ni mengingatkan aku pada zaman
dulu, bila keluar makan ayah tak bagi order makanan mahal2 tapi ayah tahu yang
aku ni makan banyak, ayah pon bagi lah separuh makanan kat aku :’)
Ada cerita di sebalik gambar tesebut :')
Ada
juga gelagat manusia yang semakin merundum (ayat sopan). Aku rasa lah memang
teknologi internet ni banyak mengubah manusia. Pernah aku tengok sekawan duk
depan meja aku, mereka order air, masing-masing handphone di tangan, kusyuk
mengadap phone, air habis, mereka bayar dan blah. Perghh macam tu kan style
sekarang orang lepak, tak meriah. Bila tengok berlainan bangsa duduk berkumpul
semeja, aku rasa seronok lak tengok telatah diorang, air teh tarik kebiasaannya
orang tua, kalau remaja biasanya air berais. Tapi yang tak best bila aku tengok
orang tua duduk kedai makan sorang-sorang, tak kira lah apa bangsa pon, aku
rasa kesian sangat. Aku terfikir mana si anak orang tua tersebut, kenapa dia
tak temankan ayahnya minum bersama? tak boleh jugak berfikiran negative, aku
fikir positif mungkin si anak bekerja ataupon si orang tua tersebut mahu lepak
sorang-sorang, mungkin?
Selagi
ada kudrat, gunakan kudrat tu. Kenapa nak merungut sedangkan pilihan utama
seseorang adalah kudrat sendiri.
23.5.13
Kacak 23
Tarikh
23 Mei 2013 untuk umur 23 tahun, memang kacak situasi ni. Tambahan buat pertama
kali 23 Mei jatuh pada hari aku masih lagi belum cuti semester. Apa yang
menarik untuk 23 Mei 2013 ?
Pagi
pergi kelas, tengah hari sampai petang tidor, pukul 7.55 baru makan, kelas kul
8 malam ponteng, malam update blog.
So
takde yang menarik.
Selamat
Hari Lahir Izra, yang ke-23
Terima
kasih mak ayah.
Terima
kasih pada rakan2 yang ucapkan hari lahir.
Mana
nasi goreng kampong ngan teh ais yang aku mintak tu ? tak bagi pon,, hahaa
p/s:
last aku celebrate birthday ngan member pada tahun 1996 :)
6.5.13
Somewhere Better
Diberikan masa
dalam 4-5 jam, hanya aku dan dia (termasuk rakan dia) saja. Satu keadaan yang
sangat membuatkan aku tersenyum untuk aku yang tidak pernah alami situasi
begini namun aku tidak cekap menggunakan peluang sebegini untuk menonjolkan diri
aku sebenar.
Persoalan bermain
di fikiran, kenapa Tuhan berikan aku situasi begini? Aku mensia-siakan peluang untuk
lebih mengenali dan memahami satu sama lain.
Namun aku
bersyukur Tuhan berikan aku keadaan begini. Sedikit sebanyak aku nampak hikmah
di sebalik keadaan. Sekurang-kurangnya semester ni aku bersemangat balik untuk
teruskan pengajian setelah aku berfikir untuk berhenti belajar semester sekarang
:)
Terima Kasih
Allah :’)
23.4.13
Berat Makan
Oh
kesian aku tengok blog tidak dilayan sama adil seperti aku layan lagu
Rudimental_not giving in.mp3. Sebelum aku tulis entri ni, aku ada tulis 2
tajuk, tapi memang malas aku nak publish, hahahaa . . Hye kamu-kamu semua, apa khabar?
Aku
ada fikir nak tulis je entri pasal aktiviti aku join sepanjang di UTHM sebab
semester ni aku aktif join aktiviti, tapi bila aku da sumbat earphone sambil
menaip, takde ayat yang menarik aku nak tulis. Masa aku tengah tulis entri ni
pon aku da rasa malas nak tulis panjang-panjang . . dah la, sambung esok jela aku tulis,, hehee .
. .
……………………………………………………………………………………………………………….
Ok
dah hari esok, sambung balik tulis. Tak tau kenapa aku nak tulis pasal berat
badan, mungkin mudah kot nak ceritai. Aku pergi bilik member, dia ada alat
penimbang berat, aku timbang berat badan aku, hasilnya berat aku underweight
iaitu 55kg. Aku tak terkejut pon pasal underweight tu, tiada apa nak
dikejutkan.
Masa
aku darjah 3 hingga 5, berat badan aku sama saja 25kg sehingga darjah 6 berat
jadi 30kg. Masuk sekolah menengah purata berat badan dalam 47kg. Habis sekolah
berat naik mendadak 60kg. Adakah lelaki juga cerewet jaga berat badan seperti
kaum wanita?
5.1.13
Subscribe to:
Posts (Atom)