28.10.09

Aku Berubah Kerana Pengaruh Filem



Adeh, leceh betul kalau takde internet. Nak guna internet kena pergi kampus utama, pastu kena cari plug pulak tu. Macam tu la cara aku nak upload entry baru, pergi café sorang2 kat kampus utama, itu kalau orang tak penuh, kalau penuh, aku lepak bilik kawan aku yang duduk asrama kat situ. Kadang-kadang rasa segan asek2 datang bilik member. Tapi takpe lah, itu masalah aku, kalau nak sesuatu kena usaha sendiri.

Berbalik pada tajuk, bunyi agak pelik sikit. Apa yang aku berubah? Kenapa filem? Filem apa? Klik read more untuk seterusnya.

27.10.09

Akibat Beraya Di Rumah Orang Beramai-ramai (Edisi last promote gambar member)



Sebelum ni aku ada post entry pasal berbuka puasa, kasi peluang gambar member aku masuk dalam blog inspirasiizra. Dan hasilnya sesegelintir member aku teruja serta terpesona dan blog aku mula dikenali oleh member-member aku di Uthm. Kalini wat lagi entry pasal member aku untuk diorang femes lagi kat blog aku but lepas ni dah takde lagi nak wat entry pasal diorang coz dah tiada benda nak promote diorang, hahaaaaa……..

Cerita bermula pada jumaat 2/09, setelah seminggu plan nak buat open house untuk rakan-rakan yang sama course di Uthm, akhirnya plan dapat dilakukan. Lokasinya di rumah Hafizie, (Bos, kate Amir) di Jalan Parit…… (aku dah lupe jalan tu) kerana area rumah Hafizie sajalah yang sesuai untuk berkumpul beramai-ramai. Chad dan Jad sebagai ketua plan sebab diorang nak bangga, hahaaa…. Majlis start pada petang hari, dan dihadiri member-member dari course DDM dan DDT dan juga lecture. Syukur, plan yang kononnya dirancang oleh Chad dan Jad dapat berjalan dilakukan dengan sempurna.

7.10.09

Selamat Hari Raya


Walaupun sudah sebulan lebih Ramadan berlalu, namun aku masih lagi merasai sisa-sisa bulan Ramadan. Sudah 2 bulan aku melakukan ibadah puasa tanpa bersama dengan keluarga sejak semester 2 dan semester 3. Berpuasa dengan rakan-rakan membuatkan aku tabah menghadapi dugaan lebih banyak berfikir sebelum melakukan sesuatu. Aku ingat lagi masa tu…..